Jan 5, 2014

SUKAN ASRAMA

Assalamualaikum w.b.t,

Selalunya, antara acara kemuncak apabila menjelang hujung tahun selain daripada Hari Anugerah Cemerlang adalah Sukan Asrama. Sukan Asrama ini lain daripada Kejohanan Sukan Olahraga - acara yang dipertandingkan/dimainkan adalah sangat berbeza. Sukan Asrama selalunya melibatkan acara macam acara sukaneka sahaja. Permainan yang tak adalah memerlukan tenaga yang banyak. Dan walaupun namanya Sukan Asrama - tidaklah ianya hanya melibatkan murid asrama sahaja. Almaklumlah, sekolah kecil-kecilan macam kami ni... Jadi semua murid akan terlibat dalam acara ini. Namun, acara ini juga disekalikan dengan acara Sukan KEDAP. Haaa... tahu apa KEDAP tak? Dah pernah bagitahu rasanya, tapi tak apalah - bagitahu sahajalah sekali lagi ye, bukan penat mana nak tulisnya... KEDAP adalah singkatan kepada Kelas Dewasa Ibu Bapa Murid Orang Asli dan Penan. Kelas Dewasa ini pesertanya adalah, ibu atau bapa bagi murid yang bersekolah di sini... atau abang atau kakaknya. Seorang daripada satu keluarga. Mereka datang belajar di sekolah pada waktu petang.

Awal pagi lagi, maka berkumpullah guru dan anak-anak murid di gelanggang bola jaring/futsal di sebelah padang sekolah. Awal-awal pagi macam gini, gelanggan memang penuh dengan najis kambing laaa, sebabnya kambing suka sangat tidur dan lepak-lepak di sini pada waktu malam. Kadang-kadang memang full house jugaklah. Kenalah anak-anak murid sapu dahulu najis-najis tersebut sebelum boleh berkumpul dengan selesanya. Emmm sebenarnya tak adalah selesa mana sebab bau tu tetap ada. Tapi sebab hidung dah biasa - maka tak ada hallah.



 Biasalah, sebelum bersukan kenalah panaskan badan dahulu...


Acara sukan ini selain daripada Sukan Asrama dan Sukan KEDAP - Sukan untuk Pra Sekolah pun ikut sekali. Jadi, lebih meriahlah sikit. Lebih banyak acaranya. Antara acara yang dipertandingkan pada hari itu adalah - bawa bola ping pong dalam sudu, isi air dalam botol guna span, lari ikat kaki berpasangan, terompah gajah, tiup belon sampai pecah dan beberapa lagilah.

Antara gelagat anak-anak murid semasa acara bawa bola ping pong dalam sudu.


Isi air dalam botol guna span.

Lari ikat kaki berpasangan.

Tiup belon sampai pecah.

Lari ikat kaki berpasangan murid pra sekolah.

Terompah gajah murid pra sekolah. (Walaupun nampak cikgu yang terlebih bersemangat... hahaha)

Dan ini pula gelagat peserta KEDAP.

Maka begitulah Hari Sukan Asrama kami pada tahun 2013. Harap tahun ini akan lebih  meriah lagi... InsyaAllah... Sekian.



No comments: