Jul 10, 2009

AL-FATIHAH...



‘akak, abah m msuk wad kecemasan, m balik tganu mlm ni..tlg doakn spy my dad cpt sembuh.’ ~ sms daripada m yang aku terima petang tadi.

aku kelu sekejap. serentak ingatan terbawa pada arwah abah yang pergi pada 05.06.2001. pergi yang tidak akan kembali. cepat2 aku telefon m. sekadar untuk tahu kondisinya. bukan bertanyakan kenapa abah m masuk wad kecemasan? abah m sakit apa? dah lama ke dia sakit?… aku tahu dalam keadaan macam tu pertanyaan2 sebegitu hanya bisa membuat dia lagi panik. sudahlah jauh beratus batu. yang jadi penghubung cumalah telefon. apa2 jadi – m takkan mungkin dapat bersegera ke sisi abahnya.

aku teringat saat2 aku kehilangan arwah abah. aku tidak ada disisinya. aku jauh di upm ketika itu. memang sebelum itu pun abah ada sakit. tapi, abah kelihatan sudah sihat saat dia suruh aku balik ke upm. katanya... 'baliklah, abah dah tak de apa-apa ni. kesian kak... belajar, nanti banyak yang tertinggal.' sementelah masa tu baru masuk semester 3. dengan berat hati aku balik juga ke upm. hati rasa sangat tidak tenang saat meninggalkannya.

betul detik hati. tak sampai sehari aku kat upm, masa tu sedang bermesyuarat di Balai Rahmat di KOSASS - adik menelefon… ‘abah tak tahu lagi ada ke tak kak…’ ayat2nya itu aku ingat benar sampai ke hari ini. saat itu, airmata tidak gugur sedikit pun. jiwa aku kosong. aku tak tahu nak buat apa. aku diam. kembali ke bilik sebelum menerima panggilan daripada pak su aku yang duduk di kajang. mensuruh aku bersiap2. nanti dia datang amik dan terus gerak balik ke gm.

aku ingat lagi… pak su bawak kereta dari kl ke gm tak sampai pun 3 jam malam tu. laju. masa tu aku diam. pak su dan mak su pun diam sahaja. dalam hati aku penuh doa dan harapan agar abah tidak ada apa-apa.

kiranya aku beruntung masa tu sebab pak su aku ada di kawasan selangor ini. tak boleh nak membayangkan kalau hanya aku. nak naik apa nak balik gm? macamana? sementelah aku masih baru kat situ. aku belum kenal kl pun. tapi m, jauh di ipoh – keluarga di terengganu. (kata mastura kalau naik bas jam 2100hrs, akan sampai kurang lebih jam 0430hrs. lamanya… aku offer m – suruh bawak kereta aku je. tapi dia tak confident… nak2 lagi dalam emosi sebegitu. drive sendiri. malam2. jalan grik tu… bukan boleh harap sangat. betul juga... lagipun, aku di teluk intan saat dapat berita tu, m di ipoh… sungguh, kalau tak kerana esok skul, dan lagi pensyarah nak observe… aku sanggup aje hantar dia ke terengganu tu.)

sampai di rumah – awal pagi 05.06.2001. rumah sudah dipenuhi dengan orang menziarah walaupun jam baru je 0300hrs. aku keluar kereta. aku masih kaku. sampai arwah nenek yang tarik aku naik ke atas rumah. di ruang tengah rumah… jenazah abah terbaring. adik nampak aku terus tambah menangis. ma pun. masa tu baru aku menangis. menangis dan menangis. dunia rasa gelap. aku menyesal… kenapa masa abah tak ada, aku tidak ada di sisinya? kenapa saat2 abah bertarung dengan maut aku jauh beratus batu daripadanya?

