Aug 11, 2009

mimpi yang tak akan mati



alhamdulillah. hari huru-hara dan kucar-kacirnya perasaan berlalu sudah. sudah boleh bertenang dan menteruskan hari-hari seperti biasa. cehhh... macamlah tadi hari yang sangat luar biasa. padahal sikit ajo rasa kucar-kacir. hehehe... itupun sebab kena gempak tetiba ngan encik samsi.

tadi. aku rasa lebih satu suku daripada murid2 sk sungai tungku yang demam. masa perhimpunan depa diasingkan kat kantin. lepas tu, mana2 yang dah tak buleh tahan tu pihak skul call mak bapak ~ amik depa. aku usha line kelas 1 bestari. haihhh... ada 10 orang ajo? habis... camane aku nak ngajar ni? habis je perhimpunan, segera dan dengan pantas mengsmskan encik samsi. mana tahu, beliau tak jadi nak observe... 10 orang kau, nak ngajar pebenda? main masak2 buleh ahh... hehehe... sekali, encik samsi on aje nak datang ~ pastu siap tanya... perlu ke dia beli mask? aduyaiiii...

rupa2nya. tak semua yang balik. murid kelas 1 bestari ~ 3 orang aje. termasuklah si penghibur hati aku itu... nazmie. jadi tadi tinggal 16 orang ajo. 16 orang memang ah sikit... tapi Ya Rabbi... perangai depa. gegak gempita ah. tetiba pulak shahrul buat hal... tak nak main kastanet dia dan sibuk2 angkut beg berdiri kat pintu kelas. tak sabar benar nak balik. dia tak sabar nak balik... aku yang bersabar nak mempujuk bagai. pujuk sikit ajo... yang lain main jegil2 mata. hahaha... sekejap dia oke. sekejap buat balik. apa kes tah si shahrul ni. mula2 masuk kelas ni ~ aku nampak, dia tu tak adalah potensi nak mengkucar-kacirkan kelas. tapi sejak akhir2 ni aku nampak potensi nak mengkucar-kacirkan kelas semakin merebak dengan aktif dalam diri beliau. hailaaaa...

yang kelakarnya, buleh pulak masa encik samsi masuk. depa sibuk2 tanya... 'eh, cekgu baru ke?' 'berapa orang cekgu yang nak ajar kita ni?' 'bestlah... ramai cekgu' dan yang paling aku rasa nak gelak bila sapa tah yang selamba tanya encik samsi 'cekgu... cekgu nama apa?' hahaha... encik samsi tersengih2 ajo.

markah? gue tak nak ulas ah... gue tau, encik samsi banyak bagi markah kesian ajo. tapi yang penting markah aku lagi tinggi dari markah makhluk yang tiru sejibik2 aku punya rph dan curi idea aku untuk p&p tadi. cehhhh... aku malas nak cakap banyak. sebab itu buleh mengundang kemarahan dan sangat bahaya untuk kesihatan. hahahaha...

tadi. panggil izzat. (nak tahu siapa izzat, semak balik n3 lepas. kisah terkisah kat belakang dia ni sangat mensedihkan) dan serahkan 4 buah buku persediaan upsr kepada beliau. math, sains, bm dan bi. aku beli untuk dia masa orang datang jual2 buku minggu lepas. izzat macam... muka tak tau nak describe macamana tah. terharu ke tersedeh ke terhuhu ke... ter apa2lah. tak tau nak cakap. aku tak cakap banyak pun... pesan sikit2 ajo. yang penting aku nak setiap pagi dia hantar 1 latihan yang dah siap kat aku. itu ajooo... tapi kan yang sontoloyonye aku ni... tah apa benda tah dalam kepala otak... ada ke patut aku tulis kat buku tu... 'izzat, salam ingatan tulus ikhlas...' patutke ayat aku tuh? tetiba rasa super bangang apa tah aku tulis macam tuh? patutnya bagilah kata2 yang membina minda dan bermotivasi sikit macam... 'izzat, gud luck...' ke at least kannn? aduyaiiii... itu ayat salam ingatan tulus ikhlas bagai macam tahun 60an dulu punya ayat. cehhh...

izzat punya kurang lebih tak sampai pun sebulan lagi untuk upsr. kalau izzat betul2 rajin dan nak berjaya, aku tak rasa mustahil untuk dia lulus. walaupun tak dapat 5A, sekurang2nya... semua mata pelajaran lulus, cukup ah. sayang kalau dia membesar jadi tah apa2 tah. kata cekgu ila, izzat kat dalam kelas memang sangat pendiam. jenis kalau ditanya bukan tanya sepatah jawab sepatah, tapi jenis yang kalau ditanya berpatah2 pun dia diam dan tunduk ajo. dan kadang2 buat2 tak tahu. aku tak tau laaa, sebab aku bukan ngajar kelas dia. ada tak ada jumpa waktu rehat ajo. hari tu, sempat sembang2 ngan beliau. sangat pemalu... kekawan dia pulak yang sibuk nak masuk frame. yang aku perasan, izzat tetiap hari minum air sirap ajo... tak tahu dia ada duit ke tak, sebab selalu bila aku tanya... dia akan cakap dia nak simpan duit. duit ada, tapi dia nak simpan... tak buat belanja makan kat skul. minum sirap ajo... aku tanya nak simpan buat apa... dia diam ajo. aku tak beranilah nak syak dia simpan duit nak buat beli rokok ke. tapi aku pernah gak tanya adik dia... hari ni dah makan ke. dia pun cakap makan roti je, sebab... nak simpan duit. aku tanya jugak simpan duit buat apa? ridzuan tunduk2 malu beritahu simpan duit buat beli kuih. itu ajo... aku tak bulehla nak sembang lebih2. takut dia malu ngan kawan2 dia pulak. tak tau lah kot sebenarnya depa tak ada duit ke kan? sebab malu tak cakap ajo nak simpan duit... aku super kasihan dekat depa berdua. ridzuan tu mungkin tak berapa nak faham lagi... izzat tu masalahnya, dah besar... dah pandai nak memberontak. dah pandai simpan perasaan. haihhh...

okela. stop dulu. kalau ada cerita pasal izzat ni aku update lagi.

salam...

'mimpi kamu tak akan mati,
hayun langkah, teruskan perjuangan...'






4 comments:

Cikgu Ije said...

cian nya anak murid yg makan sikit sebab nak simpan duit..

kalo guna duit tu untuk benda elok, ok la.

kalo simpan untuk beli rokok.. hmmm

kudakertas said...

hahaha..'salam ingatan tulus ikhlas'..
bergaya sggh ayt kamoo kt seorg bdk drjh 6..
elok la tu smpn duet..mngkn org ssh kot..ape2 hal kamoo mmg cekgu yg caring..bgs2..

IMANSHAH said...

Tksih kerana mengunjungi...nice blog cikgu..selamat mengajar

Bungo Lale said...

ije.

itulah... memang sangat kasihan.

kuda.

super bergaya kan ayat itu? hahahaha... terlajak kereta buleh undur, terlajak tulis ~ malu dah nak liquid. hehehe...

imanshah.

selamat mengajar juga.