Dec 24, 2013

JAMUAN HARI RAYA 2013

Assalamualaikum w.b.t,

Selepas bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri, kami kembali ke sekolah. Seperti juga sekolah-sekolah di luar sana - kami tidak ketinggalan untuk membuat jamuan Hari Raya Aidilfitri di sekolah.

Bermesyuarat seminggu sebelum hari kejadian. Iyalah, masa inilah nak kena bincang menu. Bila dah ada menu kena bincang pula barang-barang yang hendak di bawa masuk. Daripada lemang, sate, rendang, nasi impit, laksa penang, laksa kelate, mihun sup, kuah kacang, nasi kerabu dan bala tenteranya (baca: ulam, solok lada, kuah tumis, budu, dsbgnya) --- semua buat sendiri, kecualilah kuih raya yang kami bawa sekurang-kurangnya seorang sebekas.

Lemang dah dibakar awal-awal pagi lagi. Pakat gilir-gilir jaga api.


Mengikut rancangan awal, kami akan menumpangkan barang-barang yang hendak dibawa tersebut dengan kontraktor makanan sekolah - dengan itu tak payahlah kami bawa sendiri segala barang tersebut. Akan tetapi, kita hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukan. Oleh kerana jalan sedang dibaiki - makan kenderaan kontraktor tidak boleh lepas masuk ke sekolah. Lalu, demi kelangsungan majlis - sebaik menerima khabar itu maka bersegeralah pula guru-guru lelaki meminjam motosikal ex5 kami buat mengambil barang-barang keperluan yang hanya sampai di separuh jalan tersebut.

Dekat jam 0700hrs baru cikgu lelaki dengan barang-barang sampai. Kesiannn, beg masing-masing dekat 10kg atau lebih, dalam bakul lagi, ikat belakang lagi - tapi demi rendang, nasi impit, sate, kuah kacang segala... susah-payah pun tak apa. Janji majlis jalan, cikgu-cikgu boleh makan dan anak-anak boleh merasa.


Apabila semua barang dah sampai, barulah kami boleh mula masak. Semua guru-guru menyumbang tenaga. Daripada potong bawang sampai isi lada dengan inti solok, potong ayam buat sate dan bermacam-macam lagilah.

Dekat jam 1200 tengah malam jugalah kami berjaga demi hendak menyediakan semua juadah seperti yang telah dirancang. Apapun, penat tidaklah terasa sangat sebab buat kerja sambil borak-borak, bergurau senda... walaupun penat tapi dalam suasana rewang macam tu memang seronoklah.




Awal-awal pagi hari kejadian, cikgu-cikgu lelaki sudah siap bakar arang untuk membakar sate. Gigih.




Antara kuih-muih yang dibawa oleh guru-guru. Kat sini memang macam inilah, cikgulah yang kena buat semua. Hendak disuruh anak-anak bawak kuih raya barang sedikit seorang daripada dapur mereka memang tak-lah kan, bukannya mereka sambut hari raya. Atau kalau tidakpun, jangan haraplah ada kuih-kuih snek pun - ada biskut pun sudah mewah benar. 



Guru-guru lelaki sedang menyiapkan meja buffet. Wahhh, buffet gitewww. Haaa tahun ini, kami wajibkan guru-guru lelaki pakai baju melayu. Tak acilah kita yang perempuan sahaja duk pakai baju kurung. Dah kata jamuan sempena hari raya kannn... Tapi, memang mengejutkan juga sebab semua pun pakat pakai baju melayu. Yang dalam gambar ni pakai jersi QPR lagi tu sebab belum tukar pakaian, sebab sibuk duk bakar sate. Mengejutkanlah sebab tahun-tahun sudah pun suruh pakai baju melayu jugak tapi INGKAR. Tapi, tahun ni... sedappp mata memandang. Budak-budak pun melihat dengan takjub. Hahaha.



Hasil kami berjaga malam sebelumnya... Tadaaaa...



Majlis kali ini kami jemput sekali peserta KEDAP dan penduduk kampung yang telah memeluk Islam untuk sama-sama menikmati juadah hari raya. 

Tapi, alangkah kasihan dan tersentuhnya hati apabila pada awalnya kami meminta mereka mengambil sendiri makanan yang terhidang. Dan nyatalah bahawa makanan-makanan ini adalah terlalu asing bagi mereka sehingga ada yang ambil laksa tapi berkuahkan kuah kacang dan sebaliknya. Masa tu, kami pun agak sibuk dengan anak-anak lagi dengan peserta KEDAP lagi sehinggakan tidak perasan pun. Tapi, lepas tu kami terangkanlah kepada mereka bagaimana untuk makan makanan tersebut.






Cikgu Tuan melayan penduduk kampung yang beragama Islam menikmati juadah hari raya. Makcik bertudung merah itu adalah emak kepada makcik yang bertudung hijau. Sudah tua benar, matanya pun kurang nampak.



Anak-anak menikmati mihun sup sebagai hidangan pertama. Kemudian makan sate dan nasi impit, seterusnya kuih muih. Alhamdulillah... dah memang rezeki mereka sebab makanan memamng banyak, sampai boleh tambah berkali-kali. Memang tersadai kekenyangan la semua...






Seronok tengok anak-anak berselera sangat makan. Memang kalau orang tak pernah tengok - nampak macam gelojoh dan kebulur sangat. Tapi, iyalah kan... kat rumah apa sahaja yang mereka makan, lepas tu sesekali jumpa makanan yang banyak dan jarang benar mereka jumpa memanglah jadi macam tu. Memang makan sepenuh perasaan laaa.





Beratur ambil nasi impit, kuah kacang dan sate pula...











Alhamdulillah... di sebalik dugaan dan halangan, berjaya juga kami mengadakan jamuan sempena hari raya tahun ini. Dengan meriah. Murah rezeki anak-anak dapat makan segala jenis makanan yang lazimnya dihidangkan semasa hari raya. Penat pun tidak terasa. Ada tidak pun, lepas majlis - kemas-kemas, balik rumah semua pun terbongkang. Petang barulah hidup balik. Hahaha.

Sekian.

No comments: