May 7, 2011

Live From Starbucks

 Meet the handsome boy - Bah Risit A/L Shahnudin.

Saya sekarang sudah pindah rumah. Dari rumah setinggan-setinggan yang susah sangat nak parking kereta itu ke sebuah kuarters tahun 50-an. Heh... Ya, kuarters tersebut boleh masuk kategori uzur dah. Tapi masih bisa didiami. Tapi kan... masa rumah dulu saya tiada masalah untuk access internet dengan Maxis Broadband, bila-bila saya keluar dari sekolah dan berhujung minggu memang saya online sahaja. Senang hati nak kemaskini blog. Kat rumah baru ni, saya dukacita sungguh dengan Maxis. Hancusss. Memang tidak boleh berinternet sesuka hati lagi. Maxis broadband bayar percuma sahaja tiap-tiap bulan. Sudahlah Celcom sudah diterminatekan. Auhhh... 

Itu sahaja buat kali ini. Sebab saya bersiaran secara langsung dari Starbucks Tanah Rata ni... malas nak berlama sangat... Kali lain saya akan kemaskini secara maksima. Saya nak minta ihsan streamyx ustaz sebelah rumah saya... Hahaaaa...


No comments: