Feb 6, 2012

KELAS SAYA

Biasalah kalau dah jadi guru kelas, benda wajib kena buat - jadual tugas dan jadual waktu kelas. Seperti tahun lepas, tahun ini sekali lagi aku diamanahkan untuk menjadi guru kelas tahun 6 Melur. 6 Dahlia atau 6 Cempaka memang tidak wujud di sekolah aku melainkan Melur semata-mata. Jenuh juga aku cuba fikir kenapa Cempaka? Kenapa tak Ibnu Sina ke Ibnu Khaldun ke ataupun Inovatif ke Wawasan ke... Melur, agak 90an juga bukan? Hahahaaa... Aku datang-datang je memang kelas kat sini nama Melur. Tahun 1 sampai 6 semua pun Melur. Satu kelas untuk setiap tahun.

Macam biasa juga, aku kerahkan anggota 6 Melur yang seramai 14 orang itu menolong aku menggunting tampal. Sejak dulu, aku suka benar kerja gunting - tampal ini. Walhal boleh sahaja aku print, tak adalah banyak kerja sangat bukan? 

Depa pun sukalah. Dapat pegang gunting, boleh main gam, bolah tampal-tampal sehingga kerja aku menjadi begitu senang. Monitor sahaja. Sekejap sahaja, dengan campur tangan 14 orang itu, maka siaplah jadual-jadual aku untuk tahun ini.

 Ok, ini ruang hadapan kelas. Dari tahun lepas lagi ni. Tapi, sebab tak sempat nak tayang tahun lepas - tahun ini aku tayanglah. Depan kelas tu sangat penuh dengan tapak kasut-hitam-coklat-comot. Aku guna sahaja lebihan cat yang aku jumpa di stor, sapu kaler pepel. Lukis bunga tu... dan tadaaa... tak sampai 2 jam pun dah siap dah.

 Ini jadual tugas kelas 6M. Semua pun main tampal-tampal.

Ini, recycle daripada tahun lepas juga. Sebab kan matapelajaran tu boleh tampal-cucuk, jadi cuma ubah ia mengikut pertukaran jadual semasa. Sudah agak pudar warnanya, tapi rasanya pakai yang ini sahaja sehingga hujung tahun. 
Itu sahaja nak cerita. 

Sekian.

1 comment:

ina said...

Eh, saya kat sk pos raya dulu pun guna nama kelas melur jugak. Semua sklh OA ni guna nama melur ke? Hehe