Aug 3, 2009

ku lari ke hutan lalu teriakku...




nazmie, mirza dan aliff berjemaah mengasah pensil warna...

hari ni tiba kat skul lebih lewat daripada biasa. saje... kadang2 rimas, bila sampai awal ~ murid2 akan berlari berkejaran, seindah bunga di taman, bak gunung yang megah... ehhh... cop cop!!! apahal pulak bak gunung... ceh. murid2 akan berlari berkejaran mengekori kereta ~ berebut2 sesama sendiri nak mentolong angkat beg dan apa jua yang boleh diangkat ~ sehinggakan kadang2 cekgu hanisah dan cekgu lina jalan lenggang kangkung ajo.

awal2 dulu murid2 perempuan je yang buat kerja macam tu, tapi skang murid2 lelaki pun dah ikut pesen tu jugak. lari dari dataran kejat sampai ke tempat parking semata nak mentolong. huhuhu... memang sangat terharu. tapi... kadang2 malu gak kalu terserempak ngan cekgu2 lain. apalah besar sangat mandat kami sampai semua barang pun murid2 berebut nak angkat. itu... kalau buleh aku ngan lina pun depa nak angkat jugak tu.

bila sampai agak lewat ~ depa dah siap2 beratur untuk program 10minit setiap pagi itu. jadi ~ amanlah sedikit. kut tidak... enjin kereta belum mati dah berebut depa nak bukak pintu kereta. murid lelaki ni agresif sikit. kalau yang pompuan ~ depa tunggu je.

kalau habis kelas pun macam itu jugak. berduyun2 ke depan. berebut2 nak mentolong bawak barang. sampai aku pun dah naik pening (errr... bulehkah naik pening?) nak bagi siapa yang bawak. nanti kang kalau selalu beri pada orang yang sama... akan adalah ayat penyata begini... 'alah cekgu ni... asyik2 fahmie, asyik2 amin... saya belum pun.' sambil buat2 muka tak puas hati. haihhh... kamu semua memang sumpah cumel.

titik.

balik skul aktiviti utama aku adalah tidur. kadang2 sangat aku tidak tidur. tapi selalu2nya adalah tidur. bila aku tidur... tolong jangan ganggu aku. tolong jangan buat benda2 annoying. sumpah... aku akan jadi harimau.

tapi. biasa. sejak kat sini. makhluk itu memang selalu bikin hot. panas. aku tak kacau pun time dia tidur. dia tidur dalam bilik ~ yang sepatutnya kami kongsi bersama itu dah jadi hakmilik mutlak dia oke. fine... gue tak kisah ~ tidur di ruang tamu pun kacis juga. tapi... bila time aku tidur... mulalah dia bergerak secara agresifnya keliling rumah. hentakan tapak kaki saiz 7 tu pun bukan reti nak perlahan. wehhh... aku dulu, arwah abah memang pantang kami jalan hentak kaki kuat2. siap ah kena hambat.

bukak pintu ~ pun tak reti nak cover2 dah. bukan tak nampak aku ngan mas terbungkang tidur kat depan tuh. bukak pintu ~ tutup pintu ~ bukak pintu ~ tutup pintu... demmmm... what the fish market ??? hati memang dah panas. tapi gue sabarkan ajo lagi. peluk bobob erat2. pujuk2 hati. pujuk2 mata. oke... dia keluar. aman kejap. tak sampai 10minit balik. kelam-kabut bawak apa tah masuk dapur. mas angkat bantal terus tidur dalam bilik. aku masih bertahan... pastu dia kuar balik... aku sambung tidur.

tadi. sebelum mandi. aku masuk bilik. landing jap atas katil. pejam2 mata. dia yang dah balik itu ~ suara volume tak payah pakai speaker... cakap kat telefon. demmmm!!! lepas tu... kutuk2 aku yang duk sambung tidur. dah panas sangat gue bangun.

'kau ingat aku bleh tidur dengan suara ko yang macam petir tu?'

hambik kau!

bila aku keluar dari bilik mandi dia dah tak ada. kata mas gi rumah mak mentua adik dia. hah... bagus! aman. nyaman. (here we go... yeah yeah yeah yeah yeah ~ ini ringtone terbaru beliau... volume paling bingit ~ sumpah annoying oke!)

tamat.

4 comments:

Unknown said...

ehehe salam kak.
ehh life kita lebih kurang jer
penat lah praktikum!

Anonymous said...

mrsN
apakah betul begitu...sama bingit ngan yg di sini??

Bungo Lale said...

lynn.

salam. betul. penat. sangat penat. gud luck ye.

anonymous.

kamu di mana? bingit jugakah ?

MrsN said...

apakah betul begitu...sama bingit ngan yg di sini??