Jul 7, 2009

cintaku bukannya jenis pakai buang...



sangat tensen. tetiba pulak terdemamkan diri sendiri. suara sangat tidak ada. dan sangat tidak kacis untuk mengajar murid2 1b menyanyi. huhuhu... dengan hiruk pikuk itu, gue cam lost dah. sungguh, kanak2 1b sangat riang ria ribena... lelaki ke perempuan ke sama je. jadi - kalau kelas ni - cekgu kena pakai volume yang paling tinggi. dengan kepala pening2. badan seram sejuk. tekak sakit. dem tensen ahhh... sungguh. sumpah sangat tidak kacis ahh kelas tadi.

aiman hari ini sangat baik. sangat patuh. sangat taat. sangat manja. pergi ke kelas 1b sebab nak menjemput mereka ke bilik muzik - macam biasa - aiman datang berlari2 dan menarik tangan aku sambil mengadu dengan gelak2 manja. aduyaiiiii... sebenarnya bilik aku dengan bilik darjah aiman sebelah aje - cuma dipisahkan oleh tangga saja. dan tetiap hari - tetiap masa... aku mesti akan dengar jeritan ini...

'aiman abbassssssssss!!!'

berkali2. oleh guru2 yang berlainan. huhuhu... oke, bukan aku sorang je yang ada masalah nak handle si aiman ni. ini bukan aiman tak kisah... ini aiman yang memang kisah. tapi tadi, aku pun naik hairan (aku tak pernah setuju dengan ayat ni sebenarnya... ada ke naik hairan? tapi sebab nak mengkaciskan ayat dan tak nak nampak ketinggalan zaman - kat n3 ni aku letak jugaklah... ahahahaa...) aiman duduk di bahagian hadapan. patuh. dengar je apa aku cakap. tapi kannn, yang musyil tu... kat bahagian depan semua budak2 perempuan - sekali ada aiman abbas daa... apa yang beliau buat kat situ ? dan apa hubungan beliau dengan nur syafiena ellysha binti azmi ? wahhhh... gempak ahhh kalu budak darjah 1 dah pandai men centa...

daniel pulak yang overdose air sirap hari ni... bawaklah pembaris panjang ke - buat muka habis garang ke - beliau tetap dengan kelakunya. haihhh... last2 aku suh dia berdiri kat atas kerusi kat depan - tapi tetiba gedentang- beliau jatuh tergolek. hambikkkk... sape suruh ko tak duduk diam ? sape suruh kau minum sirap banyak sangat ?

walaupun tengah rasa tak sedap badan. tapi aku sangat rajin tahap petala ke 700 hari ini. tiba2 sangat rajin mensiapkan rph untuk kelas bm 4i esok. sangat tidak mempercayai keupayaan diri sendiri. ahahaha... balik rumah - sangat dengan senang hatinya melayan cd korea (thanx 2 adik m coz bg pinjam sampai ke teluk intan...). selepas itu tidur barang seminit dua (tipuuuuu...). tersedar dari tidur sebab bunyi orang masak memasak... kelentung kelentang anak dara yang bertiga itu kat dapur... gue pun terus bangun dan menolong apa2 yang patut. (sangat tipu oke... gue bantai tidur je - gue kan tak sehat... ahahaha... alasan!) bangun sebab tak solat asar lagik. lepas tu - terus buat bbm (yang ni tak tipu oke...) balut folio sket (pijah cakap - k emi cakap kat dia - folioku macam balut hantaran sajah... pijah tukang gelak... siot ahhh) dah setel semua - baru berani jenguk blog. kalau jenguk blog sambil layan bbm - memang tidak boleh mempercayai diri sendiri... bbm harus entah kemanakah. huhuhu...

sok kelas bm 4i. kelas fahmie. kelas hieddier. kelas amri. entah apa la karenahnya esok pulak. yang sangat menghairankan diri aku sendiri ialah - dengan aku je depa macam tu. hari tu masa yan observe aku - tetiba je depa jadi sangat soleh. semua dah jadi macam si amirul aje. diam. nak jawab soalan pun susah. kalau selalu asal aku tanya je berlumba2 angkat tangan nak jawab - termasuk si fahmie yang tak tahu jawapan itu pun. haihhh... mentang2 cekgu baru - korang nak test cekgu ye ?

itu je aku nak menceceh hari ni. kali lain kalu mud oke baru buleh tulis entry merapu. seperti biasa - tajuk entry tiada kena mengena dengan entry. nak bagi gempak ajoooo...


1 comment:

Mr. alien said...

lawak btol la korang jadi cukgu ni.... hahahahahaha......

nasib baik dapat sekolah rendah.....