Dec 18, 2013

CERITERA RAMADHAN

Assalamulaikum w.b.t,

Oleh kerana coretan terakhir adalah di dalam bulan ramadhan maka izinkan saya menyambung ceritera ramadhan kami ya. Seperti yang telah aku janji bahawa kali lain jika aku kemaskini blog ini aku sertakan sekali gambar - kemeriahan Ramadhan nun di tengah belantara sana. Ecewahhh bukan main.

Kurang lebih seminggu sebelum menyambut ramadhan, maka jadual memasak pun diedarkan. Jenuh juga aku selongkar dalam cakera keras ini mahu cari salinan jadual tersebut, tapi tak jumpa. Entah mana aku pergi simpan tak tahulah. Barang, bila kita nak tu memang tak jumpa - tapi bila kita tak hendak elok sahaja terbentang depan mata.

Sebab tak ada gambar jadual itu, maka aku gambarkan sahajalah ya. Sejumlah kami yang tujuh belas ini dibahagikan kepada empat kumpulan mewakili empat minggu ramadhan. Ditulis juga disitu bakal menu yang dicadangkan untuk kami memasak buat berbuka tersebut. Cadangan sahaja, boleh ubah ikut kreativiti dan selera terkini. Setiap minggu kumpulan bertugas akan bahagi-bahagikanlah barang apa yang perlu dibeli dan dibawa masuk. Stok cukup untuk seminggu-lah. Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis sahaja pun sebab hari Jumaat semua pun berkejar keluar. Balik kampung buka puasa bersama keluarga-anak-isteri atau yang bujang paling-paling buka puasa dengan kawan-kawan. 

Bila hari Isnin, selepas waktu sekolah - rehat sekejap - kemudian kami akan turun ke kelas pra sekolah. Ya, kami menggunakan dapur kelas pra sekolah yang lebih lengkap segala berbanding dengan dapur rumah kami yang seadanya. Di situlah, kami sama bergotong-royong memasak buat juadah hidangan "iftar" bak kata bebudak instagram.

Alhamdulillah, kat sini - nak makan menu apa pun semua boleh. Janji ada barangnya sahaja. Yang pandai masak tu ramai. Aku? Aku tolong potong-potong bawang jaaa.

Nah. Beberapa keping gambar aksi memasak cikgu-cikgu Lemoi.









Dan beberapa keping gambar juadah. Beberapa keping ja sebab yang lain pun entah mana aku pergi simpan lepas cut and paste tu. Dasar!

Menu memang tip-top. Hotel berbintang-bintang pun boleh nangis kalau baca menu berbuka kami. Daripada pais ikan patin sampai-lah ke murtabak. Air memang tak pandang dah air sirap ni, main air buah fresh terus. 










Selalunya, bila dah siap masak atau hampir siap - cikgu lelaki memang dia tak tunggu dah, terkejar-kejar naik sebab nak main futsal. Kannn, aku pernah cakap diorang  ni kategori jenis boleh demam kalau sehari tak dapat sepak bola. Hahahahaha, jangan marah naaa. 

Dah dekat waktu nak berbuka tu barulah cikgu-cikgu lelaki tu akan kembali ke dapur pra, siap-sedia untuk berbuka puasa.


GB sampai paling awal sebab beliau tak main futsal. Beliau tengok dan kadang-kadang tolong bagi sokongan ja. Tapi, adalah juga beberapa kali beliau ikut main.



The cikgu lelaki.



Orang kampung yang sudah memeluk Islam yang kami jemput berbuka dan seterusnya berterawikh bersama-sama kami.


Gambar cikgu perempuan tak ada-lah. Kamikan pemalu ;p

Baiklah. Sekian sahaja sambungan ceritera Ramadhan 2013 kami. Sehingga jumpa lagi.

Salam...

1 comment:

zach adam said...

omg you are back!! welcome back!!! :D