Aug 17, 2009

bintang di syurga


'Masih ku merasa angkuh.Terbang kenanganku jauh.Langit kan menangkapku.
Walau kan terjatuh.Dan bila semua tercipta.Hanya untukku merasakan.
Semua yang tercipta.Hampa hidup terasa.Lelah tatapku mencari.Erti untukku membagi.
Menemani langkahku.Namun tak bererti.Dan bila semua tercipta.
Tanpa harus ku merasakan.Cinta yang tersisa.Hampa hidup terasa.
Bagai bintang di syurga.Dan seluruh warna.Dan kasih yang setia.Dan cahaya nyata.
Oh bintang di surga.Berikan cerita.Dan kasih yang setia.Dan cahaya nyata.'

mencari jiwa yang entah di mana.

titik.

rutin izzat minggu lepas.

lepas waktu rehat, beliau akan datang ke tempat aku. hantar buku latihan yang 4 itu. apa yang 4 ? subjek upsr lahhh... bm, bi, math, sains... apasal hantar waktu rehat? apasal bukan pagi2? sebab, masa beliau datang... aku sedang gigih mempecut ke skul. ye ahhh, bebudak tahun 6 kelas depa start awal. kul 7 ke 715 ke, gue tak pasti... (alasan lain... sebab aku memang datang lambat... ngam2 pukul 0730hrs. hmmm... susah ah nak memotivasikan diri untuk awal ke skul, walhal sekarang aku rasa skul adalah tempat paling superbest!)

bila habis waktu skul. izzat datang balik. amik buku yang aku dah siap semak dan tanda. untuk buat latihan lain pulak.

ALHAMDULILLAH... minggu ni, sehari pun dia tak pernah miss. wahhh... kagum tetiba dengan beliau. tapi kannn... izzat ni, memang jenis mulut berat ah. nama nak dengar dia sembang pung pang pung pang ~ memang tak ah. jenis yang kalau kita tanya berpatah2 belum tentu sepatah pun dia jawab. ada tidak pun, beliau senyum malu2. selain itu... 'ok cekgu...' takpun...'terima kaseh cekgu...'

gue sempat sembang ngan guru kelas beliau. cekgu ila. menurut cekgu ila... dia dah cakap dengan izzat. dia dah tanya izzat. pasal rokok. izzat mengaku, dia hisap rokok sejak dia darjah 3. katanya pengaruh kawan2. izzat selalu beli rokok dan simpan kat mana2 semak. pastu balik skul, dia pergi ah tempat tu. haihhh... menurut cekgu ila lagi, izzat janji... izzat ada azam, nak berenti. tapi tak tau sejauh manakah azam izzat.

gue tak pernah berkesempatan nak sembang dari hati ke hati ngan izzat... cehhhh, hati ke hati tu. betullah, macamana nak sembang, asal dia datang je lina mesti ada... asal dia datang je lina ada, asal dia tak datang je lina tak ada... malulah dia, kalau aku tanya macam2 depan lina. budak2 pun ada hati dan perasaang jugak.

aku doakan yang baik2 sahaja untuk izzat dan semua anak2 muridku yang tersayang. ngeeee...

titik.

minggu lepas. kedatangan murid2 makin merosot. sampai hari jumaat lepas, paling teruk. kelas 3 bestari ada 11 orang je murid daripada 24 orang. yang lain semua demam. yang tinggal 11 orang ni pun bukan sehat walafiat. si ammar melepek ajo kat meja sepanjang p & p. dah jenuh aku suruh dan ajak dengan penuh kasih sayang ke bilik rehat dia tak mau. nak jugak dia dengar aku bercerita kisah burung bangau dan ketam itu. hahahaha...

syahidah tiba2 tak bergerak. super terkejut aku. aku masuk2 je, lepas suruh murid2 duduk. suara natasha kedengaran mengejutkan syahidah yang berteleku di meja. cepat2 aku pergi tengok... syahidah tak bersuara. diam. tak bergerak pun. aku pegang dia, panggil2 nama dia. baru dia bangun. terus bawak gi ke bilik rehat. kat situ dah penuh dah dengan murid2.

lepas hantar syahidah ke bilik rehat. masuk kelas balik. walaupun 11 orang, p & p kena jalan jugak. 5, 6 orang pakai mask dah macam separuh ultraman dah aku tengok. ehhh... chuppp!!! cekgu tak payah pakai mask ke? ehhh, mana bleh penyakit menatang alah tu bukan mengecualikan cekgu pun... habisss, kalau cekgu pakai mask... macamana nak ngajar? gamak2 murid buleh dengarkah suara aku yang tak lemak dan tak merdu ini? murid buleh beri perhatiankah? hmmm...

harap2 esok keadaan kembali pulih. macam zaman darurat ah datang skul tapi murid2 cuma beberapa orang. yang lain habis kena kurung dalam tin. (kuarantin... tah, betul ke aku eja tu?) ada yang datang pagi2 mak ayah hantar, lepas tu tak sampai pukul 8 dah ngadu pening2, demam2. pk hem bawak alat sukat demam ke bilik muzik a.k.a bilik rehat a.k.a pantry a.k.a bilik seni lukis ~ 1 bilik tu je tapi sekali encik harun dia punya kegunaan. semua murid2 yang demam2 depa kumpul kat sini sekarang. agak2 teruk, pihak skul call keluarga, suruh amik murid2 bawak pergi klinik ke takpun kalau dah teruk sangat pihak skul hantar terus ke klinik. bergantung kepada keadaan murid2 lah. tapi kannn... hospital ti suruh jangan bawak ke hospital, bawak ke klinik di chenderong balai aje... sebab kat sana dan super ramai orang yang demam2.

titik.

esok muzik kelas 1 bestari. ajar nyanyi. tapi terfikir pulak. kalau semua murid pakai mask, nak nyanyi apa ke benda?... haihhh, nak kena fikir lainkah? rph dah siap ni... (-__-")



3 comments:

kudakertas said...

kesah 1..lgu ni mmg sdp..lbh2 lgi kalo d'dengari d kala menukar karburator moto..

kesah 2..respek2..kamoo mmg seorg chekgu yg caring & b'tanggungjwb..

kesah 3..waa..makin kritikal..b'hati2 ye..jagailah kesehatn kamoo..
"bilik muzik a.k.a bilik rehat a.k.a pantry a.k.a bilik seni lukis"-fleksibel sggh bilek tu..

kesah 4..suruh la bdk2 tu nynyi dlm hati..

Bungo Lale said...

kuda.

kesah 1.
aku tak pernah dengar lagu ni sambil tukar karburator motor. apa benda karburator motor tu pun aku tak tau... ahah.

kesah 2.
aku harap aku mampu jadi lebih caring dan bertanggungjawab. hmmm...

kesah 3.
yup. aku sedang sangat berhati2 neh. dan bilik itu memang super fleksibel ohhh.

kesah 4.
aku dah suruh diorang nyanyi dalam hati tadi. aku pun nyanyi dalam hati jugek. (dapatkah kamoo bayangkan?)

daaaaa...

kudakertas said...

yaa..kamoo mmg ditag..hahaha..