Sep 1, 2009

diari perjalanan seorang aku... (tajuk yang taknak kalah...)


semalam. sendiri dari gm ke ipoh melalui cameron highland. mula-mula, aku nak klasifikasikan perjalanan aku sebagai 'perjalanan seorang lone ranger'... tapi, tetiba... oke, baca ~tetiba~ aku rasa nak tukar kepada 'perjalanan seorang loser'. rasanya... 'loser' tu lagi sesuailah. gaaaaaaaaa...

dalam perjalanan. sendirian. layan lagu. walaupun lagu tak layan aku. layan nyanyi. walaupun suara sumbang mambang tapi tetap nak nyanyi jugak... ahh peduli apa aku, bukan nak ujibakat pun. lagipun sebagai seorang yang loser aku kenalah bagi real skit ciri-ciri keloseran itu. demmmmm...

sebelum cameron, jalan giler sunyi... sekejap-sekejap aku tengok handphone. bukan harap ada sms masuk ke apa ~ tapi harap line telefon ada. kalau jadi apa-apa senang aku nak roger. kondisi piyu tidak berapa sihat sebenarnya, itu yang sikit sebanyak mencuakkan aku. sebelumnya, aku dah hantar dia pergi tukar minyak hitam. dan piyu ada masalah susah nak hidup sikit. mamat pomen tu kata piyu nak kena tukar plug. tapi dia tak buleh buat sebab tak ada sepanar yang buleh bukak. satu gm, gue cari bengkel yang buleh tukar plug ~ memang tak ada oke. cheeseeeeeeeeeee...

lalu, gue tawakkal sahaja. hati gue bengang semasa dalam perjalanan itu. macam-macam rasa yang bercangkaliwang. (rasa macam nak singgah kampung raja, lepak ngan ajis sambil layan lagu A7X kat atas bukit sambil tengok mat b tengah tanam sayur pun kacis juga rasanya... esok, tak payah pergi skul, amik mc. idea! tapi... tak jadilah... aku kan baik. heh.)

sampai ipoh. lepaklah. layan tidur ke apa ke sementara mentunggu lina. sms tanya kat mana tak berjawab pulak. ceh... tengok jam. sempat ke nak berbuka dalam perjalanan? tunggu punya tunggu dia tak balas pulak. demmm... gue telefon baru nak jawab.'wehhh... aku kat grik lagi ni. hujan lebat, jalan jem... agak-agak sampai ipoh dalam pukul 9 malam jugak ni, mu tunggu tau.' shilakerrrr... kau apahal tak bagitau awal-awal? buleh aku bersiap siaga nak berbuka puasa dulu. buleh aku rancang rph dengan tema 'mari berbuka puasa' dan tajuk 'berbuka puasa di sarini' (itupun kalau ada orang ajak awal-awal) atau tajuk 'berbuka puasa di mana jua janji ada segelas air oren sunquick' awal-awal. hati jadi makin sakit. perut lapar. fikir pun jadi tak berapa nak waras dah... setan betul. ehhh... mana buleh salahkan setan. setan dah kena ikat di bulan RAMADHAN ini. (-__-")

lalu... buka puasa aku semalam adalah saat berbuka puasa paling loser dalam sejarah hidup aku.

jam 2100hrs++ baru lina sibuk-sibuk sms dan telefon beritahu dia dah sampai. heh... aku peduli apa? tadi... aku tunggu kau, sekarang kau tunggulah aku... aku tak balas sms beliau. dan tidak juga menjawab panggilan telefon beliau. puas hati aku... HAHAHAHAHAHAHA!!!

jam 2200hrs++, baru aku gerak pergi angkut diorang. sampai ti dah hampir jam 2359hrs. itupun mendrive piyu macam ribut. ribut bagi aku... bagi kamu mungkin setakat macam angin bayu yang berpuput lembut di tepian pantai sahaja kot. definisi ribut kita lain oh. heh.

pagi tadi. hujan lebat. sejuk. sedap kalau sambung tidur. tapi... tak buleh, sebab kena pergi sekolah.

masa nak balik sekolah. aku tertengok, minyak hitam keluar dari dada piyu. berladung kat lantai tempat letak kereta. terus bawak piyu pergi bengkel... uncle pomen tu bilang. mamat pomen kat gm tu salah tutup apa tah. mana aku tahu istilah-istilah enjin ni semua. minyak hitam tu gamak-gamaknya memang dah keluar start dari kampung lagi kot...'bahaya wooo... nasib baik tak terbakar enjin.' HAH??? begitukah??? rasa nak nanges... TUHAN, terima kasih kerana menselamatkan perjalanan seorang loser ini semalam.

nota tapak tangan: enchek amirul bilang, kalau setiap entry gue letak satu gambar lagi menarik. tapi kan, masalahnya... gue bukan macam beliau yang rajin mentempek gambar. kalau masa datang angin musim bunga barulah letak. tak apalah, tak menarik pun... blog saya tak seglemere blog kamu. wuwuwuwu...

selamat berbuka puasa.



4 comments:

MrsN said...

kakok dh tulis penuh nama L..
around 10pm she called me..kakok ingat kakok ketiduran, tapi ngak..hahaa.kesengajaan.
sik baik ah..but at last everything selamat.

Kuda Kertas said...

hahaha..xde r loser mne..bole dperbaiki lg utk jd super loser kuasa kuda..

uhh..bhye woo mnyk kluar..nsb baek x meletus piyu tu..kalo x konfem2 da jd roket nk ke marikh..

lyn je..bwt pos ikot naluri hati..kalo sume gmbr pon akn ku baca gak pos yg d publish..hahahaha..

Mr M said...

Isk isk isk..dalam kebahayaan tuh.. masa ni la kita kenal bebenor org yang menyusahkan kita dengan orang yang kita selalu susahkan... tapi mostly orang yang susahkan kita.. dah la radio rosak.. keja 24jam 7E.. ieeeiiiiii... sengsara tul idup dengan orang yang tak reti bahasa walaupun dia guru bahasa melayu... kan??

hanis said...

mrsN.

ya. kesengajaan yang nyata. HAHAHAAA...

kuda.

super loser kuasa kuda? heh... akan diperbaiki insyaAllah.

M.

gagagaaa... sengsara dowh... bukan setakat radio rosak nih, tapi speaker rosak, mikrofon rosak dan segala2 mengenai bunyi yang rosaklah. heheheeee... super tidak mententeramkan jiwa betul.