Aug 4, 2009

kerana kamu...




petang di chenderong balai...

titik.

izzat malu2 bila terserempak dengan aku. yelah... lepas aku tahu kes dia tu (dia merokok belakang toilet, ada murid report kat PK HEM... spot check dilakukan ~ terjumpa lighter kat dalam beg dia.) aku selalu tanya berapa result percubaan upsr dia. sebenarnya, aku tau dia tak tau pun aku tau yang dia merokok tu... (fahamkah? tak faham kalu... hayati lagi sekali frasa tersebut ye...) mesti dia pun heran... apa hal lak cekgu ni tetiba amik berat pasal aku ? ehhh... tapi at least dia buleh riak sampai upsr ngan kawan2 dia yang selalu nampak aku asyik tanya izzat je sebab ada gak cekgu yang beri perhatian kat dia kan? ... dah tu kawan2 dia akan sibuk tanya2... 'apahal? apahal?' dengan muka konpius. lepas tu bila aku cakap...'adalah, ni rahsia antara cekgu dengan izzat je, kan izzat?'... depa pun cakap... 'tulah kau... padan muka!' apa tah yang padan muka pun tak tau laaa...

izzat pulak. bila setiap kali aku tanya. mesti dia cakap...'tak tahu lah cekgu...' cehhh... padahal macam aku tak tahu yang dia dapat 1B 2C 1D 1E... (aku dah korek ngan guru kelas dia - cekgu ila...) bila aku cakap... 'kamu dapat 1B 2C 1D 1E kan?' buleh lak dia cakap... 'ye cekgu...' habesssss... yang kamu cakap tak tahu itu kenapakah? bajet malu ah sebab result tak kacis begitu?

begitulah. bila tunjuk perhatian kat seseorang murid ~ yang lain mesti nak jugak. sebuk2 ajo masuk dalam frame. tak taulah... aku rasa kesian kat izzat ni. budak ni, kalau dari kecik ni tak dikawal, tak ditengok... harulah jadinya. tuuu... baru 12 tahun dah pandai nak merokok bagai. esok2 ntah apa2 lak lagiii. kesian... tapi, tak tau macamana nak buat jugak. sebab aku pun bukan lama di sini. ada lagi kurang lebih 5 minggu sahaja. tengoklah... masa2 yang ada ni... aku akan guna sebaik2nya. insyaALLAH...

titik.

si fahmie sangat comotlah. semalam senin pun baju dah kaler kelabu ~ hitam. hari ni... lagilah double kaler kelabu ~ hitam kat baju dia tu. pastu masa aku masuk kelas buleh dia menyorok belakang almari. murid2 lain sibuk ah... 'cekgu... tengok anak cekgu menyorok...' anak? hahaha... pepandai je bebudak nie... mentang2 ah aku selalu cakap fahmie tu murid kesayangan aku, sesedap je cakap anak aku si fahmie tu. tapi farradiana akan selalu menyampuk... 'pandai2 je korang ni, cekgu pun belum kawen laaa...'... hahahahahaha... aku gelak. dalam hati.

kejap kemudian masa aku tengah sebuk nak set up lcd, si azieda pulak bersuara...

'cekgu, amin lempang hieddier dengan fahmie cekgu.'

'kenapa?'

'dah depa nakal sangat biarlah amin lempang. nak main sorok2 pulak.' balas farradiana.

'yelah... kot ye pun tak payahlah nak lempang2...' ngomel azieda.

hahahaha... dah macam mak2 pulak budak2 ni. aku biarkan ajo... bukanlah si amin tu pergi belakang almari tempat fahmie dan hieddier menyorok dan lempang dengan erti kata lempang sepenuhnya pun. lempang2 manja ajoooo... haihhhh. macam2...

tadi jugak masa kelas bm kelas tersebut. aku suruh depa berlakon suasana kat pasar pagi. watak mesti ada penjual ikan, penjual daging, penjual sayur dan pembeli.

amirul ~ calon syurga itu... jadi penjual ikan. sekali bila solehah yang berlakon jadi pembeli datang ke gerainya dan bertanya...

'ikan apa ada?' tanya solehah dengan sopan.

'ikan bilis.' amirul ~ dengan muka konfiden. hahahaha... aku gelak. cekgu yan yang tengah observe kat belakang pun gelak ajo... aduyaiiii... orang suruh jual ikan basah... dia jual ikan bilis pulak dahhhhh...

titik.

ABC kat selekoh maut itu memang superkacis!!! (hahah... tetiba.)


5 comments:

dya said...

best eh jd cikgu budak2 sek rendah
konfem2 bnyk telatah yg leh wat kite yg dewasa ni gelak
hehe

Dj Epoi said...

Salam Kenal Ci Ek Gu!!!

Hewheeheheh
Gua akan selalu Terjah kat sini...weih!!!!

Gua dulu2 lagik Ganas siut!!! heheheehheheheh

Gua dah link kan blog nih Tq arrrr

kudakertas said...

kesah satu..chantek pndgn kwsn tu..


kesah dua..ksian bdk tu..msti kurng pantauan d rumah..moge2 x jd lbh truk ble da bsr..
"aku tau dia tak tau pun aku tau yang dia merokok tu"..ayt ni sggh mudah utk dfhmi..hahaha..

kesah tiga..hahaha..lwk r kesah ni..mcm2 kerenah bdk2 kelas kamoo ye..

kesah empat..ABC tu mmg sdp sbb die kt selekoh maut ke??mau rse r ABC selekoh maut tu..

Bungo Lale said...

lintasan hati.

bestttttt... hehehe. tiap hari ada je keletah depa. tapi ada gak pro n kons dia. kena tahan je la...

dj epoi.

salam kenal juga. tq sebab link ye... terjah nanti bagi salam dulu k. hehehe...

kuda kertas.

kesah satu. kat sini memang chantekkkk sangat.

kesah dua. itulah dia. kesian dia... (kamoo hebat sebab bleh faham ayat yang aku fikir kronik itu... hahahaha)

kesah tiga. itu baru sikit. yang cumel tu cumellah. yang mensakitkan hati pun ado jugooo.

kesah empat. hahahaha... kedai dia betul2 kat selekoh maut sehhh... pikir 4 kali time nak kuar kedai dia nak balik umah tau. maut pun tak selekoh camtu. kamoo datang sini, nnati aku belanja ABC yang superkacis itu. hehehe...

kudakertas said...

mana itu tmpt??kasi la almt penuh beserta tanda arah..sng sket nk terjah..