Sekarang kena masak sendiri. Tidak menumpang makan di kantin asrama lagi. Oleh itu, setiap minggu kami akan bawa masuk bekalan.
Bakul motor dan beg akan dipenuhi dengan stok-stok makanan seminggu. Bahan kering, bahan basah, bahan separa basah termasuk ayam, ikan, sayur dan perkara-perkara sewaktu dengannya akan dibawa. Tengok menu jugalah.
Susah payah tunggang langgang pun demi perut kenalah bawa. Kadang-kadang kalau jatuh, dengan ayam-ayam bergolek jatuh. Bangun dan kutip balik sehingga semuanya sampai ke destinasi T__T
Gambar stok makanan rumah kami. Masak yang senang-senang sahaja bagi orang malas macam aku dah cukup baik.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
THE LEMOIANS 2012
-
Tahun 2012, menyaksikan 3 orang guru daripada SK Lemoi telah bertukar ke
luar. Cikgu Zahidi dan Cikgu Khairuddin ke SK Menson dan Cikgu Zaki ke SK
Tanah Ra...
3 weeks ago


1 nota:
org bujang mmg gini... best tgk stok byk.. kalau stok surut x best
Post a Comment