Sep 17, 2009

.kamu, aku tinggalkan dengan cinta.



lama gileres tak update blog. betullah... ini sindrom hujung praktikum. semua perasaan terbang entah kemana. dua minggu terakhir kat skst memang hidup macam orang tak ada perasaan, tak ada jiwa ~ macam-macam rasa yang bercangkaliwang... (perghhhh... giler loser.)

baiklah. untuk terakhir kalinya... entry ini ~ khas aku tujukan buat skst dengan ucapan... (memang gelabah tahap hellboy betullah...) oke. balik ke sini... entry khas untuk skst.

sebelum menjalani praktikum di skst (rasa macam ayat buat jurnallah pulak... gegegege...) aku dah melawat ke tapak projek (demmm... buleh tak berhenti mengarut? hahahaaaa...) oke. balik ke sini. aku dah datang tengok skst nih... mula-mula perasaan macam... 'uih... kocik gileres skul ni? berapa orang ajo anak muridnya? berapa orang pula cikgunya ? cikgu lelakinya...(errr... tumpang lalu, tumpang lalu...) hahaaaa...

skst ada hanya dua bangunan kelas. termasuk 1 bangunan kayu yang dibina memanjang ~ bertiang. kalau kena gayanya kat bawah kelas tu buleh buat bangsal tempat memelihara kambing... serius... sebuah bangunan batu setingkat (tingkat bawah dan tingkat 1), sebuah makmal komputer, sebuah bangunan separa kayu yang menempatkan perpustakaan dan kelas pemulihan. sebuah pondok jaga, sebuah bangsal tempat parkir kereta, sebuah kantin, sebuah kelas pra... dengan murid seramai kurang lebih 300++ dan guru 30+, 3 orang kakitangan swasta yang dah 4 bulan tidak menerima gaji, 4 orang staff sokongan...

bila kami (aku dan lina) sampai. bilik guru sudah tidak berupaya menempatkan kami. lalu kami ditempatkan di bilik akses yang hangat. serius hangat... kipas dia letak la nombor 5 ke ~ tetap itu juga yang berpusing... sangat perlahan. bilik kecik pula dan penuh dengan 10 buah komputer. tapi kami tahan ajo... dengan memotivasikan diri sendiri. ngeeee...

hari-hari berlalu. kami makin oke dengan guru-guru. murid-murid apatah lagi. pasti seronok bila nampak kelibat kami di mana-mana bahagian sekolah. kacis sungguh laaaa... guru pembimbing apatah lagi ~ baik. super baik. selalu pergi jumpa kami dan beri macam-macam tips dan ilmu-ilmu mereka. bukan kami yang pergi jumpa dia tuh...

banyak dah aktiviti sekolah yang kami ikut. walaupun sekolah ini kecil, tapi aktiviti berjalan seperti biasa. namakan sahaja ~ semua ada. gagagaaaa...

3 bulan. sekejap je masa berlalu. tanpa duduk diam ~ dahpun tamat. super sedeh nak mentinggalkan skst ~ sekolah pertama... tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain... aihhh, apa lak bermain ~ mengajar lah. hehehe... yang bermain tuh adalah depa tuh ~ murid-murid kesayangan saya. walaupun saya sukar untuk mengawal kelas, namun saya tetap sayangkan mereka dengan jayanya. emmm... memang manislah tulis blog pakai kata ganti diri saya nih... ngeeeee...

esok ~ hari terakhir di skst. ada upacara salam menyalam sempena lebaran katanya. urmmm... akan mengalirkah air mata ini? sedeh nak mentinggalkan skst~ terutamanya murid-muridnya... fahmie, hieddier, izzat, syafiena, azizah... (sekadar mensebut beberapa nama...).

kamu, aku tinggalkan dengan cinta. jangan pernah melupakan aku ye... tsk... tsk...



3 comments:

Cikgu Ije said...

:)

snap gambar puas2 kak hanis.
nanti boleh tatap wajah2 anak murid.
uhu.

waa. sedihnya feeling habis praktikal. ehe

kudakertas said...

woo..sdih bangat bunyi entri ni..rse nk mengalir air mata d hidung..hehehe..

msti bsk nangis2 ni sbb bpisah ngn ank murid terchenta..jgn lpe bwk 1 karton tisu..

viruspadu said...

Selamat hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin

Dari
Jemah, Laloque, Cica dan Anoi