Aug 8, 2009

kucar kacir...


mohammad faiz mifzal bin murdi a.k.a aziz. (anak sepupu aku.)

petang semalam. dapat sms daripada encik samsi. encik samsi adalah pensyarah pembimbing (pp) gue untuk minor muzik. masa mula2 beliau datang buat pra penyeliaan ~ beliau dah maklumkan bahawa penyeliaan pertama akan dibuat pada 22.07.2009. aku memang dah rasa sedap hati dah time tu... ye lah, pada tarikh itu ~ kelas yang akan aku ajar adalah tahun 4. sekali, beliau tak jadi datang ~ sebab ada urusan kat kl.

okelah. tunggu je laa next tarikh. tabiat aku ni ~ jenis tak suka nak mentanya bila pensyarah nak datang. aku prepare ajolah. takut nanti kalau duk tanya bila pensyarah nak datang nanti apa pulak kata depa. mungkin depa anggap ~ time depa nak datang je kami duk mempulun buat bbm bagai. time depa tak datang ~ ajar nak tak nak ajo. walhal... bagi gue, hari2 tu macam pensyarah nak datang ajo persediaannya. (buleh percayakah ?)

tunggu punya tunggu. tidaklah pulak encik samsi bagitau. sekali semalam... tadaaaa... beliau sms nak datang selia pada hari isnin ~ 10.08.2009. aku dah kucar kacir dah. isnin bersamaan dengan ~ tahun 1 bestari. tahun 1 okeeeee.... aduyaiiiii.

sungguh la... aku lagi nak encik samsi selia time aku ajar darjah 4. tahun 1 ni, cuba kamu bayangkan... cabaran dan dugaan yang aku kena hadapi. ecewahhhh... ibarat besar sangat ajo cabaran itu kan? hahaha... besarlah bagi aku yang masih belajar ini. tahun 1 ini ibarat budak2 pra skul ajo tau. semua tak tau nak membaca. oke... kalau adapun cumalah si nazmie ajo. itupun, bukanlah secara lancarnya.

maksudnya di sini, kalau nak ajar menyanyi, gue kena ajar depa sebut satu demi satu perkataan. pakai teknik menghafal ~ satu jam kejap ajo weh. habis takkan 1 jam tu nak ajar itu ajo kan ? mesti nak kena ada langkah2 lain jugak. kalau ajar itu saja, mau huru hara dan kucar kacirnya kawalan kelas aku itu.

mereka sangat super aktif. sukar oh nak suruh depa menumpukan perhatian betul2 dalam waktu 1 jam itu. depa akan cepat boring, cepat penat... selalu nak keluar pergi toilet. haihhh... budak2 kan... umur 7 tahun pulak tuuu. kalau umur 10 tahun ~ lain pulak caranya . 7 tahun ni kena banyak bersabar ajo lahhhh... kalau marah pun bukan depa reti nak takut pon. senyap kejap ajo... dah tu, huru hara balik. kucar kacir balik.

benda yang nak diajar tu dah ada dalam kepala sebenarnya. tapi... tengah fikir. buleh berjayakah p&p nih. buleh tercapaikah objektif ? kalaulah encik samsi bagitahu hari jumaat ke ~ boleh jugak menghadap guru pembimbing (gp) dulu. mintak nyawa.... ehhh, mintak ilmu.

selalu kalau tahun 1. aku ajar nyanyi dan main perkusi. setakat ni depa buleh je ikut walaupun tak semua dapat menguasai. sebab ada yang super slow jugak kat kelas ini. lain oh feel dia masa ajar sorang2 ngan masa ajar time kena selia. kucar kacir je perasaan. huhuhu...

kamu. doakan aku berjaya ye... hahaha...

telefon berbunyi ring ring ring
ku angkat ku tanya siapa
telefon berbunyi ring ring ring
ku dengar ku dengar suara
(lagu esok + main kastanet ikut rentak lagu ini... bulehkah ?)

salam...


3 comments:

Kuda Kertas said...

slmt bjye dlm seliaan tu..jgn huru hara x tntu psl suda..hahaha..

hanis said...

kuda.

thanks. setel sudaaaa... huru-hara gak, tapi aku kontrol cun. tetiba lak anak2 murid macam2 hal. ada yang tak nak pegang kastanet la... aduyaiii...

ije said...

lama tak nyanyi lagu ni. best nyanyi sama2 ng budak2.