Oct 30, 2010

Wajah-wajah Kesayangan



Semakin lama saya di sini, semakin saya sayang kepada mereka. Comel dengan gaya mereka sendiri. Wajah yang cukup menyentuh hati.



Eroli a/l Junaidi a.k.a Bah Pag - Tahun depan baru masuk Pra. Terus berhenti memanjat kerusi bila saya pegang kamera. Lepas saya snap gambar terus datang dekat untuk tengok gambarnya...



Bah Risit a/l Shahnudin. Atau lebih dikenali sebagai Handsome Boy. Tahun 4. Kat SKL - inilah heronya. Kalau jururawat datang mesti panggil Risit Handsome Boy. Sukalah Risit sebab semua orang pun duk panggil dia Handsome Boy.



Azizi a/l Johan a.k.a Bah Beng - Yang ini memang selalu menjadi kesayangan. Tahun 5. Raut wajahnya manis. Memang mudah untuk disayangi. Dialah yang selalu rajin tolong cikgu basuh motor atau tolong beri itik cikgu makan.



Jura a/p Zali a.k.a Wak Spong atau nama glamour dia Ayis - entah mana dia dapat nama tu, saya pun tak tahu tapi selalu saya dengar-dengar kawan-kawan panggil dia Ayis. Tidak hairan sangat sebab mereka ni kadang-kadang feeling artis. Ada tu nama glamour Mira la Mia la... heheheee... lawak betul. Jura di Tahun Dua, dalam kelas memang paling kutik (pendek) tapi suara dia besar da banyak cakap pula tu, ada je benda yang hndak diomelnya.



Aliya Nazirah a/p Amir a.k.a Wak Epal. Baru di Pra. Dalam ramai-ramai murid badan dia memang paling semangat sikit. Abah dia pernah cakap rambut Epal macam negro... hahahaaa. Tapi uniklah rambut dia. Kalau pagi-pagi ke sekolah kemas bersikat berikat, masuk ke tengahari sikit mulalah jadi macam singa sebab sudah mengerbang di bahagian hadapan.



Yang ini paling saya suka. Zaliera Eliena a/p Juli a.k.a Wak Seng'em atau kami panggil dia M sahaja. Keningnya bertaut, wajahnya manis. Murid Pra tapi umur baru 5 tahun ni... Tapi ada masalah malas hendak mandi pagi. Setiap kali saya menziarah kelas Pra bila saya tiada kelas mesti saya cari M, tanya dia mandi ke tidak dan dia menjawab dengan comel... 'mandi' sambil tersengih menampakkan barisan gigi susunya. Ohhh... sungguh comel. Tapi sebenarnya tidak susah untuk tahu M mandi ke tidak. Tengok rambut je, kalau gering kegersangan memang tidak mandilah... pernah sekali saya ambil dia dan kurung kat dapur (saya ada sekali, cuma tutup pintu dan asingkan dengan kawan-kawan dia je) sebab dia tidak mandi pagi, muka dia terus cuak dan esoknya datang dengan kemas sebab sudah mandi pagi. Kadang-kadang saya ugut dia kalau dia tak mandi nanti saya hendak botakkan rambutnya macam rambut Liana. Terus esoknya mandi. Hahahaaa...



Sofian a/l Azman a.k.a Bah Teng. Muka masa ni awal-awal tahun rasanya - dia comot berhingus. Sekarang hingus sudah kurang. Kredit kepada Din untuk gambar ini - saya ambil dalam folder Off Road Lemoi rasanya ni. Bah Teng tahun satu.

Perasan tidak... mereka semua punya dua nama. Bak kata ibu bapa mereka satu nama Melayu (nama yang digunakan dalam urusan rasmi) dan satu nama asli (Bah - untuk lelaki dan Wak - untuk perempuan, malah ada juga kalangan guru yang lama punya gelaran nama asli masing-masing contohnya Bah Bur, Bah Cuper, Bah O...)

Ini antara gambar yang sempat saya selongkar dan muat naik di sini. Ada rajin nanti saya muat naik lagi gambar-gambar yang bersepah dalam external hard disk saya. Maklumlah, hobi saya emang ambil gambar. Setiap hari-pagi-petang saya ke mana-mana mesti bawa kamera sebab saya tak nak terlepas momen-momen indah bersama mereka di sini.

SEKIAN.



3 comments:

Norizan said...

Saya setuju. Amalan yg bagus. Moment yg menarik tu biasanya berlaku sekalu aje. Kalau tak ada kamera masa tu, hmmm rasa rugi teramat sangat.

Cik Kertas said...

Puan Norizan

Terima kasih sudi menjengah blog saya ye...

nqr said...

sukanya wak epal! hehehe