Sep 10, 2009

.kamu datang dengan cinta secara banyak.


.kamu datang dengan cinta secara banyak.

tanpa duduk diam ~ 3 bulan masa praktikum dah hampir sampai ke hujung dah. minggu depan adalah minggu terakhir. huhuhu... tak tau nak kata. sedeh dan seronok bercampur jadi satu. sedeh... sebab nak kena tinggal skst yang mula disayangi. sedeh sebab nak kena tinggal guru-guru yang mula mesra dan buleh berbual pung pang pung pang pasal apa sahaja termasuk 'berapa helai baju raya anak tiri akak tahun ni?' (gagagaaaa...). sedeh sebab nak kena tinggal murid yang kadang-kadang rasa sayang banget kadang-kadang rasa geram banget. sedeh sebab nak tinggal suasana chenderong balai yang nyaman dan hijau dengan sawah bendang. seronok? seronok sebab hampir berjaya menghabiskan satu fasa dan menuju ke fasa yang baru.(apatah cakap fasa fasa ~ macam bagus sangat je gaya bahasanya...)

sebelum puasa. aku sempat menziarahi fahmie. emak fahmie sambut aku dimuka pintu rumah yang pernah fahmie bilang 'rumah saya yang petak-petak macam kotak tu cekguuuu...' dengan muka segan-segan terkejut menerima kunjungan yang tidak terjangka barangkali. malu-malu terima buah tangan yang aku bawak ~ beli daripada giant teluk intan ~ biskut chipsmore ~ puding mangga ~ buah kurma ~ dan beberapa jenis biskut yang cantik dan nampak sedap untuk dimakan itu dengan ucapan 'buat susah-susah aje cekgu...'.

sekejap. sekejap sahaja rasa kekok itu hilang sebab kemudiannya bila dah selesa ~ emak fahmie mula berkisah apa sahaja mengenai anak ketiganya itu. termasuk cerita si fahmie itu tidak disukai oleh penduduk kampung dek kerana perangai nakal tak hengatnya dan juga mulut banyak serta kadang-kadang agak kurang ajar juga. kesian budak tu... T_______T. Selepas berbual-bual mesra (perlu ke sebenarnya letak mesra dalam konteks ayat begini? ngeeee...) dan menikmati (sekali lagi... kenapa aku tak guna je perkataan minum... kan lebih ringkas begitu... heh.) air sirap ~ air sirap sahaja... tiada sebarang biskut menemani perbualan kami yang berlangsung hampir 1 jam lebih di ruang tamu yang kosong ~ usang ~ bersepah ~ berdebu ~ hapak ~ kepam... aku minta diri untuk pulang. 'terima kasihlah cekgu sebab sudi ambil berat pasal fahmie, bawak makanan macam-macam...' ~ ada takungan air jernih ditubir mata emak fahmie. tanda ~ yang dia masih berharap anaknya itu mampu berjaya dalam pelajarannya. fahmie salam tangan aku... aku peluk bahu dia erat-erat 'belajar elok-elok...' fahmie angguk. sengih-sengih malu.

sebenarnya. sejak hari pertama aku masuk kelas 4 inovatif, fahmie adalah makhluk pertama yang mendapat tempat dihati aku. ngeeee... dia yang tidak reti duduk diam. dia yang tidak reti menerima arahan. dia yang suka mengacau orang. dia yang suka buat bising. dia yang suka keluar masuk pergi tandas. dia dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya. sumpah sungguh mengganggu. tapi, bila diberi perhatian dan selalu pula aku menggelarnya 'anak murid kesayangan cekgu' maka dia sedikit demi sedikit berubah ke arah kebaikan. kalau dulu bila aku tanya kelas dia adalah antara makhluk paling diam dan tidak memberi tindakbalas tapi kini, bila ditanya orang lain pun dia beria nak menjawab walaupun kerap benar jawapannya ke gaung (salah laa tuuu...) tapi sekurang-kurangnya dia dah tunjuk sikit minat dia nak belajar. kan ? cukuplah tuuu... dan aku teringin sangat untuk tahu ~ akan dimanakah dia paling kurang 5 tahun akan datang ? masih belajar ? sedang merempit ? sedang membuang waktu dengan benda-benda yang tidak sepatutnya ? Mintak simpang...
(-_______-")

baiklah. sebenarnya, aku tidak ada apa nak cerita sangat. ehhh... bukan tidak ada. banyak benda yang ada dalam kepala. tapi, tak tau kenapa... kepala otak macam jammed. tepu. beku. bila nak tulis ~ tersekat-sekat... yang kadang-kadang buleh buat mulut cepat aje nak mensumpah. apasal entah... sindrom dihujung praktikum barangkali. hehhh...



2 comments:

Kuda Kertas said...

waa..respek2..bjye menggubah ank murid kpd lbh baik..ssh nk cri chekgu sbgitu rpe..

biskut2 tu nmpk meriah & sdp r..hehehe..

slmt mhabiskn praktikum..

hanys said...

ala.. kan dah nitik air mata..:( sedih la.. btw, nama kita sama, hanis