aku tak ingat siapa yang sabarkan aku. suruh aku ambil wudhuk dan beri aku YAASIN. aku memulakan bacaan dengan teresak2 sisa tangis. dan dalam hati tangis masih menggila bila lihat muka abah tenang2 sahaja. abah sudah tidak bernyawa. tak akan lagi aku dengar suara dia memanggil aku. tak akan lagi aku lihat dia ketawa. tak akan lagi aku lihat dia tersenyum. tapi, masa tu, aku bersyukur… sebab Allah dah tamatkan penderitaan abah selama hampir berbulan2 itu. sesungguhnya jika kematian adalah yang terbaik untuk abah… aku redha.

sungguh… abah derita. berbulan abah tak dapat tidur. muka abah cengkung, abah tidak boleh tengok cahaya lampu. bila abah pejam mata, bayangan2 itu akan datang kepadanya… doktor beritahu abah tidak sakit apa2. banyak kali abah kena xray. tapi abah tidak sakit apa2. kami tidak ada jalan lain ketika itu kecuali berubat secara tradisional.

tapi… sudah takdirNya… abah pergi jua. pergi saat aku tidak ada di sisinya. saat adik lelaki aku jauh di perantauan. hanya adik bongsu aku sahaja yang melihat saat2 akhir abah. sehingga ke hari ini, dia masih akan menangis bila teringat bagaimana arwah abah pergi. dan aku sehingga hari ini, tidak akan pernah mahu dia menceritakan bagaimana abah pergi. sedih… kenapa manusia boleh membuat manusia lain sehingga begitu sekali menderita?

begitulah. apabila mendapat sms daripada m tadi. aku gegar. takut… takut sangat. entahlah, mungkin sebab aku rasa aku rapat dengan m. aku dah anggap dia macam adik aku sendiri. yang boleh berlepakan bersama tiap hujung minggu. bersembang apa saja. buat lawak sesuka hati. m yang selalu senyum. yang selalu ceria...

rasa macam saat2 aku kehilangan arwah abah tu bagai datang kembali. aku tak nak m rasa apa yang aku rasa. aku tidak ada sesiapa nak kongsi sedih. aku bukan jenis yang mencari orang untuk berkongsi duka. aku jenis simpan sendiri.

kemudian aku terima sms lagi… m beritahu abahnya disuspect ada ketumbuhan dalam otak dan sekarang dalam keadaan tidak sedar. masa tu rasa berderau aje darah… sangat tidak tenang. sangat takut tiba2. aku telefon dia… apa yang boleh aku katakan… cuma tanya dia oke ke tak? sangat tidak mahu dia terlalu terbawa dek emosi.

malam tadi. aku minta tolong housemate… kami sama2 baca YAASIN. dengan doa dan harapan agar abah m akan kembali sembuh.

tapi… tadi… m sms lagi. beritahu abahnya sudah tidak ada. sebak. sangat sedih. sungguh… aku rasa saat2 aku hilang abah… sama macam m. saat kami tiada di sisi mereka.

'sori guys to bother u late at nite. just to inform u guys that mazyudin's father just passed away.' sms fathiyah yang aku terima tadi telah buat empangan air mata pecah juga. sedari tadi. aku hanya beritahu teman2 serumah yang abah m dah tak ada. tak kuat untuk inform kawan2 yang lain...

m masih dalam perjalanan pulang ketika ini... aku harap dia tabah. aku harap dia sabar... semoga roh Pak Cik Mokhtar ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman... amin...

AL-FATIHAH...

***blog ini... berehat seketika...***


3 comments:

A t i Q a h said...

Al-fatihah untuk Allahyarham abah akak dan abah M. -_-

Cikgu Ije said...

al fatihah..

hmm.. tiada lagi suara memanggil.. tiada lagi gelak tawa..

semuanya ditakdirkan Allah. salam takziah.

Mr. alien said...

Yg pergi tetap pergi.... sebagai anak.... hanya doa anak sahaja yg akan sampai pada arwah..... selalu lah berdoa dan solat......

Salam takziah....