Jul 23, 2009

SI KEMBAR... HAIZAT DAN HIDAYAT



kelas muzik 4b sangat menseronokkan pada mulanya. murid2 semua mendengar kata. patuh. dan sangat teruja dengan aku (cekgu baru yang tak reti nak tinggi2 suara). tapi, tak lama. masuk kali kedua semua dah tunjuk taring. tunjuk belang... sabar ajelah...

depa sangat teruja kalau dapat main rekoder. belum masanya suruh tiup dah bingit telinga aku dengan bunyi yang sumbang sesumbangnya. walaupun begitu. objektif akan tercapai setiapkali pnp kelas ni. itu yang best.

kali ni. nak cerita pasal si kembar haizat dan hidayat. kembar seiras. haizat abang dan hidayat adik. sangat keliru nak mencari perbezaan antara mereka. cuma nasib baik, seorang pakai uniform pengawas dan seorang pakai tali leher sebab dia ketua kelas. itu pun buleh tertukar2 jugak. nak tegur hidayat... tapi terpanggil haizat, makanya empunya badan sebenar dengan muka comel pun bertanya... 'cikgu... saya ke?' padahal mata aku dah sah2 terarah pada yang seorang lagi. aduyaiii...

haizat dan hidayat adalah murid paling pintar dalam kelas 4b. peperiksaan baru2 ini, haizat dapat nombor 1 dan hidayat nombor 2. tahun lepas hidayat nombor 1 dan haizat nombor 2. antara kedua2 ini hidayat ni nakalnya lebih sikit. kadang2 dalam kelas dia macam buat tak tahu aje kat kita. haizat nampak matang sikit. tapi kan... mulut kedua2nya... memang melebihi jangkaan aku.

pertanyaan haizat selalunya dalam lingkungan apa yang dipelajari. manakala hidayat pula lebih kepada apa yang dilihat, dibaca atau didengar olehnya. untuk pengetahuan, mereka anak yatim. hanya ada emak. dan mereka hanya berdua beradik sahaja. selalu pergi dan balik sekolah emak mereka yang menjemput. kerja emak, jual kuih. tapi punya anak yang cerdik pintar begitu sangat mensejukkan perut ibu yang mengandung oh.

semalam. masa kelas muzik. belum pun pnp berlangsung. baru nak masuk set induksi. haizat tanya... 'cekgu, dari manakah alat muzik berasal?' dan disusuli pertanyaan-pertanyaan 'pada tahun bilakah alat muzik dicipta?' 'apakah alat muzik yang pertama dicipta?' 'kenapa dalam banyak2 not yang cekgu ajar, not d sahaja yang tidak tutup lubang bawah?' 'saya tak dengar pun apa beza bunyi not c dan not d...' begitulah... tak sempat nak jawab pun. dan kadangkala kalau tidak dipedulikan atau aku buat2 tidak dengar dia akan datang kepada aku walaupun pada ketika itu aku sedang memadam papan putih. dan bertanya sampai dia puas hati dengan jawapan aku.

manakala hidayat, yang kadang2 nampak tidak menumpukan perhatian itu mengeluarkan pertanyaan 'cekgu... cekgu ada baca tak kisah setan merah?' ohhhh... apakah ? dan terus mengarut pasal setan merahnya sampai kawan2 dia cakap... 'abaikan cekgu, dia memang suka mengarut.' huhuhu...

aku tak jangka pun soalan2 macam tu akan keluar dari mulut budak 10 tahun. nak2 lagi ibunya pun cuma orang kampung yang biasa2 sahaja. lina yang mengajar bm kelas 4b pernah cerita kat aku. setiap kali diajukan pertanyaan, haizat atau hidayat akan menjawabnya sama macam dalam nota. semua macam dah ada dalam kepala. tak payah tengok buku pun. sangat mengkagumkan aku.

kadang2 juga, kedua2 saling berebut nak bertanya. 'saya dulu... saya dulu...' sambil keluar ke depan menghampiri aku. kadang2 salah seorang akan jadi pasif. macam bergilir2 pun ada. sangat istimewa ah...

kesimpulannya... bak kata guru2 yang mengajar 4b. soalan pertama dan kedua buleh lagi dilayan. tapi masuk soalan ketiga cukup cukuplah... tak sempat nak ajar yang lain nanti.

salam...


2 comments:

Kuda Kertas said...

bgs nye si kmbar tu..bkl bjye ble da bsr nnt tu..

hanis said...

insyaAllah...

mudah2an jadi anak yang berguna...