Sep 28, 2010

TERUJA




Saya sangat teruja kerana telah dapat menghadiri Taklimat Peningkatan Penggunaan Pakej Buku Teks KBSR Bagi Guru Pedalaman dan Pensyarah IPGM Tahun 2010 di sini - Heritage Hotel, Cameron Highlands. Dalam usaha gigih untuk mencukupkan jumlah kursus - Taklimat yang dianjurkan oleh Bahagian Buku Teks, KPM ini juga boleh diibaratkan sebagai orang yang mengantuk disorongkan bantal juga, atau orang yang dahaga diberi segelas air oren sunquick pun boleh juga diibaratkan. Selain itu, saya sebagai seorang guru yang mengajar bukan matapelajaran opsyen yang selalu menggelupur bila hendak siapkan Rancangan Pengajaran Harian - mendapati taklimat ini amatlah bermanfaat untuk saya. Dimana, Guru Pedalaman dan Pensyarah IPGM ini diletakkan dalam satu kumpulan - boleh berbincang dan bertanya tanpa rasa segan silu. Tambahan pula Penyelaras Mata Pelajaran saya - sangatlah peramah dan saya rasa senang untuk berbual dengan dia dan juga rakan satu kumpulan saya iaitu seorang pensyarah dari Maktab Ilmu Khas juga banyak membuka mata saya, memberitahu dan memperkenalkan saya kepada apa yang saya tidak pernah tahu selama ini.




Sebab pertama kali hadiri taklimat di sebuah hotel yang gempak juga - jadi saya agak jakun juga. Sememangnya untuk saya untuk saya - orang yang tidak berada ini - ini antara beberapa kali saya jejak dan menginap di hotel seperti ini. Sebelum ini adalah beberapa kali di zaman muda saya semasa bergelar seorang Pegawai Kadet menjejak kaki ke hotel besar untuk acara makan apa entah namanya saya sudah lupa maklum sudah hampir tujuh tahun saya tinggalkan kenangan itu. T___T. Berbalik kepada cerita jakun tadi - maka sampai-sampai sahaja saya ke bilik hotel terus keluarkan kamera dan klik sana sini. Saya huni bilik ini dengan seorang guru dari SK Telanok.


Sabun... di bilik mandi. Ini atara benda-benda kecil yang saya suka. Sangat comel dan rasa mahu rembat simpan bawa balik rumah letak atas almari sampai banyak berderet-deret bukti yang sudah banyak kali saya masuk hotel. Hahahahaaa...


Ini di Bilik Taklimat. Sebenarnya saya hendak ambil gambar banyak-banyak. Tapi, saya malu. Rasanya saya sahaja yang beria-ia ambil gambar sedangkan orang lain tidak kisah pun untuk berbuat demikian. Lepas ambil gambar air mineral dengan bungkusan yang cantik ini saya cepat-cepat sorok kamera dalam beg sebab semakin ramai orang mula masuk ke bilik ini.

Sebenarnya, berkursus sama dengan pensyarah masih membuatkan saya merasa saya masih seorang pelajar maktab. Rasa rendah diri, takut-takut, segan-segan... Haihhh... Apapun, pengalaman ini sangat berharga buat saya. Paling tidakpun, saya mula celik mata dengan mata pelajaran yang sedang saya ajar sekarang untuk tahun 6 dan harap saya tidak gentar lagi berhadapan dengan buku rekod untuk menulis Rancangan Pengajaran Harian setiap hari Isnin dan Selasa untuk mata pelajaran Pendidikan Moral Tahun 6. Huh...

Terima kasih Puan Salmi, Puan Marina dan rakan-rakan satu kumpulan yang lain... :)



3 comments:

Anonymous said...

like your entry.

Norizan Ahmad said...

Jangan malu. Cerita awak akan menjadi inspirasi dan panduan kepada adik-adik bakal guru. Teruskan.

Aini Faizi Jaslan said...

kapal.. best duduk heritage.. interior dia sama dengan heritage ipoh.. merasa sekali duduk sana sebab konvo itu hari..
best of luck..