Nov 29, 2013

LAMA TAK UPDATE

Assalamualaikum w.b.t...

Pehhh punyalah lama blog ini diam menyepi. Itulah dia, bila saja nak update ada sahaja halangan. Akhir sekali, bila ustaz sebelah rumah yang kami kongsi bayar streamyxnya pindah... Lagilah tak ada can nak update...

Baiklah... Marilah kita sambung cerita yang tertunggak bukan main banyak tersebut. Akhir sekali aku tulis tentang bagaimana kami menyambut Ramadhan. Ramadhan ke-4 aku di sini. Alhamdulillah... Sedar tak sedar pun dah 4 tahun dah aku berkhidmat di pedalaman ini. Macam tak terasa je lamanya, cuma bila ada yang bertanya dah berapa tahun aku di sini, bila jawan "4 tahun..." Haaa masa tu baru terasa, pehhh 4 tahun dah tu. Lepas tu mulalah orang tanya lagi "Tak mohon pindah ke?" Maka bermulalah episod panjang bercerita... Hahahaha, ya... Saya belum sekalipun isi egtukar tersebut. Walaupun kadangkala angin kencang juga bertiup kata aku kena tukar ke sekolah kat luar la, itulah inilah - tapi tetap juga teguh kat sini. Alhamdulillah...


Buat masa ni rasanya memang tak mahu pun pindah lagi. Iyalah, sebelum ada komitmen ni rasanya nak memberi ilmu sebanyak-banyaknya untuk anak-anak di sini. Walaupun sebenarnya, target aku nak capai lulus 100% dalam matapelajaran Sains UPSR dah tercapai tahun ini, lepas ni nak berjuang pula untuk kekalkan pencapaian tersebut. Macam Matematik yang dah 3 tahun berturut-turut 100% lulus tu, hatrik! Tabik. Bukan kerja senang, tapi kepuasan bila dapat tu memang tak dapat nak ucap dengan kata-kata atau berapa banyak titisan air mata yang aku kongsi dengan Miss Afidah. Teman susah-senang sejak kali pertama kami jejak kaki ke bumi Lemoi ini. Ahhh, nantilah aku ulas panjang lebar masa ku tulis satu entry khas pengumuman keputusan UPSR ;)


Sementara, aku kena cari gambar-gambar peristiwa yang berlaku sejak kali terakhir entry aku pada bulan Julai yang lalu. Tuuu diaaaa! Nanti aku update sikit-sikit. Nahhh tataplah dahulu gambar Saiful dan Hasnan ini. Gambar yang aku ambil masa membimbing Saiful membina ayat - Hasnan datang menumpang kasih. Heh. Anak-anak ni bukan boleh kalau panggil sorang-sorang ke depan, sekejap tu mungkinlah tapi lepas tu mulalah sibuk nak menempel juga. Yang cikgu pulak mula-mula bolehlah nak marah lepas tu... Ahhh gasak kaulah anak oiii...





Sehingga itu... Jumpa lagi.


Salam....

2 comments:

zach adam said...

you are back :D

Anonymous said...

Finally a post, hopefully many more

BesiBerani