Jan 2, 2011

Selamat Datang 2011


Semalam, saya selamat kembali ke Tanah Tinggi setelah lama bercuti sempena cuti sekolah. Walaupun sudah di hujung-hujung tapi kalau yang namanya cuti Cameron Highlands tidak akan pernah sunyi. Jalan sesak, kereta terhinggut-hinggut naik bukit - pucat bila tiba-tiba berhenti tengah-tengah bukit. Hahahahaaa. Maklum, eng pakai kereta manual.

Hujan sambut saya sepanjang perjalanan dari GM lagi. Sejuk - dingin - lembab kembali terasa. Sesampai sahaja di Ringlet, terus saya bergegas muat naik barang ke rumah daripada Piyu. Kemudian, terus ajak Fida ambil si dia yang kami tinggalkan di balai polis - Confirm selamat! Tidak akan ada lagi tragedi - lampu belakang tiba-tiba mengghaibkan diri, cermin pandang sisi buat magik menghilangkan diri, tayar diet secara tiba-tiba jadi kempis. Heh!

Tapi, si Panji dan AHA sungguh berhabuk. Nak start pun payah kemain. Merajuklah sebab lama kena tinggal agaknya.


Panji dan AHA siap sedia untuk bertempur hari ini. Ya, setelah menjemput mereka berdua di atas di balai polis - kami terus ke bengkel. Selalunya pergi bengkel Uncle Panjang di Bertam Valley tapi semalam beliau tutuplah pulak. Maka kami ke bengkel di Ulu Ringlet sahaja. Nasib baik buka. Sekali servis termasuk tukar tayar belakang yang dah hampir botak cin melayang 95rm setelah pujuk tauke bagi diskaun sikit. Hahahaaa... Tu kat Panji masih ada lumpur tahun lepas ye kawan-kawan. Susah nak basuh sekarang. Tempat basuh motor kat Petronas dah lama tutup, nak basuh sediri depan rumah ni malas pulak nak gaduh dengan auntie yang akan sibuk-sibuk suruh kami simbah balik lumpur-lumpur kat atas kaki lima tu betul-betul. Padahal bukan kena rumah dia pun. Ceh.


Tapi kan, bengkel uncle ni banyak anjing! Sampai-sampai bengkel terus saya dan Fida kucar-kacir lari masuk dalam bengkel. Anjing kat situ, pergh kemain jinak macam kucing sahaja. Sibuk nak menggesel. Haram! Tapi, saya pernah terbaca - anjing boleh kesan kalau kita takut kat dia. Katanya, (kata tulisan yang saya pernah terbaca tu - bukan kata anjing) badan kita akan mengeluarkan sejenis bau kalau kita takut kat dia, tu yang dia kejar. Ye ke ?

Dah siap baiki, tiba masa untuk pulang. Lepas setel bayar, saya dan Fida ke motor yang dah siap dibawa keluar dari ruang membaiki tu. Tapi kan, ada sekor anjing ni usha baik je kat kami. Padahal saya dah suruh dah leng chai bengkel tu panggil anjing tu. Saya syak kan, anjing tu tertarik kat gambar belakang baju yang saya pakai. Saya syak la. Sebab, masa saya kucar-kacir start motor - dia datang dekat saya. Menjerit-jerit ai sambil gelak-gelak tak tahu kenapa. Hahahaaa. Terus masuk gear dan pecut laju-laju kelam kelibut - pontang panting - tunggang langgang naik motor turun bukit. Tapi, yang lawaknya anjing tu tukar arah kejar Fida, betul-betul di belakang ekzos motor Fida sambil menyalak-nyalak. Huh, nyaris je Fida terlanggar dengan kereta yang kebetulan lalu sebab masa kelam kabut tu terus je pecut keluar simpang tak toleh kiri kanan dah. Sampai-sampai kedai runcit Sin Ming - Fida punya gigil sampai tak boleh nak jalan lagi dah. Hahahaaa.


Ini baju yang saya pakai semalam. Hahahaaa. Anjing tu ingat tulang tu real kot. Sebab tu dia kejar. T__TBaju ni saya beli online dekat tuan punya blog ini Bayu Senja di Selatan. Dia ada blog lain yang jual baju-baju terpakai - tapi saya lupa linknya.

Ok semua. Selamat tahun baru 2011 ye.

2 comments:

ummisofea... said...

salam kenal...suka baca entry awak...lawak pun ada...banyak pengalaman kan mengajar di pendalaman nih..pape pun...selamat berjuang...

Bungo Lale said...

salam ummisofea,

terima kasih sudi singgah. itulah, pengalaman yang tidak boleh dibeli. harap saya akan sentiasa bersemangat... =)