Jul 4, 2009

diriku bukan tapak sulaiman...



penat ahhh... sejak duduk teluk intan ni - aku memang ada masalah tidur malam yang kronik. tidur siang sangat tidak menjadi masalah. hahaha... serius. bila nak tidur malam sahaja sangat sukar untuk menlelapkan mata. sangat berjaga2. entahlah... rasa tidak selamat tu tetap ada. haihhh...

tadi - sebab sendiri ke sekolah - jadi agak lambat. bangun lambat2. mandi lambat2. bila tengok jam udah jam 0720 - baru mengkelam-kabutkan diri. keluar2 umah lak - jalan dah jem. sebab pasar sabtu dah mula dibuka. peniaga udah hampir penuh sepanjang jalan nak keluar. sangat mentensenkan. sampai jalan besar - terus memecut si piyu tanpa belas kasihan lagi. (macamlah laju sangat... hehehe...)

sampai sekolah - loceng sudah berbunyi. murid2 sudah berkumpul di dataran untuk program 10 minit setiap pagi (gue tau hari ni sabtu - tapi sekolah gue ada sekolah ganti ahhh...) sangat mengkelamkabut memparking kereta. sementelah kereta cekgu2 lain udah hampir penuh di garaj. huhuhu...

aku sendiri. lina kan ada kursus bola baling kat maktab. jadi dia dapat cuti. bila sendiri - rasa sangat menloserkan. huhuhu... nak makan pun malas. tapi bila fikir after skul nanti nak terus pecut balik ipoh - terpaksalah memakan seorang diri. sungguh. loserrr... hahaha...

lepas rehat - ada dua kelas. dua2 kelas bm. darjah 3b dan darjah 4i. sangat mempenatkan rasanya. sangat mensakit tekakkan. tiba2 rasa nak ambil kelas vokal. huhu... tadi guru pembimbing gue - puan yaneliawati lauhana a.k.a yan (kami sebaya sehhh... tapi dia udah banyak pengalaman. gue baru nak memanjat...) menkumen - suara oke, jelas. cuma intonasinya sangat mendatar. tiada tinggi rendah... ahhh... macamanakah? serius tak tahu nak menggarang macamana. even tadi si fahmie nakalnya yang amat dan melebihi impak maksima - mebi sebab dia rindukan aku kot... ahahaha... yelah, dah berapa hari dia ponteng skul. lalu sebab menerima kumen yan, aku pun dengan muka sangat tdak malunya meminta izin untuk masuk melihat dia mengajar. wahhh... dah macam aku je yang nak observe dia.

si fahmie. tadi bagi aku satu tips. rasa sangat nak menggelakkan diri sendiri. budak kecik tu kadang2 cakap macam orang tua. fahmie beritahu 'cekgu... dengan depa ni cekgu kena buat lawak sket, kalau tak depa tak seronok...' sambil letak tangan kat mulut macam dia berbisik. ehehe... lalu aku bilang 1, 2, 3... eh, bukan bilang macam tu... aku beritahu 'cekgu tak pandai buat lawak...' dan secepat kilat si fahmie terus menyahut 'haa... sebab tu la saya selalu buat lawak...' ahaha... kamu memang melawakkan la fahmie.

sangat penat. sangat penat. sangat penat. sangat letih. sangat letih. sangat letih...

***notes untuk encik alien - ehemmm... blog gue udah macam gpms ye? gpms untuk menjejak kekasih hati. ahahaha.... nampaknya, lain kali gue kena lebih berhati2. takut terkantoi... lagu untuk encik alien daripada kekasih hatinya... jangan kau bimbang sayang, di mana ku berada, dengan siapa ku bersama, jangan bimbang ku tetap kau yang punya... ahahahaha...

****nak melayan ryp3 ~memburu rindu... sambil mendengarkan lagu wali band ~ cari jodoh... hehehe.. ****

salammmm...


2 comments:

Kuda Kertas said...

uhh..pnt ye jd seorg cikgu..tp bg aku cikgu tu stail..
cari jodoh??mcm pnh ku dgr tjuk lgu ni..

hanis said...

kuda kertas...

lagu itu best... hehehe...