Jul 20, 2009

ANAK MURID KESAYANGAN SAYA


tanpa duduk diam – kecuali time tidur – dah sebulan dah menjalani praktikum rupanya. ehehehe… (entah gelak seronok atau saja2 nak gelak...)

aku dalam proses belajar. belajar nak kenal budak2. belajar nak kenal cekgu2. belajar untuk mengajar.

sebulan kat sini… yang paling melekat di hati aku dah tentulah si fahmie… (fahmie lagi… ahahaha…). meh kita bercerita sikit tentang fahmie ni ye… apa yang istimewa dan kacisnya dia di mata aku.

fahmie atau nama sebenarnya zulfahmie bin norddin. aku mula suka (encik isa kata kita buleh suka pada anak murid - tapi kita tidak buleh pilih kasih. biar kasih yang pilih kita... err... apakah?) kat dia masa dia dengan muka yang sangat keliru, dengan suara yang penuh dengan ragu2, dengan malu2 beritahu aku ‘…cita-cita saya nak jadi petani.’ (masa mula2 aku masuk kelas 4 inovatif dan aku minta depa kenalkan diri dan beritahu cita2 depa) walaupun masa tu, kawan2 dia semua bercita2 besar… nak jadi jurutera, nak jadi polis, nak jadi guru, nak jadi pemandu kapal terbang, nak jadi professor… tapi fahmie je yang bercita2 nak jadi petani. dan (sila abaikan kesalahan tatabahasa ini... penggunaan dan selepas noktah adalah haram dari segi tatabahasanya ye murid2) kemudiannya apabila diminta menulis karangan mengenai ‘Diri Saya’ ditulisnya pula cita2 adalah jururawat. sebab masa nak tulis tu dia macam blur, dan aku bagi contoh beberapa cita2 - salah satunya jururawat ah...

fahmie tak ensem pun. fahmie tak chumel pun (m, dia tak chumel macam akeem pun). fahmie muka tipikal banjar. serius killer... (bila fahmie marah, aku perasan dia mesti cakap bahasa banjar...) fahmie sangat comot. the comotest. definisi kebersihan barangkali tidak pernah ada dalam diri dia. seluar fahmie senteng dan kotor berdebu. kasut fahmie hitam walaupun pada hari isnin. baju fahmie bukan berwarna putih, ianya sudah berwarna kekuningan dengan kesan2 kotor yang sangat ketara dan kecil pula. rambut fahmie kering tidak berminyak… (selalunya, bila dia minta kebenaran untuk ke tandas – dan bila dia masuk kembali rambutnya basah. mungkin itu cara dia merapikan rambutnya), gigi fahmie tidak bergosok dan rongak juga, fahmie mendapat no 22 daripada 23 orang murid kelasnya.

bila tengok fahmie. hati aku sangat tersentuh. insaf tetiba. aku dulu hidup susah juga. tapi ma dan abah sangat mengambil berat tentang kebersihan dan pelajaran anak2. baju sekolah paling kurang dua hari mesti berganti. baju mesti bersih walau tidak bergosok. (kawan2… masa kecik aku tidak pernah kenal seterika pun, kecuali seterika arang yang aku start guna masa aku masuk tingkatan 1. seterika elektrik tidak buleh dipakai sebab kuasa elektrik 12jam kat kampung masa tu tak cukup. kalau buleh pun aku rasa ma dan abah tak mampu nak beli pun.) kasut sekolah walaupun sepasang sahaja – ma akan basuh pada setiap hari cuti dan mengapurkannya.

mula2 masuk kelas. aku nampak fahmie sangat tidak boleh menumpukan perhatian. dia sangat nakal dan malas pula bila disuruh buat kerja. pitching aku akan jadi tinggi setiap kali dia buat nakal. dia suka jalan2. dia tidak buleh duduk diam. dia suka usik orang. jadi akhirnya, setiap kali kelas… aku minta fahmie duduk di hadapan kelas. hampir dengan aku. bila diberi perhatian, fahmie mula berubah. bila disuruh buat kerja, dia jadi sangat rajin. sekejap2 datang bertanya. ‘cekgu betul tak saya buat ni?’ ‘cekgu… oke ke macam ni?’ ‘macam ni ke cekgu?’…

sangat menseronokkan wehhh bila dia dah begitu… aku jadi sangat bermotivasi nak mengajar. aku jadi bersemangat.

banyak kisah yang terkisah di sk sungai tungku ni. kisah aiman abbas, kisah nur sayafiena ellysha, kisah nur natasha, kisah si kembar haizat dan hidayat…

***aku doakan yang baik2 sahaja untuk anak2 muridku. semuga mereka membesar menjadi manusia yang berguna pada keluarga, bangsa, agama dan negara…***

sekian bebelan saya untuk kali ini... ('_') *** aku tgh cari mud nak buat lesson plan nih...***



No comments: