Dec 25, 2013

LAWATAN TAHUN 6 BAHAGIAN 3

Assalamualaikum w.b.t,

Malamnya, memang tidur tidak berkutiklah anak-anak ini. Yang perempuan tidur di bilik atas dengan aku dan Miss Afidah manakala yang lelaki pula bergelimpangan di ruang bawah. Masing-masing dah tanggal baju sebab panas. Murid perempuan pun sama, merungut panas sahaja. Sehinggakan terpaksa tidur dengan tingkap terbuka sebab nak bagi angin masuk. Kesian anak-anak tanah tinggi yang kepanasan itu...




Pagi Ahad, lepas siap bersarapan - kami keluar dari rumah menuju ke Aeon Stn 12 di Ipoh. 


Naik eskalator yang digeruni. Dua tahun lepas, ada kejadian anak murid jatuh di eskalator semasa lawatan ke Genting. Kesian beliau sampai pucat-pucat muka. Manakan tidak jatuh, dia sangka tempat pemegang tangan itu tidak bergerak lalu dia pegang kuat-kuat, itu yang sampai jatuh tergolek tu... Tapi di sini, tak ada kejadian jatuh-tergolek laaa... ada tidak pun, yang takut-takut nak naik sampai kena melompat... nak turun pun melompat. Tak apalah, sekurang-kurangnya boleh jadi pengalaman dalam hidup mereka hendaknya...



Nak juga dia cuba kerusi urut tu. Bagi-lah seringgit... Seronok bukan main Hairil kena urut.



Kemudian kami ke Daiso. Beli skaf untuk murid perempuan dan juga kasut untuk mereka. Murah sahaja, tapi itupun sudah cukup untuk menghadirkan senyum-sengih sampai ke telinga mereka.

Kami suruh mereka pilih sendiri ikut citarasa mereka, nak skaf macamana. Selalu cikgu belikan ikut selera cikgu sahaja, tapi kali ini cikgu bagi can kamu pilih. Dah pilih, masuk bakul nanti cikgu bayarkan...



Tengah rambang mata...



Haaaa pilih jangan tak pilih. Pilih sampai puas hati okayyy...



Lepas tu rambang mata nak pilih selipar pulak.



Taaaadaaaa... Bukan main lagi warna-warnanya. Terang benderang. Ikut koranglah anak... janji korang suka. Jangan hari ni pakai esok hilang sudah...



Melihat-lihat sekitar...



Kakak yang jual donat/cupcake itu pulak yang lebih teruja bila dapat tahu kami bawa anak-anak ini lawatan ke Ipoh, Bukan main seronok lagi dia tanya itu dan ini kepada murid-murid... Tapi biasalah, anak-anak ini kalau dengan orang yang mereka tak biasa - nak lagi di tempat yang asing bagi mereka memang susah sikitlah nak jawab. Kalau tak sengih-sengih, mereka buat muka blur tu... Hihihi...



Makan donattt!!!



Kemudian bawa masuk dalam pasaraya sebab nak beli barang-barang buat jamuan makan akhir tahun di sekolah. Cikgu Wan belikan aiskrim dan kaya ball.



Menikmati aiskrim...



Dah habis ronda-ronda dalam Jusco tu, maka kami pun bergeraklah balik ke Tanah Tinggi. Anak-anak tinggal satu malam lagi bersama kami sebelum kami pulangkan mereka ke pangkuan ibu bapa masing-masing keesokan harinya.

Alhamdulillah, walaupun sekadar lawatan ke Ipoh - tapi aku pasti ini adalah antara pengalaman yang akan mereka ingat bila suatu hari nanti mereka tidak lagi bersekolah di SK Lemoi. Ini adalah hadiah kecil kami kepada mereka - anak-anak tahun 6, di atas segala kesungguhan dan komitmen mereka dalam setiap aktiviti sekolah dan dalam peperiksaan UPSR khasnya. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka sebaik sahaja mereka meninggalkan alam sekolah rendah dan melangkah ke hadapan menuju satu lagi fasa hidup yang baharu. Semoga berjaya anak-anak!

Sekian.


30 comments:

InaAchik said...

Assalamualaikum bungo lale...
Allah... terharu hati ambo melihat kemurnian hati2pendidik ni. hadiah bermakna buat anak2 murid.

tapi hok nok sukonya, hok laki pon pilih selipar pink. hehee

noya ahmad said...

Tak dpt nk gambarkn perasaan sy bila bc entry ni. Smoga usaha kalian guru2 mbdapat ganjaran yg besar di sisi Allah Taala

noya ahmad said...

Tak dpt nk gambarkn perasaan sy bila bc entry ni. Smoga usaha kalian guru2 mbdapat ganjaran yg besar di sisi Allah Taala

Miss Masf said...

hi bungo lale..

sy sgt terharu dgn blog awk...hargai apa yg awk buat utk bangsa sy. Sy sendri belum berpeluang berbakti utk bangsa sy. Moga jasa guru2 semua dihargai dan hanya Allah yg dapat balas. If sudi blh add fb sy..https://www.facebook.com/mas.farina

Anonymous said...

terharunya tengok gambar ni.kesian cikgu jalan naik motor .

Anonymous said...

Assalamualaikum,sy sgt terharu,semoga jasa guru2 semua dihargai dan hanya allah yang dapat balas.

Anonymous said...

assalammualaikum, hebat sungguh cikgunya

Anonymous said...

Assalamualaikum,bestnya korang!dapat
pergi pasar raya

Anonymous said...

assalamuaalaikum,bestnya korang!dapat pergi pasar raya

Anonymous said...

assalamuaalaikum,bestnya korang!dapat pergi pasar raya

Anonymous said...

terharunya AKU TENGOK GAMBAR NI.KESIAN DIORANG,PERGI SEKOLAH JALAN KAKI

Anonymous said...

asalammualaikum kesian korang naik motor

Anonymous said...

wah korang dapat pergi pasaraya

Anonymous said...

assalamualaikum
guru - guru Awak sangat bersembangat

Anonymous said...

asalam mualaikum kesian nya saya tenggok guru-guru macamana boleh menari apaya

Anonymous said...

assalamkum,kesiannya cikgu

Anonymous said...

Assalamualaikum terharu saya melihat murid murid di sana. tapi bestlah mereka dapat pergi pasaraya beli belah :)

Anonymous said...

taniyah kepada cikgu

Anonymous said...

Assalamualaikum terharunya saya. melihat murid-murid di sana kerana.

Anonymous said...

assalamualaikum,kesian semua cikgu pergi sekolah menaiki moto jalan dekat jalan belumpur sampai tersekat tayar. Tak pe nanti cikgu pergi adu kat kerajaan suruh betul kan jalan.Kalau kerajaan tak nak betul kan jalan, buat muka sedih biar kerajaan betul kan jalan

Anonymous said...

assalamkum,kesiannya cikgu

Anonymous said...

assalamkum,kesiannya cikgu

Anonymous said...

assalamkum,kesiannya cikgu

Anonymous said...

assalamkum,kesiannya cikgu

Anonymous said...

assalamkum,kesiannya cikgu

Anonymous said...

assalamkum,kesiannya cikgu

Anonymous said...

ARIf

ksiankamusemua

Anonymous said...

assalamualikum saya amat terharu malihat guru-guru

Anonymous said...

ASSALAMMUALAIKUM,KESIAN DIORANG SAYA TENGOK,PERGI SEKOLAH PUN JALAN KAKI.CIKGU NAK PERGI NAIK MOTOR.

Anonymous said...

saya amat terharyu melihat guru-guru meredah hutan untuk mendidik anak murid untuk memberi ilmu