Oct 20, 2011

Maju

Alhamdulillah... Setelah kedengaran beberapa lama, akhirnya projek pembinaan solar hibrid di Pos Lemoi terlaksana. Masih dalam pembinaan. Kalau hendak kira daripada segi peratusnya, aku pun tak berapa pasti. Tapi, kalau dilihat dengan mata kasarnya - kawasan itu sudah siap berpagar, tiang-tiang sudah didirikan, pendawaian di kuarters pun sudah dibuat. Gamaknya, kalau ada rezeki barangkali hujung-hujung minggu persekolahan ini dapatlah kami menikmati elektrik 24 jam.

Sekarang, kuasa elektrik hanya dijana dengan sebuah enjin sahaja. Disalur ke sekolah, asrama dan kuarters. Dulu, kuarters punya satu genset, tapi sudah rosak. Terpaksa berkongsi dengan sekolah. Kuasa pun tidak kuat mana. Setakat untuk mesin basuh dan televisyen bolehlah. Oh, kalau nak caj henfon dan pekara sewaktu dengannya itu juga boleh. Tapi, kalau hendak gosok baju harus di sekolah. Selalunya, kalau masuk hari Ahad maka kami akan bawa baju untuk digosok secara pukal. Stok seminggu. Kalau tiap-tiap hari gosok sehelai memang taklah.

Tapi, bila tengok tiang-tiang berceracak di sepanjang jalan ke sekolah dan di depan rumah rasa pelik juga. Almaklumlah, benda baru. Heheheheee... Sebelum ini, kawasan memang semulajadi sahaja.

Ceita pasal maju ini juga, Alhamdulillah sekolah sudah beli satu wifi router. Maksudnya, kalau pakai lappy sendiri boleh online sesuka hati. Tidak pelu beratur ambil nombor di makmal sekolah lagi kalau hendak guna. Pun begitu, line takdelah boleh sampai ke kuarters. Kadang-kadang kalau elok bolehlah dapat dalam bilik tu. Terbatas hanya di bilik guru dan kawasan berdekatan sahaja. Jadilah. Itupun sudah lebih daripada syukur.

Sekian. Ini cerita pasal maju versi sekolah asli....

Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments: