Sep 10, 2011

Santai UPSR

Tinggal beberapa hari lagi untuk UPSR. Makanya, untuk julung-julung kalinya, sKL buat program Santai UPSR ni. Alah, program biasa-biasa je. Bawa keluar calon-calon UPSR yang jumlahnya hanya 6 orang itu. Semuanya membonceng motor guru lelaki.

3 orang murid lelaki ditempatkan di rumah guru lelaki dan 3 orang murid perempuan pula di rumah guru perempuan (rumah aku la tu...) Selang 3 buah lagi rumah guru lelaki. Alah, rumah kuarters JKR tahun 50-an tu kan. Program ni ala-ala santai je. Ada slot-slot untuk matapelajaran. Ada slot-slot makan-makan di KFC dan Marrybrown juga. Konsep mengajar relax-relax je. No stress stress. Lagipula, risau kalau cuti 2 hari ni. Budak-budak ni memang cepat lupa. Sudahlah hari Selasa dah mula UPSR.

Tahun ni SKL target 3 murid lulus semua subjek, berbanding tahun lepas hanya 1/12 murid yang lulus semua. Tapi PPD minta lagi 2 orang murid untuk lulus semua. Hailaaa, cakap sedaplah... T__T

Tadi lepas slot Matematik, jam 1730hrs kami bawa mereka ke KFC. Aktiviti wajib untuk setiap murid yang dibawa keluar tak kira untuk sukan atau apa. Heh. Maka makanlah KFC dengan hati girang tapi malu-malunya. Alahai anak muridku. Nak-nak lagi yang perempuan - memang sangat berat mulut ah.

Esok sambung lagi...

Saya masih punya mood raya ni, mana nak pergi beraya di Tanah Tinggi ini?
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments: