Jan 2, 2011

Kembali Ke Sekolah - Selamat Berjuang!!!

Hari ini, secara rasminya - tamatlah sudah cuti sekolah. Apabila namanya sudah tamat, maka bermulalah kembali perjuangan kami - guru-guru, tidak kira di masa sahaja kami ditugaskan. Tiba-tiba sahaja ada rasa berdebar dalam dada - macam nak jumpa kekasih lama sahaja. Hahahaaa. Sebenarnya rasa brdebar itu sudah datang beberapa hari yang lalu, bila sedar - sekolah akan dibuka.

Kena tinggal semua keselesaan. Ambil motor dan rempit walau tidak berlesen. Teringat waktu pertama kali menjejak kaki ke SKL. Hari pertama melapor diri, dipinjamkan sebuah motor - tunggang langgang hampir terjun gaung - berkali-kali jatuh tapi bangun kembali - hampir putus asa bila bayang sekolah masih tidak kelihatan walhal hari sudah merangkak ke senja - namun akhirnya tiba.

Alhamdulillah. Semakin seronok di sini dan rasa tidak mahu meninggalkan pun. Hidup seadanya, bekalan elektrik menggunakan kuasa solar hanya bermula pada jam 1900hrs dan berakhir pada jam 2359hrs ++. Bangun ke tandas dalam gelap bertemankan lampu dari handphone murah sebab gagal mencari lighter untuk pasang lilin - lampu suluh sudah habis bateri. Bunyi anjing bersahut-sahutan di tengah malam sunyi bagaikan menyalak di depan pintu rumah. Selimut berkelubung sebab rasa seram. Sejuk jangan cerita kalau nak tidur siap berstoking dan pakai baju tebal. Bangun pagi, mandi dalam gelap sebab enjin tidak akan dibuka - bertemankan lampu daripada handphone murah juga. Sejuk - gigil macam mandi air batu atau air dalam peti sejuk. Setiap pagi macam deja vu sebab komen yang sama pasal air yang dingin dengan Fida. Siap-siap kemudian jalan ke sekolah. Tak boleh pakai kasut tinggi nanti tumit terbenam dalam tanah, kasut hitam jadi kelabu kena lumpur. Embun dari rumput membasahkan hujug kain. Singgah kantin bancuh air milo buat sarapan pagi. Tak nak makan pagi sebab konon takut gemuk nanti kalau gemuk tak larat nak tolak motor keluar nanti. Pergi pejabat tulis nama masuk bilik guru. Sembang-sembang berdua dengan Fida kadang-kadang ada murid menjenguk. Puji-puji baju cikgu cantik kasut cikgu handal kerongsang cikgu lawa.

Masuk waktu sekolah, keluar masuk kelas ikut jadual yang telah ditetapkan. Satu tahun ada satu kelas sahaja. Murid-murid 67 orang tak sampai seminggu terus ingat nama siap dengan nama manja. Bila rehat pergi makan di kantin sekolah menu sama dengan murid tidak ada istimewa dan beza. Sambung mengajar sampai tamat waktu sekolah tunggu sekejap siapkan RPH untuk esok. Balik rumah, gilir-gilir mandi kadang-kadang boleh lelap sekejap. Lepas jemur baju yang pakai hari ini terus basuh, lepas solat asar pergi sekolah semula. Duduk rumah pun bukan boleh tengok tv - baik pergi sekolah boleh sembang-sembang dengan murid-murid sambil main batu serimban, pukul berapa datuk harimau, baling selipar dan lain-lain versi mereka. 1830hrs murid-murid makan malam, kami berdua ikut sama, cikgu lelaki baru nak main bola sepak versi padang ataupun versi futsal kadang-kadang main sesama mereka kadang-kadang main dengan orang kampung. Seonok tengok orang kampung bergaul mesra dengan mereka tapi orang perempuan kampung sangat pemalu.

Lepas makan malam, tunggu enjin buka - cepat-cepat buka tv tengok siri drama kat tv. Lepas tu mandi-manda secara sepuas hati dan solat maghrib - pergi sekolah lagi. Kadang-kadang bawa murid asrama tengok tv kadang-kadang tengok movie kat skrin besar dalam dewan kadang-kadang bawa pergi kelas pergi belajar almaklumlah tiba-tiba sudah jadi warden asrama.

Jam 1000hrs, murid-murid masuk tidur. Kalau sempat dan tidak penuh singgah di makmal komputer buka FB tengok kalau ada berita dari luar sebab talian telefon memang zero. Kesian cikgu-cikgu lelaki yang sudah ada anak isteri. Balik rumah kalau belum mengantuk layan tv dulu kalau sudah mengantuk masuk tidur dan kitaran kehidupan pun bermula sekali lagi. Ha, tanpa duduk diam dah selamat setahun.





Uniform untuk masuk ke sekolah mesti macam ni. Kena pakai baju hujan nanti kalau hujan tengah jalan campur cuaca sejuk Tanah Tinggi kalau tak pakai baju hujan gigil tahap dewa weh. Helmet kena pakai walaupun dalam hutan polis tak de tapi demi keselamatan kepala kalau jatuh tak de la cedera parah sebab dah banyak kali helmet putih ini berjasa. Dalam beg kat belakang kadang-kadang bawa laptop sebab nak kena buat soalan periksa kadang-kadang ada buku dan baju-baju kadang-kadang ada gula-gula ke barang makan untuk murid-murid, dalam bakul kat depan tu stok makan macam megi ke biskut ke milo 3 in 1 ke. Bekal air kena bawak nanti tak de RnR nak berenti minum air sebab tekak kering weh. Kasut kena pakai yang boleh cover maximum protection sebab selalu sangkut dan terkena tempat pemijak kaki lebam sampai tinggal parut. Side mirror perlu sebab nanti nak kena tengok orang belakang dan pastikan pergerakan masih dalam formasi maklumlah ai kan marsyal gitu - jalan depan dulu, kalau jalan teruk jatuh saya kena dulu tak pe saya kan kakak. Hahahaaa...



Ingat senang ke nak cari tempat parking macam ni? Tak perlu pakai tongkat weh. Insert je kat celah-celah batu tu. Konfem teguh dan tegap sampai boleh turun pergi lepak-lepak dulu walhal dah sangkut kena minta tolong orang tolak. Huhuhuuu.

Jalan di awal tahun adalah amat membimbangkan kerana kuantiti hujan yang banyak. Sebulan lebih tidak masuk maka jangan harap boleh lalu jalan yang sama kerana bentuk muka bumi akan sentiasa berubah. Apapun, kami sahut cabaran nih. Semangat. Siapa kata duduk pedalaman tahap dua ni teruk, best weh. Cikgu-cikgu baru posting tak ada ke untuk SKL tahun ini ye? T__T

Sesiapa yang singgah, boleh lawat ke blog sekolah saya ye. Link ada kat tepi, saya malas nak link kat sini. Berdebar + eksaited nak masuk. Doakan saya selamat ye...



6 comments:

sekamar rindu said...

salam...

sangat mencabar mengajar...moga jasa2 anda mendapat rahmat dai Allah swt..

amin....saya follow ur blog..


***9

Anonymous said...

handal sik..=)

norizan said...

wow ... merahnya. Mesti semangat membara ni .. :)

norizan said...

Sekarang ada jual lampu suluh tak payah pakai bateri.. hanya perlu picit beberapa kali sahaja (guna teknologi dinamo dan kapasitor). R5 sahaja. carilah bila pergi pekan.

Bungo Lale said...

sekamar rindu.

Terima kasih ye sudi follow.

puan norizan.

Nanti saya cari lampu tu. heheheee...

Hafizul@Deeana said...

assalamualaikum...saya betol2 tertarik dgn blog anda...buleh tak bg FB tuk say berkomunikasi dgn anda lebih dekat