Aug 6, 2009

aku bukan superwoman...



hari ini adalah super penat.

aku ada dua kelas hari ini. kedua-duanya adalah kelas bahasa melayu ~ tahun 3 bestari dan tahun 4 inovatif. semalam gigih menyudahkan 2 rph. beserta bbm yang agak kacis juga ~ walaupun sebenarnya gue hanya mencetak gambar dan menampalkan di atas kad manila. hahaha... nak jugak mengaku yang bbm yang aku buat itu agak kacis....

hari ini adalah puasa.

benda terakhir yang masuk kedalam perut aku adalah secawan nescafe 3 in 1 yang aku minum kurang lebih jam 0300hrs itu. nasik padahal banyak ajo kat dapur ~ lauk pun agak kacis juga. hari semalam... su masak ayam pedas. banyak berbaki. tapi memang dasar pemalas kan. gigih ajo nak minum nescafe itu je. tidur kurang lebih jam 0400hrs. sedar masa mas ngan lina kejut untuk sahur... tapi tidur itu adalah sangat superkacis oke. jadi sambung tidur sajah ~ beralasan yang aku sudah sahur jam 0300hrs tadi.

hari ini adalah super penat.

masuk ke kelas 3 bestari. sangat mensakitkan tekak nak mengawal depa2 yang baru lepas overdose minum sirap masa rehat sebelumnya. nak2 lagi tadi ~ aku buat permainan telefon siber a.k.a telefon karat. bahagi murid kepada 3 kumpulan ajo... tapi ngalahkan ada 14 kumpulan dia punya super bising. habis kelas itu rehat setengah jam dan masuk ke kelas 4 inovatif. masa ni tekak memang dah super kering dah. tahankan ajo...

hari ini adalah puasa.

padahal kat skul tadi memang dah rasa super penat. tapi gigih juga nak pergi bandar TI. motif:nak beli pen yang sedap diguna pakai itu. serius killer... pen lain tidak dapat menandingi kekacisan beliau oke. nak tulis rph memang lancar ajo walaupun takder idea. hahaha... hebat tuh kuasa pen tersebut wehhh...

hari adalah sangat panas. badan adalah sangat penat. tekak adalah super kering. gigih juga panjat the store. tingkat paling atas pulak tu ~ dimana terletaknya pen tersebut. walaupun adalah sangat penat, langkah pun dah lemah gemalai a.k.a longlai... tetap juga berkehendakkan pen tersebut. sekali beli sampai 5 batang. bajet2 cukup sampai habis praktikum nih.

ehhh... lupe... masa datang tadi. parking adalah sangat strategik. ada notis kat situ mensuruh mempamerkan kupon parking di atas papan pemuka kereta. jenuh aku ngan lina mengintai ~ mana tah mesin benda alah kupon tuh. tak jumpa pulak. sudahnya... gue selamba parking piyu tanpa bayar pon. sekali, bila turun daripada the store ajo... nampak ada kertas yang aku dah buleh meneka apakah maksudnya berdasarkan rupa paras kertas tersebut (aku pernah dapat beberapa keping semasa masih menjadi penghuni kl dulu... ngeeee...) apakah ?

ye betulllllll......... gue dapat surat chenta daripada mpti. tawaran mengkompaun suatu kesalahan. nombor kesalahan:P32, peruntukan perundangan:tidak mempamerkan kupon di atas papan pemuka menghadap cermin. hahahaha... what the fish market?

tapi. sekeping surat tersebut tidak akan sekali-kali mematikan semangat nak teruskan langkah yang lemah gemalai a.k.a longlai itu ke destinasi seterusnya. kedai alat tulis chiew yang super kacis itu... semata2 nak membeli salotape yang ada kartun2 seperti yang telah dipesan oleh kakok dan cik yana.

lepas tu. terus mendrive balik ke rumah. oleh kerana hari ini adalah super penat. gue sampai terlelap masa mendrive. sedar pun masa time lina menggegarkan aku dengan suaranya. 'wehhh... mu tido ko?'... lina bilang kereta udah gelong ke line sebelah. aduyaiiii... giler ah. nasib baik tak de apa2. nasib baik tak ada kereta lain masa tu.

hari ini adalah super penat. hari ini adalah puasa. lalu, aku berbuka puasa dengan dua bungkus air: teh o ais limau dan juga air yang super duper kacis dalam hidup aku ~ oren sunquick lohhhh... ngaaaaa ('_')

mari mendengar ~ mimpi yang mati:bliz.

salam.


5 comments:

Cikgu Ije said...

aaa. xleh imagine dah keje nanti.. lagi byk kelas nak kena keluar masuk. waa.

byk nya kelas akak dlm seminggu. bape masa ek? ije kdg2 satu kelas je sehari. ehe. ke kena relief?

Bungo Lale said...

ije.

kelas akak seminggun 12 masa. 8 major, 4 minor. setiap hari kecuali hari khamis 1 masa, khamis ajo yang 2 masa.

relief itu memang selalulah. hehehe...

Unknown said...

telefon karat: pernah buat kat kelas. cikgu yang gelak guling-guling * oke tipu. tak guling2 pon* budak-budak merepek sebut macam-macam. tinggi imaginasi diorang.

pen sedap: heeeeee. memang kena ada sebatang. kalo tak memang tak nak tulis RPH. alasan sungguh.

kudakertas said...

hahaha..dpt surat twrn disaman dr mpti..ok r tu..ptut smpan buat kngn hidop..

hati2 d jln raya, igt la mnusia t'syg..

Bungo Lale said...

lynn.

itu sangat betullllll. hehehehe....

kuda.

aku fikir nak framekan ajo surat saman tuh. kacis tak idea aku? hahaha...