Jun 5, 2011

Terengganu

Seumur hidup, inilah kali pertama saya jejak kaki ke Terengganu. Inipun, nasib baik sekolah buat Family Day di sini. Aktiviti utama, tentulah mencandat sotong. Tapi, kami yang perempuan tidak ikut. Sebabnya, bot kecil dengan hanya muatan 12 orang. Tambahan pula semalaman. Keluar selepas Asar dan akan kembali pagi esoknya. Susahlah kalau nak buang air ke solat ke. Tak apalah, nanti-nanti sewa bot besar kami ikut.

Lalu, selepas menghantar mereka ke jeti menaiki bot - kami berempat pun beli makanan dan makan-makan di Pantai Kelulut. Tapi, panasnya sebab tidak ada anginlah. Balik-balik ke BTPN (tempat penginapan) blackout lah pulak. Bergelaplah kami...

Tu gambar bot tu geng-geng lelaki pergi mencandat sotong. Muka ceria sebab belum mabuk. Tengoklah esok balik macamana. Hehehe. Yang satu lagi tu gambar satar, sedap dan segar satarnya. Memang terbaekkklah.

Cerita penuh menyusul kemudian ya.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments: