Jul 2, 2009

ini dia wajah kesayangan hamba...



siapa dia ? ini dia wajah kesayangan hamba... bila tensen tengok muka ni buleh mensenyumkan. hehehe... sangat mencomelkan. kecik2 dah pandai posing... (gamak2 publish gambar ni kena bayar royaltikah saudari? ehhh... silap, saudara la...)


tensen.

tanpa sedar tadi terjerit. lalu menkejutkan suriati yang kusyuk dan tawadduk di dalam bilik membuat apa entah. mensebabkan mastura secara sukarela mentolong bancuh air nescafe sambil mensuruh aku pergi solat Isyak dulu. katanya untuk ambil berkat... huhuhu... ampun ustazah. lina mengkekeh ketawa melihat aku yang sedang mentensenkan diri sendiri mensiapkan rph untuk pnp esok. waduhhhh... hampir sepertiga malam pun masih gagal mencari fokus utama dan fokus sampingan - lalu merasa mahu marah kepada orang yang telah membuat rancangan pengajaran tahunan itu. (hahaha... loser...)

tadi mengajar muzik tahun 4i. udah dua hari fahmie tidak datang sekolah. tiba2 rindu dekat fahmie... ahahah... poyo! aku syak dia takut kena denda dengan cekgu hatijah sebab masa hari interaksi dengan ibu bapa semalam - ibu @ bapanya tidak hadir. dengan dia sekali tak datang. sangat menseronokkan pada mulanya sebab mahu mengajarkan mereka bermain rekoder. lalu menjemput mereka naik ke bilik tayangan - dengan alasan kalau main rekoder di dalam bilik darjah buleh mengganggu pnp kelas lain. (wahhh... sungguh bertimbang rasa.) murid2 menjadi sangat seronok sebab buleh lari daripada suasana kelas yang sungguh membosankan. lalu menterujakan diri dengan overdose. mensebabkan cekgu hanisah mempeningkan kepala sendiri.

mengajar melukis tauge(not) bukan semudah yang disangka. tauge jadi anak berudu sudah. huhuhu... cekgu hanisah mengajar satu formula kepada murid2 bagaimana cara untuk mengingat not di atas garis dengan mudah iaitu dengan - Emak Gosok Baju Dengan Fab (E, G, B, D, F). ridzuan pula membacanya dengan - Emak Basuh Baju Dengan Sabun... wuwuwu... lalu mensebabkan cekgu hanisah rasa mahu hantuk kepala sendiri ke papan putih oooo. untuk not di dalam garis - Fitri Ambil Cawan Emak (F, A, C, E) dan tiba2 suasana kelas jadi bising... owhhh... cekgu tak perasan ada murid nama fitri ah... kesian beliau dituduh mencuri gelas emaknya. lalu, untuk menkover keadaan cekgu hanisah memberitahu 'fitri bukan curi... dia ambil, lagipun itu gelas mak dia. maknanya fitri punya jugalah...'

bila cekgu hanisah membahagikan rekoder murid menjadi teruja dengan lebih overdosenya. penat cekgu hanisah memberi arahan namun murid2 tidak melayan beliau... (huhuhuu...) murid2 lalu bermain rekoder secara sumbang mahram sampai penat cekgu hanisah suruh berhenti. hieddier mempanikkan diri beliau kerana gagal memegang rekoder dengan betul - apatah lagi meniupnya. zukhairah awal2 lagi dah mensurrenderkan diri sampai nak kena pujuk bagai baru nak pegang rekoder. ridzuan pulak nak kena diberi perhatian sepanjang2 pnp - kes mengada2. shahirah mensibukkan diri berbual2 dengan solehah sehingga cekgu hanisah mempaksa relakan solehah pindah duduk di bahagian hadapan. aduyaiiii... itu belum ada si fahmie... kalau ada si fahmie lagilah meriah dan jom hebohnya kelas muzik cekgu hanisah. wahai kesayanganku... bulehkah jangan begitu bila pensyarah cekgu datang observe nanti? (ayat rayuan... ahahaha...)

balik skul tadi - rutin seperti biasa. memasak kari kepala ikan, mengemas rumah, menyiram pokok bunga, menukar langsir baru, menidurkan anak... ehhh... jap2... tu bukan cerita aku. itu cerita orang lain ahh... hahaha... cerita aku - balik skul terus berlumba-lumba dengan jayanya dengan housemate mencari bantal dan mentidurkan diri dengan sewenang-wenangnya diruang tamu dengan kipas terpasang paling laju di dunia - sungguh mengasyikkan. lepas tidur barulah pergi cari makan di warung seberang jalan (tadi baru tengok nama kedai makan tu... salmah tomyam... tapi tak pernah nampak salmahnya. dari tokey sampai tukang ambik order, tukang bancuh air, tukang masak - semua adalah lelaki.) dengan muka selebet tak mandi semangat untuk makan tetap berkobar-kobar (hahaha...). kami mahu jalan kaki sajah... tapi lina memberi alasan yang beliau malu untuk berjalan kaki. malu dengan orang kampung. pemalu. penyegan. boleh diterimakan alasan itu. lalu lina sendiri naik motor. aku, mastura dan suriati berjalan kaki.

walaupun bangun tidur tadi tak mandi. aku masih meramahkan diri mentegur makcik2 yang sedang berlepakan di pangkin dihadapan rumah. jiran tetangga mestilah kena tegur... kan? sambil berjalan masih sempat mengusya pucuk2 ubi, pucuk2 ketereh - mana tau nanti bila dapur dah berasap (dapur gas berasapkah?), buleh makan nasi berulamkan pucuk ubi ke, pucuk ketereh ke... dan pucuk2 yang sama waktu dengannya. wahhh... mesti asyikkk.

adik yang ambik oder kat kedai tadi tiba2 menjadi lebih peramah daripada biasa. wahhh... tuah tak mandi nih. ngeee... beliau bertanya 'semua dah kawin ke?' tanpa malu2 dan segan silu, terus mengaku yang semuanya masih bujangan. hehehe... adik tu siap bagi ayat penyata 'ingat dah kawen sebab semua macam diam aje...' ahahaha... kalau blum kawen kena bising2kah? well... kami ni kan gadis melayu terakhir. kenalah menjaga kesopanan dan kesusialan. ehhh... silap - kesusilaan. dan beliau sempat memberi satu ayat tanya ... 'semua dah ada pakwe ke?'... waa... dan sekali lagi tanpa segan silunya terus mengaku 'blommmm...' (loser! hahahaha...) kecuali suriati yang diragui statusnya. hehehe...

balik ke rumah selepas perut sudah terisi. masing2 berlumba berebut bilik air sebab azan maghrib sudah berkumandang (anak dara buruk perangai betul, dah azan baru nak sampai rumah... huhuhu...) selesai solat - semua pun mentunggang langgangkan ruang tamu dengan pelbagai buku, kertas dan perkara2 yang sewaktu dengannya. dan sesekali sumpah annoying dengan message allert lina... yang kadang2 sengaja pula dibiarkan. sehingga mempaksakan aku menutup telinga dengan earphone. mendengarkan lagu2 yang tidak membuai perasaang. huhuhu... (loserkah?)

salammmm...

4 comments:

kudakertas said...

ooo..cikgu rupenye..mnarik2..

mekaseh ye sggh figura jiwa..

Bungo Lale said...

menarikkah ?

Mr M said...

Sungguh comel wajah kesayangan tuan hamba.. dah besar masih disayangi kah?? kah kah kah... Redup Ini Masih Panjang....

Bungo Lale said...

mr m...

dah besar makin disayangi... wakakaka... tapi kalu dia masih kecik lagi best - buleh cubit pipinya...

haihhh... bilalah redup tu nak berlalu gamaknya ye ?