Jul 20, 2009

kembali ke jalan kenangan 1



dulu. masa aku muda2 dulu. aku bukannya jenis skema cap badak. aku jenis yang rebus tak empuk. hahaha...

masa kat u. bila kolej buat program. sedaya upaya aku mencipta alasan untuk mengelakkan diri dari menghadirinya. kalu kolej buat program selalunya pada waktu malam... mana buleh, malam adalah waktu untuk aku study dengan bersungguh2. hah! ayat tipooooo oke... malam adalah waktu untuk mentonton cd citer sambil makan kacang atas katil. hehehe...

kalu kolej ada program juga maknanya - kita kena pakai baju formal, kasut bertutup, dan duduk di dalam dewan jauhari sambil mendengar ayahanda pengetua mengucap dua kalimah syahadah... ehhh, bukan! berucap. berucap dengan panjang lebar. sampai tersengguk2 tahan kantuk. uhhh... buhsan ahhh...

jadi. bila petang. aku. and the gang. duduk diam2 dalam bilik. err... kat kolej - 2 orang je sebilik. geng2 yang lain tu biasalah nak tumpang dua tiga mangkuk mee segera - datang ke bilik yang akan menjadi port pada malam itu. duduk diam2 dalam bilik macam tak ada orang. biar jiran2 bilik sebelah ingat kita ada kelas malam ke. heh...

belum selamat lagi tu... selalunya, barisan majlis tertinggi blok akan buat spot cek. jadi pastikan kasut2 kat luar tu bawak masuk dalam bilik ye adik2.

belum selamat lagi. ada lagi... nanti depa akan intai dari atas tau. alah kat kolej kan - atas pintu tu kayu jarang2 tu, buleh nampak woo kalau tidur terbongkang macamanapun. jadinya... sila panjat ke luar koridor belakang bilik yang menjadi port itu. alahhh... bukan tinggi mana pun adik2, kata rotu kan ? mesti ahh gagah perkasa... kita mesti kuat dan tabah mengharungi cabaran dan dugaan yang mendatang. ehhh... apa kes? tak berkaitan langsung! masa ni, jangan kau ngada2 nak pakai kain batik, buatnya tersangkut kat tingkap tu - akak tak dapat nak tolong ye... dah bagi amaran nih!

dah sampai ke sebelah sana. duduk diam2. jangan nak berdiri. buatnya depa gi jenguk... tak ke naya. dah heboh satu markas palapes ada pegawai kadet buat hal. mati kau kena guling (forward roll@side roll) nanti. kalau tak kena guling kat padang yang basah, mesti kena guling kat tar tu... kalau kena guling tanah rata oke lagi, buatnya dia suh guling naik bukit, tak ke naya. kesudah tak naik2 jugak.

dah agak2 suasana sunyi tu, baru panjat balik ke dalam bilik. masa ni... anda bebas lakukan apa saja dah. ahahaha...

ehhh... belum selamat lagi. nanti bila dah habis majlis. jangan la pulak kau membising segala bagai. teruskan lakonan macam tak ada orang kat bilik sampai esok pagi. ahh... tak payah esok pagi... nanti2 suasana aman damai - buleh dah keluar daripada tempat persembunyian. esok, kalau majlis tertinggi blok panggil dan tanya... pandai2 lah nak jawab sendiri ye...

selalu macam gitu ah cara aku larikan diri. selamat aje sampai habis tahun 1. tahun 2 dah jarang buat sebab aku dah jadi ahli tertinggi majlis blok... waaaa... tulah! tulah sebab menderhaka... tapi, kadang2 buat jugak. malah lebih advance lagi sampai panjat bumbung... hehehe...

***amaran - jangan tiru aksi ini tanpa panduan dari pakar...***


3 comments:

A t i Q a h said...

Hoho. Budak notti rupanya akak dulu. :P


Kak, saya tak de kredit nak reply. Email saya: ishka_87@yahoo.com. Heeee.

kudakertas said...

hahaha..bnyk gle cbrn nk lari dr aktiviti mlm..

Bungo Lale said...

tiqah...

dulu kan... zaman remaja riang ria. ehehehe....

kuda kertas...

begitulah kiranya... kamu pernahkah ?