Jan 21, 2013

ES-PE-RI-MEN

Salam,

Untuk tahun ini, aku masih diberi kepercayaan oleh pihak sekolah untuk mengajar mata pelajaran Sains tahun 4, 5 dan 6. Alhamdulillah, dah masuk tahun ketiga mengajar subjek yang bukan opsyen ni tak ada lagilah rasa kekok. Berapa kali dah aku khatam buku teks Sains tahun 4, 5 dan 6 tu. Gelabah punya pasal. Hahaha.

Hari ni, nak kongsi gambar-gambar masa buat ujikaji. 

Yang bestnya, bila masa nak buat eksperimen - bila aku cakap "Okay, hari ni kita akan buat eksperimen..." dan sebaik sahaja ayat tu habis terus disambung sahut oleh anak-anak murid yang dikasihi dengan satu ayat "Yeayyy!" adalah sangat mengembang kuncupkan hati aku. "Yeay! Esperimen, buat esperimen." 


Hari tu aku buat eksperimen mikroorganisma bernafas yang guna yis dengan belon tu. Aku biar mereka sendiri yang cari bahan-bahan untuk kumpulan mereka. Yang mana dah sah-sahlah bahan tu aku dah beli siap-siap dan simpan dalam laci kat belakang makmal tu. Tulis di papan putih, mereka salin dan akan cari bahan berpandukan itu. Seronok bukan main. Semua murid ambil bahagian. Ada yang pergi ke tandas ambil air, ada yang pergi ke Pra Sekolah buat pinjam sudu - gula - air panas. Semua jadi teruja.




Yang kelakarnya, masa belon tu mengembang - mereka siap bertepuk tangan lagi sambil bersorak-sorak. Macam sangat ajaib bagi mereka bagaimana belon yang kecil tiba-tiba boleh kembang. Bukan main gembira. Kalau mereka gembira, aku apatah lagi. Bergandalah kegembiraan.



Yang ni masa buat doh. Tengok, Zabedah yang tak pernah bercakap. Yang entah dia faham atau tidak dengan arahan. Yang jangan kata membaca, menulis pun susah - itupun ikut sekali. Masa eksperimen ni pulak, sejak aku buat tahun lepas - bebudak mesti terliur nak makan sebab bau dia macam roti. Siap cakap, "Sedapnya bau diaaaa..." dengan hidung kembang kempis. "Cikgu, boleh makan tak ni?" Sambil hidu-hidu bau doh. Lepas tu, leka je cikgu ada yang curi cuit dan rasa. Alahaiii anak. 





Mereka ni memang seronok kalau dapat belajar sambil bermain. Yang mana mereka tak perlu duduk statik di kerusi dan dengar cikgu membebel di hadapan kelas. Tulis nota. Buat latihan. Bila mereka seronok, kita pun akan rasa seronok mengajar. Harapnya, benda yang positif ini akan berterusan.

Macam yang aku selalu cakap, buat blog atau instagram ini bukannya aku nak menunjuk-nunjuk. Tapi, sekadar ingin berkongsi pengalaman yang aku ada. Aku tahu, ramai yang masih belum tahu akan kewujudan tempat di pedalaman seperti ini. Aku rasa terharu tiapkali baca komen-komen kalian tentang rasa bangga kalian terhadap kami di sini dan bermacam-macam lagilah. Alhamdulillah, aku antara 17 insan terpilih untuk memberi khidmat di sini. Jadi, pengalaman dari sudut pandangan aku - aku akan cuba kongsikan dengan kalian. Sebaik mungkin. InsyaAllah. Doakan kami agar terus sukses ya. Terima kasih yang menyokong :)




6 comments:

Cida de' Nuanza said...

pertama kali singgah di blog cikgu... sy ralit singgah dr n3 ke n3... salam ukhwah.. :-)

Queen Latifah said...

Assalam, cikgu

Saya tabik cikgu dan rakan-rakan yang berada di perkampungan Orang Asli ini. Saya biasa masuk ke kawasan-kawasan pedalaman perkampungan orang asli termasuk di kawasan Grik Perak dan juga Kuala Lipis Pahang. Saya tahu keadaannya macam mana. Semoga perjuangan cikgu dan rakan-rakan dirahmati Allah SWT. Semoga Tuhan memberi barakah sebagai ganjarannya, in syaa Allah.

Ada teman pembaca saya yang mengajak saya menjenguk ke blog cikgu ini.

Terima kasih kerana menjalankan tugas dengan penuh semangat! Allahuakbar.

DoodleDesign said...

Waaahhh! Happy tgk dorang happy :-))

MakMonas said...

Hi cikgu,

pertama kali masuk blog ni, haha, terharu, lawak semua ada sebenarnya ni...

u made my day dengan previous entry

"Ehhh. Takkan sikit ni sahaja muridnya. " Takpo, nanti kawe gi cari." Kata GPK. Tu diaaa, cikgu kena pergi cari murid pulak."

ingatkan sekolah saya lah yang terpuruk dulu, jadi insaf kejap..

cikgu, teruskan perjuanganmu yang mulia ni,

:)

Unknown said...

Assalamualaikum cikgu.

Saya terjumpa blog cikgu secara tak sengaja melalui blog Kak ET (designer blog header cikgu).

Saya kagum sangat dengan kesungguhan cikgu. Saya memang bercita-cita nak jadi cikgu di kawasan pedalaman, tapi tu bukan rezeki saya. Saya berharap sangat cikgu teruskan usaha menulis blog dan bercerita tentang life di kawasan tempat cikgu mengajar sebab ia memberi sumber inspirasi kepada saya.

Saya doakan moga jasa dan pengorbanan cikgu dan rakan2 mendapat keberkatan dan ganjaran dari Allah ta'ala. Teruskan perjuangan! Saya support dari jauh! :)

Unknown said...

Salam,

Saya pertama kali jenguk blog cikgu.Terharunya kerana saya punya cita-cita menjadi cikgu tapi tidak kesampaian. Teruskan memberi kegembiraan buat mereka.Happy sangat tengok budak-budak happy :)