Oct 30, 2010

Yang Dinamakan Perbezaan


Mempersembahkan...

Off Road Lemoi


*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

On Road Lemoi


Berbeza bukan ? Yaaa... lelaki-lelaki macho di atas menggunakan motor yang amat sesuai dengan keadaan permukaan jalan. Perempuan-perempuan ini pula menggunakan motor EX5 - lebih ringan dan senang untuk diangkat tatkala jatuh bergelimpangan dalam lumpur, terperangkap di dalam lubang dan perkara-perkara sewaktu dengannya. =)

Kalau ada yang perasan - kami memakai but getah. Dulu, saya dan kawan-kawan pakai kasut sukan sahaja. Namun, kalau jalan berlumpur - kasut dan kaki malahan jeans juga akan berlumpur dan perlukan usaha yang gigih untuk menyentalnya agar kembali ke rupa paras sediakala. Dengan menggunakan but ini - bukan sahaja kaki selamat dari lebam, malah jeans juga tidak kotor dan lumpur senang untuk ditanggalkan (Tapi kebanyakan masa - tidak basuh pun but... gagagaaa...)

Oh yaaa... kalau dulu, tiap-tiap minggu masuk - sampai sahaja mesti terus capai getah paip dan sembu motor - tapi sekarang sampai-sampai sahaja anak murid sudah berlumba-lumba datang hendak tolong cikgu basuh motor sebelum mereka masuk ke asrama. Huhhh... selamat eng...

Baiklah... itu dahulu. Kredit untuk Din bagi gambar lelaki-lelaki macho di atas yang menggunakan DSLR. Gambar perempuan-perempuan itu pula di ambil oleh Bah Beng (tahun 5) pada ketika dan waktu yang berbeza.

Salam...


No comments: