Oct 27, 2011

Tolong

Sukantara Asrama akan diadakan pada minggu hadapan. Termasuk juga Sukan KEDAP serta program gotong royong perdana sekolah. Sehubungan itu, banyaklah barang-barang yang perlu dibawa masuk. Segala benda barang untuk hadiah dan perkara-perkara sewaktu dengannya.

Masalahnya. Keadaan jalan memang teruk. Hujan turun hampir setiap petang. Kenderaan pacuan empat roda pun bisa menyerah kalah. Mahu atau tidak demi kelansungan program barang tetap kena bawa masuk. Lalu, guru-guru dengan bantuan murid-murid lelaki tahun 3,4,5 dan 6 yang jumlahnya tidak sampai pun 20 orang berjalan kaki ke luar hingga ke bukit pasir. Agak-agak aku perjalanan memakan masa 2 jam juga. Itupun sebab budak-budak ni memang jalan laju, kalau aku yang jalan agak-agak 4 jam adalah kot.

Terharu tengok murid-murid bersemangat untuk menolong. Bukan dekat, dan jalan bukan landai. Berbukit, berbatu, berselut... Hilux menunggu di bukit pasir. Jadi mereka berjalan ke sana, ambil barang-barang dan kemudian patah balik ke sekolah. Termasuklah dua buah basikal untuk hadiah UPSR.

Ada yang kembali ke sekolah dengan comot berlumpur. Jatuh katanya. Iyalah, jalan licin. Ini beberapa gambar yang sempat aku ambil apabila mereka tiba di sekolah dengan beg penuh barang...



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments: