Sep 3, 2009

mane jiwe aku yang kaler merah itu?


hari ini hari paling rabak. semalam langsung tak tidur. petang balik skul pun tak tidur. menggelupur tahap hellboy mempulun buat 2 RPH yang kengkononnya nak diselia oleh guru penyelia. sebab malas nak mencetak gambar, aku pakai teknik paling ringkas bagi makhluk-makhluk pemalas macam aku ~ terima kasih powerpoint!

super mengantuk. pergi sekolah pun dengan tak ada jiwa sebab jiwa tertinggal entah dimana. puas dah cari tapi tak jumpa-jumpa jugak. sesapa yang jumpa dengan jiwa aku yang kaler merah tu tolong roger aku ye?

tetiba. baca ~ tetiba. kelas tak buleh pakai sebab depa buka dewan untuk bacaan Yassin dan solat hajat sekali encik harun dengan solat terawih bagi pelajar-pelajar yang bakal menduduki upsr yang akan dihadiri oleh pelajar itu sendiri, ibu atau bapa atau penjaga atau abang atau kakak atau sesapa sahaja yang berkaitan dengan pelajar yang bakal menduduki upsr pada minggu hadapan (gud luck izzat... dan tidak lupa kepada adik sepupu kesayangan aku yang dah macam photocopy aku dari segi perangai dan hantu tb serta hantu kartun ~ zarina... gud luck! jum lupakan sekejap tb dan cerita-cerita kartun, oke?)

oke. sambung... sebab kelas itu sahaja yang ada menyediakan perkhidmatan LCD ~ makanya... RPH terpaksa ditunda ke satu tarikh yang akan aku tetapkan kemudian. heh! ye laaa... dah dewan buka, automatiknya kelas tersebut tidak buleh dipakai ~ murid-murid penghuni asal kelas tersebut iaitu kelas 4 inovatif yang mengandungi fahmie dan gerombolan askarnya terpaksa dipindahkan ke kelas lain yang merupakan kelas untuk murid pemulihan. walaupun hari ini aku sepatutnya mengajar di dua kelas... dek kerana akal bijak semalam malas nak mencetak gambar dan hendak mempergunakan sebanyak mungkin teknologi ict ~ maka kedua-dua kelas hari ini berlalu begitu sahaja.

sesia. sesia. sesia aku tak tidur semalam sampai muka pun dah jadi macam zombie. nak touch up macam lina ~ gue tak reti. yang namanya... maskara, eye liner, lipstick, pemerah pipi dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya itu tidak pernah ada dalam kamus kehidupan aku. gaaaaaa...

tadi. balik skul cuba pujuk mata untuk tidur pun tidak berjaya. sebab makhluk yang m gelar 7e itu duk berbunyi sahaja. demmmm... jam 1815hrs pergi skul semula untuk berbuka puasa ~ solat maghrib ~ bacaan Yassin ~ solat hajat ~ solat terawih ~ solat witir dengan mata yang super kesat... mengantuk tahap hellboy dowhhh... perut pun senak giler sebab berjaya meghabiskan hampir 1 jug oren sunquick (kacis ah katering ni sebab hidang air oren sunquick... eheheee...) seorang diri. baca ~ seorang diri. aku suruh lina, mas ngan su ambil jug lain. jug hidangan sebelah yang tak ada orang itu. hahahaaaa..

sekarang. tak mau fikir lain. walaupun esok ada pengajaran berpasangan ~ maksud : mengajar secara berduet dengan lina, aku tak heran dah... sebab buleh pakai RPH tadi. tak payah menspin otak mencari idea. gagagaaaa...

okelah. itu sahaja. selamat semuanya...



2 comments:

Cikgu Ije said...

haha! cool la kak hanis! go go!

Bungo Lale said...

cool kah ?
gagagaaaaa... ije juga. chaiyokkkk!!!!