Aug 17, 2009

pelangi dan hujan masih relevan dalam hidup aku


.satu.

'cekgu... betul kan, kalau beranak... perut kita kena potong?' aishah anis. murid tahun 1 bestari bertanya semasa sesi mewarnakan gambar burung apa tah yang aku amik gambarnya di google itu tanpa rasa bersalah pun.

'errr...' aku. tengah susun ayat baik punya, macamana nak menjawab secara berdedikasi dan aman makmur, supaya tidak memecah belahkan keamanan dan kemakmuran kelas 1 bestari di hari isnin yang indah ini.

'kalau perempuan kawen dengan perempuan dapat anak dualah sebab dua2 pun beranak...'aishah anis. sengeh. phewwww... apakah? (tak sempat nak jawab soalan pertama lagi neh.) oke... fikir. fikir. fikir macamana nak jawab neh.

'errr... aaaa...' cehhhhh... muka murid2 lain sangat cumel mentunggu jawapan daripada aku. sampai sanggup mentinggalkan aktiviti mewarna burung apa tah yang aku amik gambarnya di google itu. er... bismillah.

'cekgu... tadi kan athirah cakap, dia nak kawen dengan fikri.' aishah anis lagi. huh... tak sempat nak jawab lagi, bertalu2 pulak si aishah anis ni punya idea nak menduga akal fikiran aku.

'haihhh... apa kecik2 dah cerita kawen2 ni?' aku. selamat... tak payah jawab soalan no 1 dan no 2 tersebut. hahahaha...

'betul, betul... cekgu, tadi athirah bagitahu.'

'mana adeee... mana adeeee...' athirah membangkang. sengeh sengeh sengeh... fikri macam blur. apakah? apakah?

' dah, dah... siapkan kaler burung tuh. nanti sape kaler paling cantek cekgu bagi hadiah ni.' aku tayang pensel 2b papermate yang dah aku ikat dengan riben warna merah untuk ke sekian kalinya. untuk memancing perhatian mereka kadang2 kena rasuah juga. heh...
(-__-")

terus 14 orang (14 orang je yang datang hari ini oke) murid2 yang bijak bistari itu kembali mentekun mewarna gambar burung apa tah yang aku amik gambarnya di google itu.

selamat. phewwww... (kesat2 peluh yang nak turun di pelipis)

.dua.

'jom... makan?'

'makan kat mana?'

'mulut.'

cissss!!! sumpah masa tu memang nak marah kat mulut sendiri yang memang tak reti nak bersopan santun itu. kamu ingat senang ke nak mentegur dia? dan bila dia memberi tindak balas ~ jawapan aku pulak macam cheeseeeeeeee...

'makan kat muluttt...?' sebagai seorang yang lebih sopan santun dari aku, kata2nya memang sangat lembut. dan aku rasa macam nak lari dan sembunyi dalam busut semut selama 40 hari 40 malam di atas keterlanjuran mulut yang memang tak reti nak bersopan santun itu.

apalah... semedang ajo loyar buruk. kalau dia memang gengsi dan sekufu orait ahh jugak. ini tidak... nampak sangat dia kat langit dan aku di gunung kinabalu. hahaha... kira tak la jauh bezanya pun kannn? tak nak lah klise ajo cakap kau di langit aku ibarat rumput di bumi... klise macam kalau kamu pergi makan kat luar dan lepas tu mesti nak kena order kailan ikan masin itu. kan? kan? kan? (sumpah tak berkaitan langsung ahhhh...)

(p/s: kakok, kamu masih ingatkah babak ini? heheheheeee... sumpah malu dowhhh dengan dia itu. huhuhu...)

.tiga.

aku perasan lama dah aku tak layan xfm. lama dah aku tak layan lagu indie. adakah aku sudah melakukan satu anjakan paradigma ke atas diri aku? atau sebab aku sangat kecewa bila lan keluar muh? kalau aku jumpa beliau lagi... aku nak cakap dari hati ke hati...'lan, kenapa kamu keluar muh? kamu rasa kamu buleh cari makan ke dengan geng mesin taip ini?' (sambil goyang2 bahu lan macam adegan dalam wayang saat awek tu nak kena tinggal dengan pakwe dia, pastu dia merayu2 dan bertanya2... apa salahku? apa salahku? sumpah mensampah betul ah ayat ini kan?) ~ itupun kalau aku jumpa beliau lagi. itupun kalau beliau layan pertanyaan aku. hahaha... mimpilah!!! jangan2 kau, jangan bermimpi... ada ke masa nak turun gig sekarang ? adakah ? adakah ? huhuhu... (T___T) ~ ohhh. sungguh merindu zaman itu.

apapun... selamat bertunang lan. kamu kecewakan aku secara banyak. hahahaha... (gelak tak siuman. kan kecewa secara banyak, mestilah dah jadi tak siuman. hehehe...)

.empat.

sejak akhir2 ini, hujan mesti turun petang. sangat menseronokkan walaupun tak ada peluang pun nak mandi hujan. ehhh takkk... peluang ada. cuma takut, kalau aku turun ke laman bermandian air hujan kecoh pulak satu kampung tersusun chenderong balai ini. heheee...

balik dari ipoh hari ahad hari tu pun hujan turun dengan super lebat hampir sepanjang perjalanan. walaupun aku sangat suka hujan, tapi bila time mendrive... adalah sangat mencabar penglihatan aku oh. tapi... gigih jugak mendrive tanpa berhenti pun. ehhh... berhenti. dekat stesen minyak petronas kampung kepayang dan apa tah yang satu lagi tu. berenti kali pertama sebab nak isi minyak dan nak beli transformer. sekali transformer dah habis. brader yang tolong isi minyak tuh offer aku amik transformer kertas yang duk kat tepi jalan itu. cehhhh... orang serius la bro. nasib mud tengah elok, kalau tak dah lama dah brader tu kena dengan nozzle yang sedang beliau pegang itu. heee... beranikah? lepas tu berenti kat satu lagi petronas yang apa tah nama dia tu... banyak pulak lagi transformer kat situ. misi tercapai. oke, buleh teruskan perjalanan meredah hujan ke hujung pelangi. hmmm... ;p

itu je yang berenti. yang lain terus je mendrive. hujan lebat hampir mentenggelamkan lagu wali yang aku dengar dari ipoh lagi. buhsan gak... sebab mas ngan su ni pun bukan jenis yang bercakap benda2 mengarut macam aku. depa ni jenis yang bercakap benda2 yang penting sahaja. sepanjang2 perjalanan aku le duk menceceh sendirian. sekali sekala je dapat pancing gelak depa berdua tu. selebihnya... aku gelak sendiri. hahaha... loser!

.titik.

kesimpulan: pelangi dan hujan ternyata masih lagi relevan dalam hidup aku. aku cintakan pelangi macam aku cintakan hujan. aku cintakan hujan macam aku cintakan pelangi. tiada yang lebih tiada yang kurang. walau selalu berjumpa hujan dan jarang benar bersua pelangi. kasih dan sayang tidak berbelah bagi. (ini bukan metafora... aku betul cinta akan dua unsur alam ini.) lalalala~~~

p/s: aku perlu ingat, kamu bukan hakmilik aku.


2 comments:

Anonymous said...

boleh aku jadi hakmilik mu?hahahaha...jom turun kl.aku bawak ko jumpe lan.

Cikgu Ije said...

erkkk.. kawin sesama perempuan? agaga. lurusnya si anis tu. haha