Jul 28, 2009

PARI-PARI DI ATAS ANGIN

penghibur...shahrul nazmie

hajat nak sampai awal kat skul tadi. hajat saje... nama nak menunaikan tuh memang ah sangat liatnya. macam biasa, walaupun nama guru pelatih tapi dengan bangganya mendrive masuk kawasan skul pada jam 0730hrs di mana anak2 murid yang berdedikasi sedang bersiap sedia untuk beratur pada perhimpunan 2 minggu sekali itu.

dengan tak malunya juga cekgu hanisah masih bawa kereta dengan penuh hemah dan gerak perlahannya - masih sempat mencuri2 pandang ke kantin. (well, tempat parkir kat belakang kantin. di tepi padang. berbumbung.) motif mencuri pandang: entah... memang tak bertujuan pon.

tapi terbantut dan terpaksa mempecut sedikit laju ke tempat parkir sebab lupa ahh hari ni nak kena handle murid2 3 bestari membuat persembahan nyanyian di depan perhimpunan. terbantut sebab suara lina tiba2 memetir... 'wehhh... laju ahh sikit. mu tak ingat ko kita nak kena test cd dulu?'. selepas itu baru sedikit mengkelam kabutkan diri. pusat akses masih belum dibuka (huhu... kami duk pusat akses sebab bilik guru dah full) maksudnya kena mempanjat ke pejabat dulu amik kunci. demmm... perlu amik kunci sebab nak kena letak segala harta benda bbm dulu. takkan nak biar selepek ajo depan pintu. mau kakak cleaner sapu dan buang terus ke dalam tong sampah sebab disangkanya bahan buangan.

bagi cd kat ustazah. beliau guru bertugas pada minggu ini. sebagai orang yang allergic teknologi - ustazah terus pass baton kat aku suh jaga p.a system. buleh begitu? tapi... sebagai calon guru yang cemerlang... hahaha... mempoyokan! aku redha ajee... bukan susah pun. masuk cd tekan play ajo. entah benda apalah yang mentakutkan sangat ustazah ni. ('_')

sebenarnya... murid2 3b disuruh menyanyi lagu sudirman - ayah & ibu. tapi sebab dah suruh aku yang handle... haruslah aku mencari lagu yang berunsurkan sedikit rock... hahaha... terus tukar channel. errr... sebenarnya, hanya pada jumaat lepas baru cekgu balinda kelam kabut mintak tolong aku melatih murid2 menyanyi. dan sebagai calon guru yang cemerlang... (poyo lagi ahhh...) aku sanggup ajo. sekali dia bilang lagunya... ayah & ibu - sudirman. haihhh... biar betul, budak darjah 3 disuruh menyanyi lagu begitu? susah wooo... dengan lenggoknya. mau hancur lagu tu. udahlah nyanyiannya beramai2... apa kes nak nyanyi lagu itu dan nak melatih dalam masa setengah jam. gilooooo...

sudahnya... aku terus tukar saluran. amik lagu 1, 2, 3, 4 ~ aris ariwatan. kasi tunjuk kat cekgu zan... ehhh... bukan tunjuk, bagi beliau dengar... lalu kata cekgu zan.'okayy... best juga lagu ni. bulehhh...' danggg... dapat ajo green light - terus ar bertungkus-lumus dengan gigihnya memprintkan senikata lagu tersebut. jam 1135hrs masuk kelas 3b. bagi lirik. ajar goyang sikit2. nyanyi 2, 3 round. dahhhh... setel.

tadi. objektif tidak 100% tercapai. tetiba lak bebudak ni jadi malu2 alah. alaaahaiiii... tetiba suara macam dalam perpustakaan desa ajo. tensen gue... berkali2 gue dengar PK duh suruh bebudak tu kuatkan suara depa. tapi depa main syok sendiri ajo... huhuhu... sib baik muzik menyelamatkan suasana. ahhh... takpe... memang ah tak berapa nak kacis persembahan tadi. setengah jam jer berlatih. (helah bela diri yang sangat sempurna... kakaka...)

habis perhimpunan pagi. penin ahhh... jam 1205hrs nanti ngajar muzik darjah 1. ajar bebudak kecik... yang tak berapa nak dengar kata kalau cakap lembut2. nak kena jegil2 mata sikit bila depa menakal. haihhh... apapun, syok juge... walaupun volume kena tinggi. tapi bila depa teruja dengan dose yang dibenarkan - maka pnp akan berjalan dengan lancar. walaupun mungkin ada 2, 3 orang yang macam susah sikit nak follow. tak apalah... pelan2 kayuh...

pari2 di atas angin???

itulah... kanak2 riang ribena yang sangat cumelll. penat2 pun masih buleh mensenyumkan bila depa senyum.

7 comments:

Mr M said...

nazmi memang comei...

kudakertas said...

aku nk amek cls vokal ngn kamoo bole x??hahaha..

Cikgu Ije said...

waaa.. cikgu muzik rock. haha. chayok2 kak hanis.

Bungo Lale said...

m.

bagaimanapun, akeem semestinya lagi cumel daripada beliau.

kuda.

aku baru nak amik kelas ngan kamoo...hehehe...

Bungo Lale said...

ije.

rock yang muslimah. ahahaha...

Yana Ismail said...

huhu comelll.........;)

mesti best kan kak, dpt ajar bdk2 kecik ni?huhu..

Unknown said...

liyana.


best. mereka semua sangat cumelll. hehehe... tapi ada ketikanya mempeningkan juga. biasalah kan...