Apr 3, 2011

Salam dari Tanah Tinggi

 Gambar : Julia, Norshahsuliana dan Sinah. 


Menerima beberapa emel bertanya kenapa Kapalterbangkertasku ini sepi buat saya rasa sesuatu je. Heh. Terharu ke atau rasa dihargai... macam gitulah lebih kurang, perasaan ni kadang-kadang kita tidak boleh zahirkan dengan kata-kata. 
Kenapa lama saya tidak kemaskini blog ? Malas kot yang sebenarnya, atau boleh juga kata tidak ada jiwa untuk memblog pun bolehlah. Hahahaaa. Kadang-kadang kalau saya tidak kemaskini blog ini, saya akan kemaskini blog sekolah saya. Sebab, kalau kemaskini blog sekolah tidak perlu fikir banyak, letak gambar, ulas sikit. Dah ! Kalau blog peribadi seperti ini, kena fikir betul-betul hendak tulis apa. Untuk kepuasan diri sendirilah. Kadang-kadang bila saya mula tulis di sini, sampai panjang-panjang dah pun saya masih boleh padam. - bila baca sendiri rasa tidak best. T____T 

Bulan April ini saya mungkin sibuk banyak. Banyak benda hendak buat. Satunya, saya risau sangat... tahun ini saya ajar Sains tahun 6 - kelas UPSR, siapa tidak risau kan? Almaklum sahaja, target tahun ini lebih daripada tahun lepas. Tipulah kalau saya kata saya tidak gusar kan? Risau weh, kalau semua subjek lain murid boleh lulus tappi tiba-tiba subjek saya gagal. Hah, macamana tu?

Keduanya, saya akan sibuk dengan Kelas Dewasa Ibu Bapa Murid Orang Asli dan Penan (KEDAP). Baru minggu lepas saya menghadiri kursus induksi untuk tenaga pengajar di Institut Aminuddin Baki (IAB) Sri Layang, Genting Highlands. Tahun lepas pun saya mengajar juga tapi ngajar gitu sahajalah, tak ada kursus apa. Tapi bila pergi kursus ni baru terang rasanya jalan. Baru tahu macamana hendak mengajar kelas KEDAP ni dengan betul. Kelas akan bermula pada 10 April ini. 
Dan, yang terutamanya. Kami warga SKL akan menerima kunjungan daripada KPPM pada hujung bulan ini. Wahhh, banyak persediaan yang perlu dibuat ni. Persembahan murid, kemaskini segala fail, KEDAP akan dipantau... panjang kata memang sibuklah kami bulan ini. 

Baiklah. Ini saya hendak kongsi sedikit kejayaan SKL semasa Karnival Bahasa Melayu daerah Cameron baru-baru ini. Untuk julung-julung kalinya SKL menghantar wakil untuk Pertandingan Bercerita dan saya jadi jurulatihnya. Gelabah juga sebab saya memang tidak ada pengalaman. Makanya saya rujuk YouTubelah. Hanya punya masa 2 minggu sahaja sebelum hari kejadian. Dah tentu saya gelabah, sebab utamanya saya risau kalau anak murid saya gagal menghafal cerita yang saya berikan. Lalu tiap-tiap hari saya panggil Man dan Ilham datang menghadap, bukan sekali sehari malah berkali-kali sehingga ke malam hari. Minggu pertama saya minta mereka hafal ceritanya betul-betul dan baca depan saya mula dengan merujuk teks dan menghafal. Minggu kedua barulah latih buat gaya dengan intonasi suara semua. Minggu kedua pun sampai pagi hari Rabu sahaja dapat berlatih sebab petangnya mereka telah dibawa keluar oleh guru pengiring menaiki 2 buah scrembler ke luar. Saya cuma duduk di dalam, tunggu dalam debar. Harap untuk menang memang tidakah tapi cuma harap mereka boleh buat terbaik untuk diri dan sekolah.

Dan, hasilnya... pad petang Khamis - kedua murid, Ilham untuk tahap 1 dan Man mewakili tahap 2 pulang dengan kejayaan. Kedua-duanya mendapat Johan bagi kategori SK Asli, terharunya saya. Huhuhuuu.

 Ilham
Tahap 1


Man
Tahun 6

Tahniah... dan Alhamdulillah, tahun 2011 bermula dengan baik. Dan, saya masih menunggu berita baik sempena MSSD baru-baru ini. Akan kemaskini kemudian berkenaan itu.

Itu cerita saya buat kali ini ya, kali lain kalau idea mari dan kalau saya rajin - saya akan kemaskini lagi ini blog. Harap sendiri supaya saya rajin, susah betul hendak pujuk jiwa... padahal boleh kata setiap hari kalau di luar saya akan jenguk blog tapi sekadar melompat dari blog ke blog sahaja. =)

Salam dari Tanah Tinggi.


No comments: