Jul 26, 2009

hujung minggu saya di teluk intan




tak dok idea nak tulis apa. urmmm... tambah lagi ni minggu paling mentensenkan. macam... banyaknya kerja nak kena buat. folio. refleksi. jurnal dan yang wajib dan terutama ~ rancangan pengajaran harian. urghhhh...

haihhhh... memang mengeluh panjang. sudahlah minggu ni tak dapat balik ke ipoh. lagi jammed minda aku ni. bukan tak nak balik... ingat aku sesaja ke nak bertapa kat sini? tetiba lah pulak minggu ni ada LADAP. sementalah kakok kat kk pun ada LADAP jugak plus dia kena buat mural lagi. jadi... since dia pun takleh nak turun ipoh, aku pun dengan tidak berapa nak relanya kenalah jugak gi skul hari semalam. kalau dia tak der aktiviti kat skul, aku pun haruslah akan mencipta alasan dengan jayanya untuk mengelak menghadirkan diri ke sesi LADAP itu. sungguh ahhh...

balik2 skul, terus ngadap lappy. bukan buat kerja. saje memain... blog hopping sampai lebam. ngadap photoscape sampai penin. semua gambar aku nak edit... sampai gambar akeem pun aku edit. pastu hantar kat m... then buleh dia bagi ayat penyata yang sangat dush dushhh... 'banyak sangat ke masa sampai edit gambar akeem' (gitulah lebih kurang...) via YM. hahaha... hambik kau... m, masa itu sentiasa ada... tinggal kita je yang nak kena pandai memanfaatkannya sebaik mungkin. (ayat skema cap badak...)

housemate sumer bantai tidur... tak ada visi langsung diorang ni. ngeeee... ('_') lina asyik membebel. 'bosan... bosan... bosan...'. aku tak salahkan dia. memang mati kutu beb duk bertapa kat sini. nak gi sawah pun sawah dah gonjeng ahhh... padi dah habis. ada tak ada pun, pembakaran sekam secara terbuka itu sahaja. tapi, semalam sempat juga ke sawah... bermesra dengan alam. wahaaaaa... nak jugak tulis ayat penyata yang mengloserkan ituuuu.

nak pergi bandar TI? tulung ahhhh... tak der benda. menara condong teluk intan sudah tidak lagi kacis di mata aku. jalan kat TI sangat tidak mesra alam. banyak yang sehala sampai nak cross ke sebelah sana pun memerlukan keberanian yang sangat tinggi. atau paling2 tidak aku pusing ikut jalan jauh. susah woo nak mendrive kat sini kalau tak tahu hala tuju.

minggu ni, kat skul tak der sebarang aktiviti yang buleh dihighlightkan. biasa2 aje. proses pnp yang berterusan. owhhh... cuma hari jumaat lepas, en hamzah datang observe untuk kali ke2. kelas yang sama - 3 bestari. ok laa... tengok markah dah tak ada yang 3. ada 4 dan sesekali 5 datang menjengah. T__T

harap sabtu ni leh balik ke ipoh. tulungggg jangan tetiba nak ada aktiviti bagai... huhuhu... tapi, dengar2nya kakok kata muralnya macam nak kena buat juga wiken ni. habis gimana ? takder maknanya gue nak balik ipoh kalau beliau tidak balik. nak lepak ngan lina, mas @ su ? ohhh... kami tidak sekufu. atau adakah aku akan ke kk ? jeng jeng jengggg...

begitulah. sekian sahaja n3 berkaitan dengan hujung minggu saya di teluk intan. ('_')

5 comments:

kudakertas said...

hujung mggu yg mbosankn..sbr je r..

kudakertas said...

YM jrg on9 r..ade prob..gmail ade x??kalo gmail sng sket..hehehe..sllu gak on9 gtalk..

Cikgu Ije said...

blog hopping sampai lebam~ =D suka2. ehe.

Afrezal Karim said...

nice blog.. salam ziarah .. happy blogging

Unknown said...

kuda.

memang dem buhsan ahh... hehehe.

ije.

blog hopping sampai lebam adalah wajib. hehehe.

riezal.

terima kasih kerana sudi berkunjung. ada masa saya akan membalas kunjungan.