Sep 8, 2009

.ini cinta saya.

.ini cinta saya. mereka comel dengan gaya mereka sendiri.


'cekgu... hari ni kita belajar apa?'

'hmmm... kita tak payah belajarlah. kita keluar amik gambar...'

'yeayyyyy !!!'

lalu 22 suara murid tahun 4 inovatif bergabung menjadi satu. indah. indah sekali.



***wehhhh... aku bukan curi tulang, makan elaun free. minggu ni minggu upsr ~ sepatutnya murid-murid tahun lain juga ada peperiksaan bulanan. ini adalah untuk cuba mengurangkan kadar kebisingan. takut mengganggu murid-murid yang menduduki upsr. sekolah ini kecil banget... kadang-kadang, kalau kamu mengajar dengan teruja ~ sumpah suara kamu boleh kedengaran sampai tingkat atas. atau paling-paling tidakpun akan menembusi dinding-dinding papan sampai ke hujung bangunan. dan tadi, selepas murid-murid tahun 4 inovatif menyudahkan karangan yang bertajuk AKU IKAN EMAS ~ dengan masa yang masih berbaki kurang lebih 20minit ~ aku hiburkan mereka dengan sesi ambil gambar bertemakan KITA PUNYA STYLE, KITA PUNYA SUKE, KAMU PEDULI APA? ***


(nak tengok gambar secara besar ~ sila klik pada gambar...kalau nak laa, tak nak kalu... tak payah susah-susah.)


9 comments:

MrsN said...

hohoho...
anak murid kakok pun pandai berlakon sudah yea???

Kuda Kertas said...

hahaha..mnarik2..ade style nk jd model tkenal dak2 tu sume..hehehe..

Mr M said...

i wish i could do the same.. tapi.. ST Michael.. nak kuar g tandas pun kena ada pas keluar kalo time kelas.. apatah lagi kalo nak bawak kuar satu kelas???? huhuhu..

oranglidi said...

posing maut punya!

hanis said...

MrsN.

depa memang pelakon semulajadi. gagagaaa...

kuda.
modelkah ? model yang berilmu oke laa...

M.
kat sini pun ada pass gak. tapi bawak ajo depa keluar... kunun-kunun pembelajaran di luar kelas. landskap yang cantek ~ agak rugi jika dibiarkan begitu sahaja. heh.

oranglidi.
belum cukup maut lagi tuh...

binjidan said...

cikgu........... saya lapar

bulan pose ada tk anak murid meracau mcm ni...hahahaaaaaaaaaa

hanis said...

binjidan.

'cekgu... saya lapar' ~ belum ada lagi. tapi yang selalunya... 'cekgu, saya dahaga' ~ itu akan selalu kedengaran.

depa ni... bulan puasa ke tak puasa ~ sama ajo. super aktif tahap stuart little.

*TQ sudi singgah...*

KeyGen said...

leh tahan anak murid kamu yerk..leh jadi model masing2..gagagaga..

hanis said...

KeyGen.

kamu, kalau nak cari talent ~ better amik bebudak ni... gagagaaaa...