Jul 8, 2009

kamu memang KACIS...



semalam. balik skul. terus berperang dengan katak. sungguh la enak katak tu landing dalam bilik air kitorang. lina menjerit2 panggil aku suruh tangkap katak.. ko giler? aku geli siottt... lina selamba je sound balik 'aik... brutal2 ko pun geli kah?'. cakap aku... ko pun duk menggeli geleman kat hujung dinding tu buat apa? huhuhu... aku cari batang kayu. kuis2 beliau (bukan kuis lina... gue kuis katak tu... kalu gue kuis lina - harus gue yang kena kuis balik... hahaha...) katak tu degil sungguh. aku rasa kalau ke sudah aku tak berjaya, aku nak bunuh je katak tu - dah tu baru angkat buang dan kebumikan. hehehe... zalim! tapi nasib katak tu memang baik... nak jugak dia keluar bila aku pasang niat tak baik tu.

semalam. kat skul. tak de cerita best sangat. sebab rasanya - objektif tercapai. hehehe... murid2 semua patuh dan taat walaupun menjenuhkan jugak nak kena kawal depa semua. yang paling tak best bila suruh membaca - semua menyukarelakan diri nak membaca kat depan kelas. tapi bila dah kat depan... suara alamak... aku pun tak dengar. jenuh dah cakap suruh kuat, tapi macam tu jugak. huhuhu... gimana lagi caranya ye?

semalam. tak ngadap internet pun. tidur. tidur terpaling awal dalam sejarah. heh... poyo! sebab semalam tidak sedap badan. jadi tertidur lebih awal daripada biasa. hehehe... lagipun, rph muzik untuk hari ni memang dah awal2 lagi siap. jadi... relax sikit. ryp3 tergolek je kat hujung kepala - dengan separuh dah baca. ehehe... kacis ah nuvel ni - rasa kembali ke zaman muda. ahahaha... sekarang sudah tuakah?

hari ni. sampai2 je di sekolah. murid2 dah tunggu kat tempat parking. azieda dengan siapa ntah tadi. sibuk nak mentolong angkat barang. sementelah hari ni pulak - aku hanya ada kelas muzik jadi bbm tak banyak sangat. pelawaan azieda aku tolak dengan baik sekali. serius beb... anak2 murid memang tunggu pagi2 nak tolong bawak barang masuk bilik guru. kesian pulak kat depa bila tak dapat menolong. aku pun macam tak sampai hati nak bagi depa bawak barang2 aku. walaupun aku tengok ada je cikgu2 lain buat begitu. mandat aku bukan besar sangat pun... setakat barang sikit2 tu aku bawak sendiri ajelah... macam tu jugak bila habis kelas. semua mentawarkan diri memasing untuk tolong bawak barang. sampai hari tu - semua barang aku depa angkut... termasuk dengan kotak pensil aku pun depa bawak. aku rasalah, kalau boleh - dengan aku aku pun depa nak tolong hantar gi bilik guru. huhuhu...

murid2 4i sangat bermasalah untuk mengingat notasi. tadi kelas muzik - depa masih tak ingat not B, A, G... not asas. bila disuruh membunyikan rekoder - mempanikkan diri memasing. dan bermain secara sumbang mahramnya. nampak gayanya - aku kena ubah strategilah.

tadi puan norsiah mintak aku ganti kelas muzik beliau. kelas 4b. first time masuk kelas ni. aku tak tahu depa macamana. tapi dengar2 cerita cekgu2 lain - ini kelas bijak. okayyy... kita tengok. dan ya... gua setuju sangat. not B, A, G tu enteng sangat bagi depa. kacang kuda aje... ajar sekali terus lekat kat kepala. oke... sebab kamu bagus... cekgu hanisah akan test kamu. aku keluarkan skor lagu - tajuk dia bergembira. lukis baluk kat papan putih. lukis not2 krocet dan minim pada setiap bar... dan ajar untuk main secara muzikal. sumpah... memang kacis ah... rasa terharu jugak sebab depa buleh buat.

oke. nak kena pergi skul balik. petang ni ada klinik permainan. kul 1500hrs sampai kul 1700hrs.



No comments: