Jun 3, 2011

Pengat Nangka Madu vs Pulut

Sebenarnya, ma simpan hajat hendak beli nangka madu di Raub semasa kami dalam perjalanan ke KL - JB lagi. Lalu semasa perjalanan pulang dari JB - KL - GM, kami pun singgah di salah sebuah deretan gerai nangka madu tersebut. Harganya tak tahulah mahal ke murah sebab kami tak pernah beli nangka madu sebelum ini. Kalau yang dengan kulit tu harganya RM8 sekilo dan kalau yang isi sahaja RM14 sekilo. Kami beli sekilo yang dengan kulit.

Bau dia memang sangat menselerakan. Penuh satu kereta. Bersabar sahajalah kami sepanjang hampir 2 jam tambah tambah ke GM. Makan sahaja pun sedap, buat pengat lagiiiilah sedap. Ma buat pengat nangka lawan dengan pulut. Perghhh memang terbaik minum petang kami hari ini.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments: