Jul 28, 2009

kisah yang terkisah... di belakangmu.


kat skst - ada 3 pasangan kembar. 2 pasang perempuan dan sepasang lelaki. yang lelaki itu - rujuk gambar di atas... haizat dan hidayat yang sangat bijak itu. sumpah tak tau nak bezakan mana satu si haizat dan mana satu hidayat dalam pakaian ni. kalau uniform skul bleh la nak bezakan sebab seorang pengawas, seorang ketua kelas. kalau time aktiviti koko ke pj ke... memang tak tau nak panggil nama yang mana. sudahnya... walau nampak seorang je, aku akan panggil 'haizat hidayat...' takpun 'hidayat haizat...' dan dengan muka cumel dia akan menjawab... 'haizat cekgu...' tak pun 'hidayat cekgu...' keh keh keh... kat kampung aku pun ada sepasang kembar lelaki... nama hassan dan hussin. dan kalau aku nampak depa memang aku panggil kedua2 nama walaupun insannya cumalah seorang. nanti dia jawablah...'hassan kak...' atau 'hussin kak...'.

sungguhlaa... pasangan kembar memang istimewa kan?

tadi. jumpa PK. buku persediaan mengajar dah 2 minggu beliau tak sign. hari tu lepas beliau observe - dah bagi... tapi beliau suruh wat refleksi dulu. tangguh2 tadi baru bawak jumpa beliau. ngaaaa...

bila jumpa. PK ni memang jenis suka sembang. kalau takat nak jumpa 5, 6 minit tu jangan haraplah. memang meleret2. tak pernah habis modalnya. gue layankan ajo. lagipun ceritanya kacissss. pasal kisah di belakang murid2. kan aku pernah bilang... ada kisah yang terkisah. di sebalik setiap senyum nakal, setiap gaya cumel, setiap gaya yang tak berapa nak cumel... hahaha... sebenarnya, murid2 saya (tetiba saya pulakkk...) semuanya cumel2 belaka. cumel dengan gaya mereka sendiri. dan ini bisa sahaja mensenyumkan aku. ('_')

kisah yang terkisah. aku pernah tanya syafiena.

'ayah kerja apa?'

'kilang...'

'mak?'

'mak tak ada...'

'mak pergi mana?'

'mak tak der... mak dah lari.'

serius killer. aku memang kaget. terus suruh syafiena sambung lukis ayam beliau yang dah entah jadi rupa apa dah (kenapa lukis ayam? kenapa tak lukis buah manggis ke, keretapi ke? haha... sebab masa tu ajar depa nyanyi lagu ibu ayam dikejar musang... jadi suruhlah lukis ayam, takkan bebudak darjah 1 ni nak disuruh lukis musang? entah apalah pulak rupa paras musang daripada persepsi depa yang cumel itu). dalam hati... biar betul. main sedap cakap ajo budak kecik nih. ok... memang beliau kecik. yang terkecik di dalam kelas 1 bestari. yang kedua terkecik jatuh pada adik shahrul nazmie... gambar beliau ada di n3 di bawah ye. (promote tetiba... apakah?)

dan nak dijadikan cerita (suka sangat guna perkataan dan ni di awal ayat... jenayah!!!). masa tadi. sembang ngan PK. perihal murid2. tersebutlah kisah syafiena ini. beliau ada kakak - tahun 2 bestari. cumel macam beliau juga. sedehhh aku dengarnya... kesian. betullah, mak dia lari. lari ikut lelaki lain. anak2 yang berdua itu dijaga oleh mak kepada maknya - maknanya opah si syafiena. ayah syafiena ada datang jumpa anak2. mak syafiena? memang tidak dapat dikesan... syafiena panggil opahnya 'mak'. tadi aku nampak opah dia - muda lagi. aku syak... mak dia mesti muda lela lagi tu. tapi, syafiena kira beruntung juga. walau duduk dengan opah, tapi opahnya sangat menjaga. baju mesti bersih dan bergosok selalu.

kisah yang terkisah. cekgu mana ntah jumpa lighter dalam beg izzat. izzat tahun enam. kisah dibelakangnya... bapa dia - drugg addict. izzat ada adik, tahun 3 - ridzuan. aku ajar kelas ridzuan. ridzuan itu ceria2 sahaja. suaranya pula cumel macam suara perempuan. mukanya selalu senyum. aku tak tau pulak dia ada simpan kisah sedih dalam hidup dia... sumpah sedih. back to izzat... kata PK, izzat pecahkan pasu bunga kat skul. terpecahkan. PK HEM punya marah dan gertak dia... suruh bayar 5rm sok - buat ganti pasu yang pecah itu. seharian itu, izzat duduk termenung jauh di meja. masa ujian tadi... izzat macam tak buleh nak buat apa. dia punya termenung tu sangat mengsedihkan. mesti dia tengah fikir... mana dia nak cari duit nak bayar 5rm harga pasu itu. mak dia kerja kilang. tanggungan ramai. bapa dia ada je... tapi tak kerja. kisah lighter yang dijumpai dalam beg izzat itu... mungkin bersambung esok. sebab masa sembang ngan PK tadi. izzat ada kat bilik PK HEM. tak tahu apa selanjutnya...

kisah yang terkisah. aiman... anak angkat. aiman bukan anak kandung encik x. aiman ni sangat manja ohhh... cakap pun kita - kita... ngan cekgu pun cakap kita - kita. hehehe... mencumelkan. aiman selalu hilang barang. pembaris lah, pemadam lah, pensil lah... hampir setiap hari mesti ada yang tak cukup dalam kotak pensil beliau itu. sekali aku terserempak masa dah habis waktu skul. baru je habis, murid2 dah ada yang balik dan ramai lagi yang sedang menunggu ibu bapa datang amik - aiman terbongkok2 dalam kelasnya. aiman cari pembarisnya yang hilang. aku cakap... 'cari esok sahaja, mungkin kawan2 aiman terambil. nati esok aiman tanya.' muka aiman sedeh banget... 'nanti kena jalan kaki...' suara sayu. dushhh... terus rasa tak puas hati (apakah?) sebelum ni memang selalu pernah dengar encik x suka tinggalkan aiman dan suruh aiman jalan kaki balik di bawah terik mentari mengheret begnya yang berat hanya kerana - pensil hilang, pembaris hilang...

aku cakap ngan aiman... 'ambil pembaris cekgu...' tapi, aiman geleng... 'pembaris tu pembaris upin ipin...' dahhhh... gitu pulak dah. sudahnya memang tak tertolong ahh. masa aku mendrive kuar dari kawasan skul, nampak aiman nangis. tarik begnya yang berat itu. nak melintas jalan. encik x tunggu kat jambatan. cekak pinggang. panas menterik time tu wehhh... tak bisa mentolong... macamana nak tolong. nantikan dituduh mencampuri urusan rumahtangga orang ah pulak.

semalam. PK HEM panggil mak aiman datang skul. (mak angkat aiman). mak aiman nangis berderai2 air mata tak sangka encik x buat aiman macam tu. dia tak tahu... dan aiman bilang aiman tidak sayang encik x. aiman sayang mak sahaja. aiman benci encik x...

di belakang aiman. beliau anak di luar pekahwinan. kawan anak encik x punya anak. panjang ah citer kat sini sebenarnya... tapi pendekkan sajah. masa kecik aiman cukup disayangi oleh encik x. di bawa ke sana ke mari. maklum sahaja. aiman cumel dengan kulit putih merahnya. rambut pun ala2 perang. bila aiman besar ntah kenapa ntah encik x macam tidak suka aiman. sampai macam2 dia buat kat aiman. mendera psikologi aiman. kat sini, tak buleh nak salahkan aiman bila dia menakal dalam kelasnya, dia suka bercakap dan berjalan ke sana ke mari... sebab dia tak rasa bebas di rumahnya. haiihhh...

PK HEM bilang. kalau perkara ini berterusan. kalau encik x melayan aiman sebegitu lagi. pihak skul tidak teragak2 menghubungi JKM. mak aiman semakin berderai2 tangisannya.

banyak lagi kisah yang terkisah sepanjang hampir 2 jam dalam bilik PK tadi. tapi untuk n3 kali ni. cukuplah 3 kisah ini dahulu...

skang. sedang perah otak nak fikir nak ajar apakah muzik tahun 4 bestari esok. main rekoder? untuk esok... mungkin tidak, sangat mempenatkan nak mengawal depa yang overdose air sirap mentiup rekoder secara sumbang mahramnya... nyanyi? lagu apakah? lagu 3 kupang?... gue kan cekgu rock... lagu 3 kupang, dok layan ahhhh... hehehe... takat nyanyi je? sejam tu lama wehhh... mau kering tekak bebudak 4b nak menyanyi sepanjang waktu. nak kena ada aktiviti sampingan. dahlaa... kelas 4b, nak berhadapan dengan haizat dan hidayat sungguhlah mencabarkan. main nyanyi dan buhsan ajooo... haruslah haizat dan hidayat akan mengeluarkan pertanyaan2 yang nggak bisa ku jawab dengan fakta melainkan dengan auta sajah... (kadang2 kena auta... selagi tak der jawapan depa akan tengok kita dengan mata berkelip2 menunggu jawapan... sumpah mencumelkan ahhh.)

soalan pemahaman:

berapa banyak perkataan cumel yang terdapat pada petikan di atas?

T_________T


No comments: