Sep 11, 2011

Hai Blog !

Hai blog.

Minta maaf. Lama sudah aku mengabaikan kamu.
Harap kamu faham masalah yang aku hadapi. Kan sudah banyak kali aku beritahu kamu. Yakni broadband tidak membantu di sini. Tadi, bertemankan Lin. Aku beranikan diri jumpa Ustaz sebelah rumah yang guna Streamyx tu. Ustaz bagi passwordnya. Tapi nanti kira bulan-bulan aku share bayar dengan dia.

Kamu tahu betapa aku derita tidak berlama denganmu? Segala kata yang hendak aku luah kepada kamu, jadi tepu dalam otak. Stress tahu? Pakai blekberi untuk update kepuasannya tidak sama. Tapi, jadilah daripada kamu terus bersawang :)

Lagi pula, sibuk benar kononnya aku. Kononlah sebab tahun ini mengajar UPSR. Ni, hari Selasa UPSR dah mula. Aku yang terlebih cuak daripada anak-anak murid ni kamu tahu? Tekanan tahu ada perasaan seperti ini. Ahoiii...

Oklah blog, InsyaAllah kita jumpa Jumaat - Ahad. Itupun jika aku tidak pulang ke pangkuan emak di kampung. Heh.

No comments: