Feb 7, 2012

KELUAR

Hari ini, 8 murid SKL dihantar keluar untuk menyertai Pertandingan Merentas Desa Peringkat Daerah Cameron Highlands. Pilih ikut keputusan merentas desa sekolah baru-baru ini. Tak payah cerita panjang, cerita merentas desa tu aku dah tulis dan tampal gambar di blog sekolah.

Eh, sebelum tu nak bagitahu. Aku cakap 8 tapi kat sini ada 5 kan? Haaa... Yang lagi 3 orang tu bergerak daripada rumah diorang di Kampung Telimau. Yang kalau nak masuk SKL ni kena lalu situ dulu tu.

Daripada 8 orang ini, hanya 3 je dah biasa keluar untuk sertai acara sukan peringkat daerah. Yang lagi 5 orang ni kira bakat-bakat baru SKL laaa. Termasuk dengan seorang murid tahun 4. Apa yang boleh aku cerita, saiz mereka ni agak kecil. Pendek. Tapi, bak kata orang putih 'size doesn't matter' gittew... Tengoklah apa perkhabaran mereka selewat-lewatnya Khamis nanti. Paling cepat esok pun sudah boleh tahu sebab acaranya adalah esok. Kalau diorang dibawa masuk esok juga, maka tahulah kita kalah atau menangnya. Kalau tak tunggu Khamis sahajalah. Kenapa tunggu Khamis? Sebab, esok cikgu-cikgu lelaki selalunya akan keluar dan masuk balik pagi-pagi Khamis tu. Jadi, budak yang berlapan ni bolehlah diangkut sekali.

Untuk perjalanan hari ini, pihak sekolah meminta bantuan daripada orang-orang kampung. Hantar ke jalan besar, nanti cikgu tunggu siap-siap di sana. Jalan agak kering sekarang, jadi rasanya tak ada masalah sangat.

Dan... Begitulah selalunya. Jika guru tidak dapat menghantar keluar, khidmat orang kampung sangatlah didambakan. Tapi, kita hulurlah duit minyak sikit. Tapi, ini untuk kuantiti yang sikit jadi bolehlah bayar orang kampung. Cuba kena 15 orang kena keluar? Atau lebih? Takkan nak bayar orang kampung kan? Makanya... Jalanlah kaki wahai anak-anak muridku, bekalkan roti dan sebotol air setiap seorang. Kamu mesti fikir macamana cikgu yang mengiringi kan? Cikgu pun ikutlah jalan kaki sama-sama tahu? Baru-baru ini (tahun lepas) GPK Ko kita yang kental dan bersemangat waja itu ikut jalan kaki bersama peserta Action Song dan Story Telling. Masa tu jalan berapa punya buruk. Lecak dan lumpur semata, tapi fun aku tengok video yang dia ambil tu. Bebudak selamba je, lari-lari, ketawa-ketawa, ada jatuh bangun semula - tapi semuapun seronok.

Panjang dah bebel. Oklah, cikgu nak pergi main bola jaring sekarang. Amboiii, rasa macam ayu-ayu gitew main bola jaring. Hahaha... P/s kita mungkin hantar peserta masuk pertandingan bola jaring nanti tahu? Semangat!

No comments: