Nov 12, 2011

LEPAK

Ada beberapa tempat yang aku suka lepak bila keluar dan ketika tidak pulang ke kampung di Tanah Tinggi ini. Tanah Tinggi yang seadanya ini.

Pertama sekali, Restoran Sri Brichang. Sebuah restoran mamak yang menghidangkan makanan lazat-lazat terutamanya kesukaan aku sepanjang zaman - Nan Tandoori. Perghhh... Selalunya, aku dan Fida akan pesan lagi ayam masak ros dengan udang goreng. Meja berdua macam berempat punya makan. Kagum orang yang lalu-lalang tengok aku dan Fida makan macam orang kebulur.

Kedua, Starbucks. Lepak, sembang kencang sambil bermalas-malas hirup kopi dan makan kek. Selalu juga, sampai bebudak Starbucks pun agak kenal muka kami. Kalau balik pun, aku singgah beli. Bekal perjalanan jauh-bosan-seorang. Konon untuk tidak mengantuk. Konon.

Ketiga, Thai Reflexology. Perghhh, ini baru cuba beberapa minggu lepas. Lega kaki badan setelah penat berjuang memerah keringat untuk keluar dari sekolah. Mula-mula Fida takut, katanya takut sakit. Dia bukan tahan pun, picit sikit dah sakit. Tapi, aku ajak dia cuba. Boleh pula dia tahan walaupun kadangkala terjerit juga. Sejam untuk RM50 - kaki, belakang, bahu, kepala. Mula-mula urut dulu caj RM60. Kali kedua datang dia bagi RM50. Penuh dengan pelancong je, orang putih, orang cina - jarang orang melayu. Kecuali aku dan Fida je kot.

Keempat, Saloon Rambut Nama Apa Aku Tak Pernah Ambil Tahu (Keh...keh...keh.) Kat Ringlet. Untuk hanya RM10, rambut bukan sahaja lembut dan berbau wangi, tapi amoi tu urut bahu dan kepala punya terbaik. Lega sakit kepala segala. Selalunya, balik rumah, mandi dan solat - terus ke Saloon tu. Lepas dah cuci rambut baru ke Tanah Rata untuk makan di mamak dan aktiviti-aktiviti lain.

Kelima (eh, banyak juga hot port kat Tanah Tinggi ni rupanya ye?) Bharat Tea Plantations. Ye, harga untuk menikmati pemandangan ladang teh sambil menghirup teh o panas dan sekepig strawberry cheesecake adalah terbaik. Tambah lagi kalau hujan, dinginnya...
  
Gambar-gambar di Bharat Tea House.





 Brownies With Ice Cream... 


  Strawberry Cheese Cake...


Gabungan brownies dan cheese cake, oh ye ada chicken ham sandwich juga. 


 Dan, seteko teh yang mengancam. Minum, sembang kencang, tengok pelancong, ambil gambar... This is best bro...

Alhamdulillah. Tahun kedua di Tanah Tinggi. Tahun kedua menjadi guru. Aku belum puas menghirup manis madunya.

1 comment:

Anonymous said...

Saya cinta cameron highland *kyn*