Oct 31, 2010

Permainan Zaman Kanak-kanak


Sedang saya menyiapkan Rancangan Pengajaran Harian di Bilik Guru, tiba-tiba saya dengar lagu ini...

' Juna Juni diberi nama,
Cikebum ! Cikebum !
Putih-putih melati Ali Baba,
Merah-merah jelita piyo-piyo
Mama jadi patung!'

Ehhh... macam pernah dengar lagu ini zaman kanak-kanak dulu. Cuma mungkin liriknya ada sedikit lain dan lagunya lain juga bila sampai bab 'putih-putih melati Ali Baba...' - Terus saya intai dari cermin tingkap dan nampak mereka berkumpul main tepuk-tepuk tangan sambil nyanyi lagu tersebut. Terus rasa teringat zaman kanak-kanak dulu.

Sebenarnya, permainan mereka ada yang sama dengan kita orang Melayu. Main aci sorok, main baling selipar, main nenek si bongkok tiga, main batu serimban, pukul berapa datuk harimau... - cumanya hanya terdapat sedikit sahaja perbezaan. Jadi, kadang-kadang waktu petang saya boleh juga tumpang mereka main. Memang seronok sesekali dapat kembali ke zaman kanak-kanak.

Tapi, ada juga beberapa permainan yang mereka tidak tahu main macam ketinting, congkak - depa tak nak main congkak sebab pengaruh daripada cerita Congkak yang disiarkan di televisyen agak mengerikan mereka. Heheheee... jenuh kami hendak yakinkan mereka supaya main congkak.

Berikut saya kongsi gambar masa mereka main Nenek-nenek si Bongkok Tiga. Tapi, kejap sahaja sebab bila yang jadi dapat pegang kawan dia terus cam siapa. Macam tak mencabar je... marah cikgu yang sedang memerhati. Hahahaaa...







Petang-petang, beginilah mereka. Bermain-main di kawasan sekolah denga pelbagai permainan. Yang lelaki selalunya cenderung untuk main sepak takraw dan bola sepak. Ohhh... tapi, ada seorang murid perempuan Tahun Enam - Salmah namanya, macam tomboy sikit dia ni. Semua permainan yang lelaki main yang itulah yang dia hendak main. Gaya pun memang macam lelaki. Salmah punya kebolehan bermain bola sepak dan takraw, tapi saya rasa antara dua permainan ini dia lebih hebat main takraw... sungguh terror sampai terkagum-kagum saya melihat aksinya. Nanti saya selongkar cari gambar Salmah itu yeee...

Sekian.


No comments: