Feb 5, 2012

YZ Agro Farm dan lagi, dan lagi, dan lagiii...

Hampir setiap Sabtu, kala tidak pulang ke kampung. Aku dan Fida memang sangat suka bersarapan di YZAF ini. Selepas merasa sarapan kali pertama seperti yang pernah aku cerita di sini , lalu kami tidak jemu-jemu untuk melepak walau hampir sepanjang pagi sekalipun. 

Macam biasalah kalau kami ke situ, mesti nasi lemak yang ohsem itu jadi pilihan. Dimakan dengan pelbagai pilihan teh dan kopi yang juga super enak, inilah sarapan dalam kebun super ohsem yang pernah aku rasa. Jadi, kawan-kawan yang naik ke Cameron ini, sila jangan segan silu mencemar duli ke sana. Anda pasti puas hati. Amboiii, aku dah macam duta YZ dah ni haaa.

Ini strawberi cokelat. Cokelat dia pun sedap. Pernah aku bawa adik ipar aku ke sini, dia makan sampai licin pinggan tu. Dan bila aku nak balik ke kampung beberapa minggu kemudian, dia siap pesan kat aku suruh tapaukan strawberi cokelat ini.

Selain sepinggan nasi lemak, selalunya aku dan Fida mesti pesan satu set skon dengan jem strawberi ni. Sebenarnya, ada orang kabor kat aku - skon kat sini is the best. Lagi pula, aku memang suka skon. Sebelum ini, aku selalu beli dekat Great Taste tu, tapi tak adalah great mana pun rasa dia. So - so ajelah. Beberapa kunjungan aku ke YZAF sebelum ini menyaksikan aku pulang kehampaan, sebab skon tak ada. Sama ada Kak Nani sibuk di sekolah tak sempat buat atau sudah habis. Pertama kali cuba, memang this is best bro... wa cakap lu. Boleh kasi dua-dua ibu jari. Lembut, gebu... pehhh, tulis pun dah rasa meleleh ni, belum ada depan mata tu.

Sekali aku pernah tapau untuk adik aku. Tuan-tuan dan puan-puan, adik aku ini bukan calang-calang cerewet orangnya. Kalah juri master chef kalau pasal bab makan ni. Lainlah kalau aku, memang seperti kelaparan sentiasa. Jadi, apabila adik aku beritahu best aku macam terkesima barang sesaat dua. Okay, itu agak melampau aku tahu. Hahaha... Tapi betul, adik aku cakap best. 5 set yang aku beli tu tak cukup pun. Lepas tu bila dah balik KL, siap BBM aku suruh pos. Memang dah hilang akal tu nak pos segala. Hahahahaaa.


Nahhh... ini dia nasi lemak simple-tapi-ohsem itu. Silalah percaya kawan-kawan, kalau tak percaya - aku tekankan di sini, pergilah cuba kalau kau naik ke Tanah Tinggi okay. Tapikan, yang tambah bestnya nasi lemak ni, depa buat sambal strawberi. Aku tahu kamu tengah kerut kening sekarang, macam "...wwwhattt? Sambal strawberi?" Hahahaha, aku pun mula-mula memang tak berapa nak yakin, tapi aku cuba dan rasanya... wallaweh! Manis-manis pedas, kira boleh diterima tekak. Tidak pelik pun rasa dia seperti apa yang rasa telah imejin sebelum menjamahnya. 

Selain itu, untuk makan dengan teh... nah ini dia, cupcake yang jelita. Sampai nak makan pun rasa sayang sangat. Banyak lagi yang ada, muffin dan kek segala. 

Memperkenalkan, menu baru di YZAF - mee kari. Ohsem juga ni. Kamu bayangkanlah... sekali pergi makan aku mesti pesan nasi lemak, set skon dan tambah mi kari ni. Oh, mee kari ni aku kongsi dengan Fida. Betapa romantik kedengaran bukan? Hahaha, sehingga licin aku dan Fida makan. Sebenarya depa ada buat satu stall kat pintu masuk yang menjual segala mi kari, sup tersebut.

 Ini dia... cantik takkk? (ala-ala Eric Leong)

Kesimpulannya senang sahaja, bila-bila kamu datang Cameron Highlands ni - datanglah ke YZAF & Cafe (dah tambah Cafe kot sekarang) di Taman Sedia ini. Rasa dan nikmati sendiri makanan yang enak-enak dengan bersarapan di kebun strawberi. Wahhh, sungguh ohsem rasa itu.

Sekian.

2 comments:

Ann@zanyra said...

setuju!!dkt sini semua sedap...strwberry milkshake die terbaik..repeat dtg sebab nk minum tu:)

Anonymous said...

terima kasih di atas ulasan anda yang sungguh menyelerakan....bergegar usus baca....papehal pun, jemput like page YZ AGRO FARM ya =]