Oct 30, 2010

Panas Di Galas


Minggu lepas saya pulang ke kampung... eh, bukan sahaja minggu lepas - malah beberapa minggu kebelakangan ini saya agak rajin untuk memandu dan pulang ke kampung halaman. Di awal-awal saya di Tanah Tinggi dulu sebulan atau dua bulan sekali baru saya balik, sekarang mungkin sebab sudah alah bisa tegal biasa maka saya rajin pula memandu dari Ringlet ke GM. Jalannya memang agak menduga saya, bengkang bengkok dan kala nasib tidak baik akan terpaksa mengekor di belakang lori ataupun bas... huh, memang menduga iman. Lepas dah habis jalan bengkang bengkok daerah Tanah Tinggi ini maka saya kena tempuh Lojing pula. Super buhsan sebab jalan memang sunyi - kiri kanan cuma ada hutan dan kebun-kebun sayur. Kalau nasib baik terserempak dengan kereta lain, kalau tak memang sayalah satu-satunya di atas jalan itu.

Sekarang seronok bila balik GM. Meriah! Kadang-kadang rasa macam hendak raya sahaja. Kiri kanan jalan sepanjang jajahan Galas sekarang penuh bendera - biru dan hijau bercampur-campur - dan hendak dijadikan cerita pula saya juga termasuk dalam golongan yang akan membuang undi sempena pilihanraya kecil DUN Galas nanti. Ohhh... betapa terujanya saya. Maklum sahaja ini kali pertama saya akan menjalankan kewajipan itu. Dan disebabkan ini pilihanraya kecil, maka secara tiba-tiba semua tumpuan sedang beralih ke sini. Hari itu saya terserempak dengan beberapa buah trak polis yang berwarna merah... saya fikir itu pasukan FRU. Dan juga terserempak dengan deretan kenderaan media. Bandar GM sekarang memang jangan ceritalah, penuh pula dengan gerai-gerai - memang sebijik macam hendak sambut raya. Stesen minyak pun kena beratur panjang.

Dan ini, beberapa keping gambar yang sempat saya snap sepanjang perjalanan saya pulang dan balik.





Ini di roundabout GM menuju ke KL. Saya snap dari dalam kereta sahaja. Saya punya juga cita-cita untuk keluar tapi saya segan sebab masa saya ambil gambar ini pun, ada yang tengok saya macam pelik sahaja. Tapi, hari itu bila saya balik saya tengok kat sini sudah kosong. Semua bendera sudah tidak ada - pelik. Rupa-rupanya, kena cabut oleh pihak berkuasa sebab masa itu masih terlalu awal untuk memasang bendera atau bak kata Ma 'Tok sapa maso lagi...' ohhh... patutlah.


Ini pun di kawasan yang sama. Saya close up sikit... Meriah sangat. Bukan sahaja di sini malah sepanjang-panjang jalan saya ke kampung saya penuh dengan bendera. Tapi tidaklah setiap itu saya hendak ambil gambar, nanti entah jam berapa saya sampai di rumah.



Ini di Pos Hendrop, dekat kawasan Lojing. Dekat Pos Brooke lagi banyak tapi bila saya berhenti hendak ambil gambar - rupanya penuh dengan orang dekat pondok berhampiran. Terus tak jadi berhenti. T___T

Sekarang Ma cerita, macam-macam orang datang rumah untuk kempen. Tapi setiap kali saya balik tidaklah pula saya menerima tetamu seperti tersebut.

Apapun, di kesempatan ini saya hendak ucapkan tahniah kepada Pasukan Kelantan sebab memenangi Piala Malaysia musim ini. Sesungguhnya jika sekarang saya masih di KL - nescaya saya salah seorang yang ikut berada di stadium, tapi apakan daya - menonton di tv sahaja dengan semangat menggebu-gebu untuk menebus kekalahan musim dahulu. Tahniah dan selamat bercuti untuk warga Kelantan esok!!!

Yeeeehaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!


No comments: