Jul 9, 2009

sedih... nape lan keluar MUH ? kenapakah ?



tadi. petang. merempit ke skul dengan AGB lina. memang kacis ah pergi skul petang2 naik scoot. buleh menghirup udara petang (hirupkah?), buleh mentengok pemandangan di tepian sawah, di tengahan sawah, ada pakcik2 memancing di tali air, burung2 raja udang berterbangan bebas... huhu... sumpah kacis ah...

tapi. dah hampir 2/3 perjalanan, AGB buat hal. tetiba pulak memberhentikan dirinya dengan jayanya. aku dan lina berpandangan. apakah? lina start... hidup. tapi tak bergerak. akhirnya, kami mengambil keputusan nak patah balik je. hantar motor ke bengkel. wehhhh... sumpah jauh. nak mentolak AGB yang berat itu lagi.

petang itu. matahari masih menterik beb. aku kira2. lina kira2. nak sampai ke bengkel itu - mau turun beberapa kilo berat badan kami. hehehe... tapi nak buat macamana? nak dipanggil pomen - pun masih kena berjalan ke bengkel juga. nak mensuruh suriati dan mastura datang - depa jangan kata bawak kereta, naik duduk dalam kereta pun dah kira nasib baik pandai... hahaha...

pusing. mentolak AGB dengan semangat waja. pantang undur anak watan! baru tak sampai 5 minit lina dah mengah. aku pulak jadi tukang mentolak. dalam hati duk doa2. adalah orang yang nak mentolong mintak2nya. harapkan brader tu... 2, 3 kali lalu pun duk mentanya aje. mentanya dengan gaya macam gangster pulak tuh. nasib baik doa dimakbulkan. sekejapan. ada sorang brader berhenti. dalam raga motor dia ada kfc - bucket... dia mengofferkan diri untuk mentolong kami. caranya... sorang kenalah bawak AGB, sementara dia mentolak mengguna kakinya. lina takut... dia tak berani. cehhh... merempit bagaikan ada lesen besar, mentakut jugakah? huhuhu... sudahnya, lina bonceng brader tu dan aku yang tak de lesen ni gak yang naik AGB tu. errr... best gak rupanya naik motor tak hidup ni rupanya. hehehe...

sampai di bengkel dengan jayanya. dan hanya mampu mengucapkan terima kasih kat brader tu kerana mensudikan diri mentolong kamu insan2 lemah ini. hahaha... dekat kul 1630hrs baru AGB siap dibaiki. terus tak jadi skul.

tapi. sebab kreatif. aktiviti yang patutnya di buat pada hari khamis. di awalkan ke hari ini. sms mas suruh dia bersiap2. rempit AGB sampai rumah. terus capai kunci piyu. objektif : cari tm. gue nak pasang streamyx! dah dekat jam 1700hrs masa kami sampai. setelah 2, 3 kali melilau mencari di manakah bangunan tm tersebut berada. sib baik depa tutup pukul 1730hrs. lepas sembang lebih kurang... terus daftar. memang kacis ahhhh...

sebelum balik sempat mensinggah di kedai buku chew. wahhh... heaven weh kat sini. banyak alatulis yang dijual. sejak nak jadi cekgu - gua jadi taksub pada alat-alat tulis neh. hehehe... kedai ni buleh tahan gak besarnya. kira kalau dengan kedai kat taman cempaka kat ipoh tu masing2 buleh duduk sama rendah berdiri sama tinggi ah. kacisss...

hari ini masuk hari ke 3 makan di rumah. salmah tomyam tidak lagi kami jengah. hehehe... resipi hari ni - tomyam udang ngan telur dadar taruk daun sup ngan daun bawang banyak2 (telur ni aku punya resipi. tapi aku tukang bancuh n potong2 bahan jer... tukang goreng mestilah chef lina.) sangat sedap. sumpah kacis dinner kat rumah. tapi kan... lepas balik tm tadi sebab tak tahan gue asyik batuk2 ajer... aku terus beli woods. woods... sumpah sangat tidak kacis. sangat tidak sedap rasanya. terus minum dengan dose yang disyorkan. sampai rumah tetiba rasa mengantuk. lina tepuk dahi... 'wehhh... memanglah ngantuk, yang mu pergi telan ubat batuk tu bakpo?' begitukahhh... yang kamu tidak bagitahu tu kenapakah ? 'sorry... tadi aku terberangan... aku tau mu minum tapi tak berdaya nak menghalang...' sangattttt... kaedahnya... lepas makan tadi terus bagaikan orang mengantuk di sorongkan bantal. wabilahitaufik walhidayah... selamat zzzz.

jaga tepat jam 2359. tukar shift dengan mastura. dia tidur. gue jaga. siapkan rph. sok 2 kelas bm. satu dah siap petang tadi kat skul. satu masih dalam proses. mencari fokus utama dan fokus sampingan - InsyaALLAH bukan satu masalah lagi. lalalala~~~ thanks to yan and kak zan. jasamu ku kenang.

berbalik pada tajuk n3 ini. kenapa lan keluar MUH dan join azlan & the typewriter ? kenapa lan keluar saat nama sedang di puncak ? bagi aku... lan dan MUH sangat sinonim. lan maksudnya MUH dan MUH maknanya lan. kalau salah satu takder rasanya sangat tidak bermakna. tak dapat bayangkan macamana MUH tanpa vokal power lan. tak dapat bayangkan lan tanpa taja dan afat. memang sebelum ni, depa menolak segala gossip yang MUH menuju perpecahan. tapi, aku percaya benda tu akan jadi jugak suatu hari nanti. sebab tak de angin maka pokok tak bergoyang. haihhhh... aku tak tau lepas ni nak follow MUH ke nak follow lan. sebab bagi aku MUH memang tak bererti tanpa lan. nak follow azlan & the typewriterkah ? akan samakah muzik yang depa bawak ? tunggu ajerlah...

itu sahaja. n3 ini memang ada kaitan dengan tajuk... encik alien - kamu ada kumenkah ?






No comments: